KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, January 31, 2008

BLOGSPOT ROSLINA IBRAHIM

BANGGA !!! FUYOOO!!! TAK SANGKA LA..

Tu lah ayat yang boleh aku kongsi ngan hangpa bila pertama kali menjengah blogspot NA... BEST oiii.. Bangga nya aku .. memang NA ada bakat menulis.. Seronok aku membaca coretan2 NA.

Seharian aku habihkan masa membaca artikel2 yang NA sorang ja tulis kat situ.. JOM LA TENGOK Tak caya hangpa klik la sendiri adress nie.. http://blue3076.blogspot.com/

Mai Kita Peghembang bahasa kita.....

KAMUS DEWAN BAHASA UTARA

- PERKATAAN
- SEBUTAN
- MAKSUD
- CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT



ghonot [gho.not]
tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu
Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.

ghupin [ghu.pin]
kulit kering dari luka
Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..


kecek [ke.chek]
pujuk Nak duit ?
Nu, pi kecek pak hang...


selului [se.lu.lui]
kerap kali
Selului sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...


meghelop [me.ghe.lop]
hampir malam
Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..


ghona-ghoni [ gho.na]
warna-warni
Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia ghayup

[gha.yup ]
lesap sekelip mata/ terlalu laju
Ish, puak ni bawak mutu me ghayup nak mampuih.. kot!


ghosek [gho.sek]
selongkar
Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..


menyulog [nyu.log]
jatuh tersembam/ dibelasah teruk
Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahag sangat!


bulog [bu.log]
lapar sangat
Tak ke bulog aku nak makan masakan dia tu..


taboh [ta.boh]
pukul/ belasah
Dengag kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?


ghelah [ghe.lah]
terkoyak
Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?


ghunaih [ghu.naih]
cungkil/ kupil
hai Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..


geghek [ge.ghek ]
basikal
Setiap pagi Zainol kayuh gerek ke tempat gheja!


mod [mot]
bawak pembonceng/ penumpang
Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...


sakan [sa.kan]
hebat/ tak sangka
Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!


sekeh [se.keh]
luku secara sipi
Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!


seneghih [se.ne.ghih]
selisih
Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!


Meqhenin - tegang/cekang- perut
Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi


Cemuih - bosan
- Cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari


Menyoqhok - sarapan pagi
- Pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyoqhok lagi


Menghenyeh - gatai menqhela
- tak habih-habih chaq dok menqhenyeh kat cik putih tu


Ndoi - buaian
- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia

cheme - pree
- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin


seneghih - berlaga sipi-sipi

beghetoh - berlaga,


pengkarq - jalan mengengkang sikit,
"korie tu, tak padan ngan kaki pengkarq, ada hati nak main bola 7 sebelah"


mandom - lembab/slow,
" awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"


pangkin - benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja,
selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat atau megheloh"


cunggit - "misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi"


ayam piru - ayam belanda/turkey


pak/mak/anak menakan - pak/mak/anak saudara


ketorq - bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin

Heliaq - sapu atau lap
ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.


Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja.
ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.


Melingkaq - maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni :
"tuu dia tengok misai tidok melingkaq macam ulaq sawa".


Baloq liat - malas
ayat dia : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.

Ceghin - tegak

Kughuih Kedekiang - teramat kurus.
ayat dia : korie tu dah la kughuih kedekiang ,rambut pulak ceghin macam bulu landak.

kawaq - pencuri

melewaq- merayau/melilau

teqhebe - lastik
cth : kepala pengadil habih bdarah krn di teghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati...

cemerkap - tak cermat

megheben - mengarut

celuih - muat,padan

Hinggut - goyang
"oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi.... maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh..."

meghenyut - (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)

bincut - benjol "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"

pancat - pancit

segagan - sebaya

beghemba - bersaing-saing. ..
"Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekal nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin... .

met ngot - lembab selembab-lembabnya. ...
Awat la yang met ngot sangat ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu....

Toyu - kicap

segan - malu beranda - serambi mengoit - jangan dok mengoit.... satgi gambaq tak elok... kata ustad kat matbed...

kucai - kacau (orang dulu-dulu sebut kucai)

melugai - meloya

belengaih - melekat bergetah
ayat:Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.

bedengkoi -....
ayat:urat perut pak leh "bedengkoi" sebab dia mengeliat.

herot petot -(tolong bagi tau sat)
ayat:(kalo garis tak guna pembaris musti herot petot…)

ghelin-menjeling
ayat:awek tu gheja dok ghelin kat aku je...minat kot?


SEKIAN...TERIMA KASIH...

Wednesday, January 30, 2008

Tuesday, January 29, 2008

Salam semua....

Assalamualaikum kawan-kawan semua....
Dukacita dimaklumkan bahawa aku tak boleh nak mengechatkan diri aku ni setelah sekian lama kerana PC aku ni bengong tul la...tension aku.. nak menyemakkan diri kat chatbox tu dah tak bleh?..Oleh kerana itu..aku ada satu soklan ja..."hampa rindu kat aku dak"....(dengan malu2 aku bertanya...)...kui!kui!....
Oleh sebab itu lah aku mengambil keputusan dengan mengepostkan kat sini.. lagipun aku dah lama tak post kat sini..kira ok lah kan?...Hehe...
Ok lah aku chow dulu... Selamat semua... Bubai...;)

Friday, January 25, 2008

25 sebab suami 'mental'!!!

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ....then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari . ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami . ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

Lupakan bekas kekasih

Mengapa hati ini begitu sukar untuk melupakan insan yang pernah bertakhta di hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya memutuskan hubungan cinta.
biarkanlah kenangan lalu menjadi satu memori dalam hidupmu.


MANISNYA saat pertama kali mengenali hati si dia, apatah lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah diharungi bersama. Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si pari-pari dan sang putera raja. Indahnya sinaran mentari sehingga tidak dapat menjelaskan apa yang terungkai di hati.

Namun, semuanya sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. "Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran" dan "Adakah si dia juga merasai apa yang aku rasakan ketika ini". Adakah perkara ini seringkali menjadi persoalan difikiran anda?

Namanya seringkali menjadi ingatan walaupun sudah kita ada pengganti. Lebih parah, apabila kamu tidak dapat menerima cinta baru itu daripada insan lain, sedangkan kamu sudah berpisah bertahun-tahun lamanya.

Mungkinkah kamu belum bersedia menerima penggantinya, sehinggakan teman-teman lain dapat melihat dan merasakan perubahan sikap kamu itu?

Intim minggu ini berkongsi tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.

Anda bersedia melupakannya bila...

n Menghapus kenangan bersama si dia

Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.

Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

n Jangan menyeksa diri

Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

n Si dia punya pengganti

Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

n Berhenti membandingkan

Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih.

Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan.

n Kehidupan berbeza

Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

Cara terbaik melupakan si dia:

* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya

Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.

Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

* Rakan pendengar setia

Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

* Cipta fantasi

Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu gambarkan? - NOOR HASLIZA NUSI

----------------------------------------

BudakBaik : aku tujukan KHAS buat sahabat ku SHAM.... walaupon aku tak berapa kenai hang tapi nostalgia hang memang best.....

Gulai pilihan kenduri

Gulai batang pisang adalah antara masakan kampung yang cukup popular di sebelah utara Semenanjung. Ia selalunya boleh ditemui pada majlis kenduri kahwin.
gulai ini wajar diketengahkan di majlis-majlis korporat di bandar besar.


Gulai batang pisang adalah antara masakan kampung yang masih popular terutama di majlis kenduri kahwin di negeri Jelapang Padi, Kedah. Gulai yang dicampur dengan daging ini, pasti menjadi rebutan dan lazimnya akan habis dahulu berbanding lauk-pauk lain semasa kenduri.

Masakan ini jarang ditemui di restoran dan kedai makan walaupun ia mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Gulai batang pisang, gulai kawah, gulai nangka, gulai ikan talang masin, gulai rebung dan kerabu pucuk paku adalah antara masakan kampung Kedah yang biasanya hanya boleh ditemui pada majlis kenduri kahwin.

"Kalangan generasi sekarang tidak pernah menikmati keenakan gulai batang pisang. Malah, tidak mustahil kalau dihidangkan, mungkin ada yang berasa pelik atau tidak menyangka rupa-rupanya batang pisang juga boleh dimakan," kata Hamid Mat, 70.

Hamid memilih gulai batang pisang, selain masakan lain seperti kurma daging untuk dihidangkan kepada tetamu pada majlis perkahwinan anaknya, Mohamad Nizam, 28, dan pasangannya Habibah Kassim, 28, di Kampung Paya, Kodiang, Kedah baru-baru ini.


""


Lazimnya, pokok pisang hutan yang tumbuh liar di kawasan berbukit menjadi pilihan untuk digunakan dalam masakan ini. Pokok pisang hutan tidak ditanam kerana buahnya tidak boleh dimakan kerana mempunyai banyak biji. Namun, batangnya lebih enak untuk dijadikan hidangan masakan.

Hanya pokok pisang hutan yang masih muda iaitu belum berbuah diambil umbutnya iaitu bahagian tengah batang pisang untuk dimasak.

Menurut seorang pakar mencari dan mengambil batang pisang hutan, Hashim Awang, 73, pokok pisang jenis ini juga menjadi pilihan kerana jumlahnya yang banyak dan mudah diperoleh.

"Pokok pisang hutan ini tidak payah ditanam, banyak mana mahu ambil pun boleh dan ia memang cukup untuk berapa ramai tetamu yang diundang," katanya.

Selepas pokok pisang ditebang, batang pisang itu perlu dikoyak kulitnya untuk mengambil umbut (batang di dalam) yang masih lembut. Walaupun terpaksa meredah belukar, hutan dan mengharungi anak sungai, semangat gotong-royong yang masih diamalkan penduduk membuatkan tugasan mengambil batang pisang hutan itu agak mudah dan menyeronokkan.

Ketika meredah rimba, mereka turut mendapatkan hasil hutan lain seperti pucuk paku, rebung dan pokok tepus yang umbutnya cukup enak dibuat ulam.

Menyentuh teknik menyediakan gulai batang pisang, pakar menu itu, Samsudin Ismail, berkata, ia tidak banyak berbeza dengan gulai lain.

"Umbut batang pisang dimasukkan ke dalam kawah apabila daging hampir separuh masak. Jika batang pisang dimasukkan lebih awal, ia akan menjadi terlalu lembut," kata Samsudin yang biasanya menjadi ketua tukang masak pada majlis kenduri di kampung tersebut.

Pada majlis itu, ramai tetamu yang ditinjau mengakui masakan tersebut memang sedap dan menyelerakan.

Bagi anak kampung yang bekerja atau menetap di kota, sudah tentu kepulangan mereka ke kampung cukup bermakna apabila berkesempatan menikmati keenakan gulai batang pisang.

"Sudah lama saya tidak pekena (makan) gulai batang pisang yang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Di bandar... mana ada masakan ini," kata Ismail Husin, 49, seorang guru yang bertugas di Kuala Lumpur.

Berikutan itu, anak muda mahukan masakan kampung orang Kedah ini terus dipertahankan bukan sahaja di majlis kenduri kampung malah patut dijadikan menu pilihan pada majlis-majlis rasmi anjuran badan-badan kerajaan di bandar-bandar besar. - Bernama

-------------------------------

BudakBaik : Perghhh teringat masa kenduri aku dulu.... batang pisang nie lah yg jadi mangsanya... rasa macam nak buat sekali lagi jee.. he he he


Thursday, January 24, 2008

Upin & Ipin- Nikmat

Mai kita belajaq sesuatu dari anak- anak nie
tapi awat tak banyak siri mcm nie dalam TV kita ha?
yang dok belambak2nya hat dok koi merosakkan anak-anak ja...


Tuesday, January 22, 2008

Tak FAHAM guna la BAHASA IBUNDA...!!

“Luruskan saufff…” Kedengaran imam ingin memulakan solat.

Pelik. Sepanjang pengajian di dalam ilmu agama dan arab, barisan ialah saf. Saf pula berasal dari bahasa arab, kata jamaknya ialah sufuf. Bagaimanakah lahir perkataan “sauf?”

Yang mudahnya, LURUSKAN SAF. Perkara ini nampak kecil tetapi kesilapan dari segi bahasa arab membawa makna tidak seperti yang diharapkan.

Saf = Barisan

Suf = Kain bulu

Suffah = Ahli Suffah

Saya berpendapat sebahagian imam tersilap dengar berdasarkan hadith yang sahih iaitu :

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ , فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ

“Luruskan saf/barisan, sesungguhnya lurusnya saf itu sebahagian dari kesempurnaan solat”

Perkataan yang digunakan ialah SAWWU.. tetapi oleh kerana tersilap dengar, maka sebahagian imam mengatakan SAWWUFFF…

Cadangan saya, eloklah gunakan bahasa melayu kerana anda yakin anda faham apa yang anda tuturkan. Jika anda ingin juga menuturkan bahasa arab, sila semak dengan orang yang berilmu di dalam bahasa arab.

Wallahua’lam..

Pemimpin itu sudah tua

Pemimpin itu sudah tua
Penuh kekalutan dalam menghiaskan diri
Sudah membosankan
Keliru dan Mengelirukan segala cerita
Kenapa jadi begitu
Uzurkah diri
Atau Sudah lama terlena
Dalam kemaruk cinta dunia buta


Pemimpin itu sudah tua
Dimana perginya amanah itu
Isteri terbiar dalam warna-warna keliru
Anak-anak sudah lama melekakan diri
Dalam dendangan mimpi buta
Segalanya keliru dan semakin terlena

Pemimpin itu sudah semakin tua
Beban janji semakin bertimbun dusta
Kelam-kabut dalam angan-angan gilakan kuasa
Menidurkan diri dalam hamparan kelam
Kusut dan berserabut
Dalam mabuk cinta dunia

Pemimpin itu sudah semakin tua
Acapkali melatah dan mudah terasa
Sering pura-pura lupa dan melupakan
Pada amanah yang sudah lama dibiarkan
Lesu dan penuh parut luka berdarah dusta
Hilang sudah segalanya

Pemimpin itu sudah semakin tua
Membutakan mata kasih
Mempersenda maruah diri
Dalam cerita yang sudah membosankan
Sudah semakin kelam berbisa
Hilang sudah segalanya

Pemimpin itu
Sedar-sedarkanlah diri
Maut semakin menghampiri
Beban itu amat berat sekali
Tidakkah kau mengerti
Suatu masa nanti
Setiap persoalan dan janji akan ditagih
Apabila Kita kembali pada Allah Yang Maha Esa

Oleh annas

Anugerah Allah..........

Haaa....ni kisah benar dan menarik nih ! Baik korang semua baca !
Citer dia camni .....

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA.

Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya.

Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama ter sebut.

So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan ! Jadi dalam soal harta pusaka dan sebagainya...


Haaa....ni kisah benar dan menarik nih ! Baik korang semua baca !

Friday, January 18, 2008

Upgrade boyfriend 5.0 to husband 1.0

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower and jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as EPL 5.0, NBA 3.0 and ESPN 2.0. And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?

Signed,
Desperate

-------------------------------------------------------------------------

Reply:

Dear Desperate,

First keep in mind; Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system. Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0.

If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1. Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wav files. Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Food 3.0 and Lingerie 6.9.

Good Luck,


IT Support

Mengenali Character Anda melalui kentut..kihkihkih

1.ORG YG TIDAK JUJUR
> > orang yg kalau kentut lalu menyalahkan org lain.

2.ORG BENGONG
> > orang yg menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3.ORG BERWAWASAN 2020
> > orang yg tahu mase yg terbaik untuk kentut.

4.ORG SENGSARA
> > orang yg ingin kentut tapi tidak boler kentut.

5.ORG MISTERIUS
> > orang yg kalau kentut, orang lain tidak ada yg tahu.

6.ORG GUGUP
> > orang yg tiba-tiba terkentut bile disergah.

7.ORG YANG PERCAYE DIRI SENDIRI
> > org yg melepaskan kentutnye dengan bunyi yg amat lantang.

8.ORG SADIS
> > org yg kentut dalam selimut dan terus dikibaskan baunya.

9.ORG PEMALU
> > org yg kentut tidak berbunyi tetapi gusar org lain terbau kentutnya.

10.ORG STRATEGIK
> > org yg menyembunyikan bunyi kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar org lain tidak dpt mendengar bunyi kentutnya.

11.ORG BODOH
> > org yg kalau abis kentutnya menghirup untuk mencium angin kentutnya.

12.ORG PELIK
> > org yg boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.

13.ORG SOMBONG
> > org yg sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14.ORG RAMAH
> > org yang tidak kisah mencium kentut org lain.

15.ORG YG TIDAK SENANG BERGAUL
> > org yg suke kentut biler berkumpul dgn teman2.

16.ORG AKUATIK
> > org yg gemar kentut didalam air.

17.ORG ATLETIC
> > org kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman.

18.ORG JUJUR
> > org yg mengaku kalau abis kentut.

19.ORG PINTAR
> > org yg menghuraikan kandungan bau kentut org lain.

20.ORG KELAKAR
> > org yg biler ketawa sambil terkentut.

21.ORG YG ROMANTIK
> > org yg kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.

22.ORG YG TIDAK SIHAT
> > org yg bile batuk dier akan terkentut.

23.ORG YG PANAS BARAN
> > org yg mudah marah bile terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.

Pengorbanan Puan Sri

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam
dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka
yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita
tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama,
suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung
isterinya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang
kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg
asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya.
Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni,
pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu,
lalu berkata dengan penuh kekesalan,
"Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang,
tapi hanya 3 kali sahaja selama ni "

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah,
dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya ,
"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama,
"Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin,
terus beli rumah dan selang beberapa tahun,
kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir
nak dirampas oleh bank ?"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami.
Si isteri menyambung cerita,
"Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa
pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita,
malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini,
tapi abang maafkan Maria kerana apa yg Maria buat tu untuk
masa depan kita jugak, " kata si suami,
" Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab
ketumbuhan dalam otak?"si isteri menyambung cerita.


?Ya, abang ingat" jawab si suami.
"Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa
doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan
utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap
maafkan maria sebab apa yg Maria buat tu untuk masa depan
kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak..
"Yang kali ke 3 macam mana pulak?" kata si Tan Sri.


Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab
penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi
bahagian dan abang perlukan 67 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak

Thursday, January 17, 2008

Mee bandung.....

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit
dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad
Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah
mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk
melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut
sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh
Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir
nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari
kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang
keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"
kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat
Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian
bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2
tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Hari ASYURA'

Kita berada tahun hijrah 1429.Masa berlalu, hari demi hari dengan tidak kita sedar, setiap hari dan setiap malam berlalu menjauhkan kita dari hari lahir kita dan mendekatkan kita pada hari kematian kita, hari kita meninggalkan dunia yang fana ini.

Seorang ulama sufi yang terkenal bernama Hasan Basri menggambarkan hidup manusia seumpama sejumlah angka hari. Apabila luput satu hari, maka berkuranglah sebahagian dari diri manusia ini. Tiap muslim dan muslimat harus sentiasa mengenang nilai setiap hari dalam umurnya. Dia harus selalu mencari jalan bagi mendapat faedah daripadanya. Janganlah dia mencuaikan masa-masanya sehingga berlalu harinya dengan tidak mendapat faedah apa-apa, kerana hari yang berlalu itu, tidak akan kembali lagi.

Maksud sepotong hadith Qudsi:"Tiap hari fajar terbit, maka hari akan berkata: Wahai manusia, aku ini adalah makhluk baharu, aku menyaksikan setiap perbuatan yang kamu lakukan, maka ambillah kesempatan yang ada pada hari kamu ini untuk membuat kebaikan, kerana apabila aku berlalu, sesungguhnya aku tidak akan kembali lagi sehingga hari Qiamat.

Di dalam Al-Quran ada beberapa ayat yang menjelaskan tentang masa dan menyatakan bahawa hidup manusia itu selalu leka dan rugi. Allah bersumpah dengan masa dalam firmanNya:

Maksudnya: Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, mereka suka nasihat menasihati dengan penuh kebenaran dan penuh kesabaran.

Dari itu, haruslah kita berusaha untuk membuat kebajikan dan amal baik dan sentiasa membuat muhasabah terhadap umur kita masing-masing, kerana umur kita itu sebenarnya pendek. Jagalah ia, jangan sampai terbuat perkara-perkara yang tidak bermanfaat bagi hari akhirat.

Sebagai muslimin dan muslimat, kita sentiasa dipesan dan diperingatkan agar kita bertaqwa. Agar sentiasa berbuat taat dan tinggalkan maksiat. Harus mengenang nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita. Betapa banyaknya nikmat yang kita kecapi setiap saat dan detik, tidak mampu kita mengiranya. Ambillah kesempatan yang terbentang di hadapan kita. Cubalah mendapatkan manfaat dari hidup kita ini. Jagalah diri, jangan sampai terlalai dari mengerjakan kewajipan oleh pujukan nafsu dan syaitan.

Allah telah jadikan bahan bakar neraka Jahannam itu dari orang-orang yang lalai sebagaimana firmanNya yang menegaskan surah Al-Araf, ayat 179: Maksudnya: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam, kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahamkan kebenaran agama, mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengan matanya, dan mempunyai telinga tetapi tidak mendengarkan dengan telinganya, orang-orang itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat, itulah orang-orang yang lalai. Buatlah perhitungan selalu. Apakah kita telah meraih faedah atau telah menanggung rugi?

Sabtu, adalah 10 Muharram. Ia juga terkenal dengan nama Hari Asyura'. Mengikut riwayat bahawa, hari Asyura' ini adalah hari kejayaan dan kemenangan para rasul dan beberapa nabi yang terdahulu atas musuh-musuh mereka. Kita seharusnya mengambil tauladan daripadanya kerana Allah telah menjadikan sejarah kebangkitan dan kejatuhan sesuatu umat dari abad ke abad untuk menjadi iktibar dan pelajaran bagi umat-umat yang datang kemudian, dan sebagai satu gambaran antara orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang ingkar.

Hal itu ditegaskan secara umum dalam Al-Quran, antaranya adalah firmanNya dalam surah Ali Imran, ayat 140: Ertinya: Hari-hari kemenangan ini, Kami (Allah), pergilirkan antara manusia, supaya jelas oleh Tuhan orang-orang yang beriman itu, dan dijadikan sebahagian daripadanya menjadi kesaksian-kesaksian (syuhada'). Dan Tuhan tidak menyukai orang-orang yang zalim.

Pada hari yang kesepuluh bulan Muharram yang terkenal dengan sebutan Hari Asyura' ini, banyak terjadi di zaman dahulu kala peristiwa-peristiwa penting yang mempunyai nilai-nilai perjuangan. Sebahagian daripadanya dikisahkan dalam Al-Quran seumpama kisah Nabi Musa a.s, kemenangan Nabi Nuh a.s dan sebagainya. Peristiwa-peristiwa itu, riwayatnya terjadi pada hari yang kesepuluh bulan Muharram.

Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada umatnya supaya mengambil nilai-nilai ruhaniah dari peristiwa-peristiwa tersebut. Tetapi bukan dengan merayakannya, bahkan dengan menjadikannya sebagai hari bagi meningkatkan ibadah dan amal.

Di antaranya dengan berpuasa pada Hari Asyura' itu. Keistimewaan berpuasa pada bulan Muharram itu dijelaskan dalam satu hadith Rasulullah s.a.w: Yang bererti: Puasa yang paling mulia sesudah bulan puasa Ramadhan ialah bulan Muharram. (Hadith riwayat Muslim).

Yang dimaksudkan dengan puasa bulan Muharram itu ialah puasa pada Hari Asyura' seperti yang ditegaskan lebih terang dalam satu hadith yang lain: Yang bererti: Puasa hari Asyura' menghapuskan dosa setahun yang telah lalu. (Hadith riwayat Muslim).

Oleh kerana hari Asyura' ini hari yang mulia, maka Islam menganjurkan agar kita membuat kebajikan kepada fakir miskin, kaum keluarga, khasnya anak-anak sendiri yang boleh membuat mereka merasa bahagia dan bersukaria.

Perkara ini dijelaskan dalam satu hadith yang menyatakan: Yang bermaksud: Sesiapa yang melapangkan jiwa dengan memberi hadiah-hadiah kepada anak buah dan ahli keluarganya pada hari Asyura', nescaya Allah akan memberikan dia kelapangan sepanjang tahun itu.(Hadith riwayat Al-Baihaqi).

Semoga Allah memberikan kita taufik untuk melakukan amalan soleh yang Ia redhai. Amin.....

HANDPHONE

Satu ketika di kampung orang asli, seorang pegawai JHEOA melihat Tok Batin orang asli mempunyai handphone ...

"Wah Tok Batin ...ada handphone ..ada coverage ka dekat sini ...?".

Jawab Tok Batin: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage".

Monday, January 14, 2008

tolong Tengok Sat...


Marilah pakat2 tolong usha tengok kot dia ada di sekeling kita... Bukan apa dia nie kira sama besaq dengan anak2 kita laa...

Lalu aku nak pesan jgk laa kat kawang2 semu yg jagalah elok2 keluarga kita...mana tau benda nak jadi... dalam negara yg aman damai nielah katakan...

Ok lah sama2 kita semua berdoa agaq adik nie dijumpai semula....

Ada sesuatu Nilai dari klip ini

BEST LA LAN layan lagu yang hang post tu... Teringat balik cerita 2 lama. dan Paling Power LIRIK lagu HUKUM KARMA nie... Tapi berapa kerat ja orang paham lirik dia.... Yang main hanggut layan "head bangging" teramat la ramai...

Dalam pada melayan lagu niee. teringat pulak anak2& bini aku yang suka tengok gambaq drama NABILA ,, "MUTIARA HATI". memang jauh la message yang dia nak tonjolkan kalau berbanding drama MElayu yg tak habih2... makan2.. gaduh2.. projek2.. dengki2... lepas tu makan2 balik.. Cuba hangpa layan pulak klip nie

Saturday, January 12, 2008

Jeng! Jeng! Jeng!

Salam kengkawan semua..


Dah lama aku tak menulis kat blog ni..aku pun tak tau nak tulih apa sebenaqnya.. Pikiaq punya pikiaq punya pikiaq...elok rasanya aku perkenalkan sesuatu yang mungkin hampa tak pernah bayangkan sebelum ni... Apakah itu?....


Elok rasanya aku perkenalkan ia dengan cara aku yang tersendiri.. Ia muncul dalam pelbagai rupa..ada besar...kecil..sederhana besar.. berbagai warna,..merah, hijau,..putih..dan sebagainya.

Ia sangat berguna dalam hidup kita semua...kerana ia mengingatkan kita pada waktu2 yang tak sepatutnya kita tinggalkan dalam kehidupan seharian kita.. walau macamana sibuk sekali pun.. Dia tak pernah lupa untuk mengingatkan kita..kecuali dia sakit ja lah..heee...


Agak2 hampa tau dak apa dia?.. Jawapannya ialah..."Jam waktu solat" aku lah..hehehe...


Maaflah ya tuan tanah..aku nak promote skit Jam aku ni bleh la no..

Fun

Lagu hangpa dulu-dulu....!!

Perghhh malam nie syahdu gila layan lagu hang 'det'..... so far aku kureng sikit nak layan lagu2 nie tapi hang punya pasai aku dah habih p selongkaq youtube malam nie layan lagu.. sampai bini aku pon heran PC aku malam nie bunyi lagu la plak... jika dak 'ceramah' 'ceramah' 'ceramah' he he he

so far dalam banyak2 lagu tu aku tujukan lagu nie plak kat hang & geng kita semua.... alaaa zaman hangpa laa lagu nie... kalau zahari tu aku rasa kalau naik bas chin tu sah paksa chin pasang lagu nie punya... dan kalau fizah nampaknya tak boleh la kot nanti dreba bas mara tu luku kepala laa..

Ok layan jangan tak layan.... he he he


*Fizah..barack obama kirim salam...he he he

Friday, January 11, 2008

Thursday, January 10, 2008

Aku PC dan KELUARGA aku...

Assalamuallaikum,
Salam 1 muharram utk sahabat semua.... memandangkan hari nie aku cuti dan tak tahu nak buat apa lalu aku dok godek la TIKUS kat PC aku... lepas rewang sana rewang sini lalu teringat aku akan hajat kengkawan semua... HAJAT apa he he he.....

sblm tu nak BEBEL sikit kat makcik fizah... amboi sebut aja tambah dah naik seriau kaum HAWA nie... ingat nak kesitu jaa... aku nie bukan taknak tambah... yang dok ada lanie pon dah cukup bahagia dunia akhirat dah... cukup laa tuu bela apa yg dok ada dah laa... (kedepan tak tahu le plak..he he he)

org cerita suruh TAMBAH apa yg kurang...jadi paham2 laa tang mana kurang tu TAMBAH lagi... tapi kalau det aku rasa PERUT tu dah la kot takyah tambah lagi dah....

Oklah sempena dok godek sana godek sini aku jumpa sofware nie lalu terdetik nak bagi hangpa usha KELUARGA BAHAGIA aku jadi hangpa usha la puas2 muka aku dan family aku yg hangpa takpenah tengok hampir 15thn ....(betoi dak tak tau)

OK salam maal hijrah salam dari tajmahal.......




BudakBaik@Lan Sawa

Wednesday, January 9, 2008

Ops Hijrah pada awal tahun masihi 2008 lalu

dibawah ni aku serta kan gambaq ops hijrah yang aku turut serta pada malam ambang tahun baru di KLCC hari 31 disember 10 mlm hingga 1 Jan 2008 -8.30 pagi.

panjang cerita nie..

hangpa tengok ja gambaq nie dulu.. atau pi kat sini http://www.flickr.com/photos/22643091@N03/







Dalam operasi 10- 12tghmalam.. diketuai oleh YB Salehuddin Ayub Ahli Parlimen Kubang Krian denagn disertai oleh hampir 1000 petugas telah menyebarkan risalah dakwah kepada para pengunjung di sekitar KLCC. Bermula jam 2- 4 pagi operasi OPS HIJRAH dibawah kendalian Ustaz Masridzi bin Sad telah menjalankan operasi di sekitar kawasan BUKIT BINTANG, BANGSAR, DATARAN MERDEKA, SELAYANG, TASIK PERDANA & TASIK TIWANGSA serta JALAN P RAMLEE.
Dalam operasi ini para sukrelawan ditugaskan menemui para remaja yang masih berkeliaran menghiasi dada KUALA LUMPUR dengan pelbagai aktiviti yang menjejaskan akhlak muslim. Antara ramai yang ditahan sedang bercumbu - cumbuan dikawasan yang cukup strategik. Ada kalangan mereka juga sedang berkhayal dengan berbagai bentuk dadah & arak dan berbagai bentuk kegiatan kerosakan moral lagi. Kesemua mereka ini yang berjumlah 300 orang berjaya dikumpulkan di dewan Masjid AsSyakirin KLCC.
Program seterusnya diisi dengan sesi kaunseling oleh Ustaz Masridri , Ustaz Abu Hassan & imam besar Masjid AsSyakirin. Diselang seli dengan persembahan multimedia yang cukup memberi kesan kepada para remaja. Sehingga menjelang subuh suasana dewan Masjid ini dihiasi sendu dan diselang- seli tangis penyesalan yang keluar dari hati nulari para remaja ini sendiri. Tanpa dipaksa raungan tangisan dan jeritan keinsafan berkumandang dikeheningan subuh pagi 1 Jan 2008 ini. Cukup mengharukan.
Selesai sembahyang subuh. Ada kalangan remaja ini yang relahati menyuruh petugas untuk menghubungi keluarga mereka supaya datang menjemput diri mereka yang sudah punya azam tahun baru yang lebih bermakna.
Daripada surat luahan hati yang ditulis oleh semua remaja, rata- rata remaja amat mengalu-alukan program seumpama ini yang cukup amat memberi kesan kepada mereka. Ada kalangan mereka yang telah jauh hanyut dilalaikan dengan gelombang maksiat ini merasakan seolah-olah mereka baru dilahirkan semula sebagai insan setelah menjalani program kaunseling ini.
Mudah- mudah usaha kami yang sedikit ini mampu memberi kesan positif kepada pengurangan gelombang maksiat yang terlalu disuburkan mutakhir ini.
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. - Al Baqarah 2: 284"

Salam 1429

Assalamualaikum...

alhamdulillah..nampaknya semakin hari semakin PENDEK lagi umur kita dan semakin nak dekat kita semua dengan KEMATIAN... Jadi jika mana2 yang tak cukup tuu cepat2lah KITA semua TAMBAH... ingat TAMBAHkan mana2 yg terkurang tuu...

Semoga KEdatangan 1429 bisa menjadikan kita semua UMMAT yang TUNDUK TAAT PATUH akan ajaran dan perintahNYA....Buat apa yang DIA suruh tinggal apa yg DIA larang... Insya'allah cerah masa depan.....

Salam maal Hijrah dari BudakBaik sekeluarga
*Che Nor Azlan *Rashidah *Che Nurul Aina Sofiiya *Che Nurul Aini Syuhada

Wassaalam.........

Gadis Manis di Riba ku...


Jam sudah menunjukkan pukul 1:11AM...Aku masih mengadap notebook ini..sambil memperbetulkan baris-baris bahasa aturcara ASP...Sesekali aku meneguk kopi panas disebelahku...sunyi...

Tiba-tiba seorang gadis muncul dari belakangku..sambil mengusap-gusap matanya...mungkin masih dibuai lamunan tidurnya...dia lantas menuju kearahku..sambil memelukku...aku hanya tersenyum sambil mengusap-usap rambutnya..kemudian dia meminta izin untuk duduk diribaku...walaupun aku masih pening dengan baris-baris aturcara yang belum siap itu..namun aku membenarkan..

Dia duduk diatas ribaku..sambil tangannya turut menyentuh keyboard...aku mencium dahinya..lalu membuka firefox browser dan membuka lambaran kegemarannya Barbie..dia tertawa riang...sambil terus mengambil alih keyboard dan mouse dariku...aku membiarkan..sambil turut menerangkan apa yang dilihatnya di skrin.

Sebentar kemudian isteriku muncul...sambil bersedia mengambil gadis manis itu dari ribaanku..mungkin takut dia menggangu tugas-tugasku...aku mengisyaratkan kepada isteriku agar membiarkan...isteriku terus kedapur membuat secawan coklat panas untuknya..dia lalu melabuhkan punggungnya disebelahku...sambil memerhatikan gadis manis itu asyik dengan mouse dan keyboardnya..


Aku mencium dahi isteriku..dia meletakkan tangannya dibahuku...sambil tersenyum manis...senyuman yang pernah membuatkan hatiku cair dan terus melamarnya..gadis manis itu sesekali bangun menari mengikut arahan kartun barbie itu...aku dan isteri tertawa kecil..dan kami saling berdakapan...

waktu terus berlalu...membawa keindahan malam...

Tuesday, January 8, 2008

MUHARRAM

Nak peringat diri aku sikit

Dah nak masuk thn baru nieh.. bulan yg 1st skali tentulah bulan Muharam.. dalam satu hadis Rasulullah S.A.W.. pernah bersabda yg bulan Muharam nieh lebey utama drpd bulan lain selain bulan Ramadhan.

DaLam bulan Muharam nieh ada Hari Asyura yg org dok buat bubur asyura tu la.. sedap kan.. ?? nyam nyam.. tau makan ja.. makan la dah org buat.. ehehe...tetambah kat KL nie macam2 versi bubuq SURa ada... ada bubua sura kelantan, JAwa, negeri sembilan.. &etc. Aku ingat lagi masa kita tingkatan 2 di SMP, cikgu Hussain Taib bawak budak2 asrama buat bubuq syura kat sebelah bengkel seni perusahaan. Kat belakang bengkel tu banyak kerusi& meja buruk... So senang la di buat kayu api...

Hari asyura jugak org posa.. yg beshnya tu posa dlm hari tue dpt menebus dosa-dosa yang lalu.. Kalau hangpa nak tau, sblom posa Ramadhan difardhukan(diwajibkan), posa asyura nieh hukumnya wajib. Lepas tu dah posa ramadhan difardhukan, hukum posa nieh jadi SUNAT. Kalau dah sunat tu, kalau buat dpt pahala, kalau tak buat tak dosa tapi rugila.. walaupun tak bedosa tapi kenala ingat kita dok tambah dosa setiap hari.. kalau yg dok mintak ampun setiap hari tu takpa la InsyaAllah Tuhan akan ampunkan.. yg tak mintak ampun tu, haa bertimbun2 la dosa dlm bank amanah saham dosa.. hikhikhik

AKU PERINGAT BALIK DIRI AKU>>>>>

Monday, January 7, 2008

TETAMU Part 1


1997...aku terus menggalas beg...masuk ke ruang tempat duduk...
kelihatan makcik dan pakcik yang tidak dapat mencari tempat duduk mereka...
aku membantu...tanpa kusedari seorang pramugari melihat aku dari jauh..
aku terus membantu..malah tolong memakaikan talipinggang keselamatan.

setelah selesai, aku duduk ditempatku berhampiran jendela..melihat keluar bumi Malaysia yang makin sayup kutinggalkan. Beberapa minit kemudian..seorang pramugari menghantarkan secawan ice-cream...

"sorry, i don't remember ordering any ice-cream..must be someone else"
"nope..captain send his regards for your kindness helping us"

oh..aku tersenyum..kami berbual sebentar, sebelum dia meneruskan kerjanya..

"Sorang jer?" tanya seorang lelaki
"Ahh" jawabku pendek
"Saya, Dr Abd. Rahman..UIA"
"Sham"
"Hebat anak muda sekarang...muda2 sorang2 dah dapat 'panggillan'"
aku tersenyum..."Jemputan yg tak mungkin ditolak" jawabku
kami bertukar-tukar cerita.

Sebelum turun dari pesawat, pramugari tadi menggamit aku..aku menuju kearahnya..
dia memberikan aku sehelai sejadah sebagai cenderamata
aku mengucapkan Terima Kasih..lalu memerhatikan kedalam beg aku..
Aku keluarkan sebatang pena yang di'engraved' dengan namaku
lalu memberikan kepadanya..kami bertukar senyuman.

Setelah mengemas barang...Dr. Abd. Rahman dan anak buahnya lantas mengajak aku ke Masjidil Haram..perjalanan ke Masjidil Haram hanya beberapa minit...
sebaik sahaja aku melangkah masuk..
aku dapat melihat 'Rumah Hitam' itu...
tiba-tiba sahaja aku menjadi sayu..tanpa segan-silu aku menangis..
Selama ini aku asyik melupakanNya...aku tenggelam dibawa hiburan dunia..
aku merantau kesegenap pelusuk dunia..tanpa menghiraukan 'RumahNya"
sedangkan Dia tidak pernah lupa padaku...dah masih sudi menjemput aku masuk
ke 'RumahNya'
Aku terus menangis...Dr. Abd. Rahman memelukku..."Sabar" katanya




Aku terus mengambil wuduk dari telaga Zam-Zam..
Selesai solat sunat masjid..
Aku berdoa..

"Maha suciMu ya Allah...aku datang kepadaMu...berserah diri, memohon keampunan..
Ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah
Ampunkanlah dosa-dosa IbuBapaku
Ampunkanlah dosa-dosa Kaum Keluarga dan Keturunan ku
Ampunkanlah dosa semua guru-guruku
Ampunkanlah dosa-dosa sahabat-sahabatku
Ampunkanlah dosa-dosa semua umat Islam..

Ya Ar Rahman..Ar Rahim...

permudahkanlah urusanku...tambahkanlah rezekiku..
berikanlah aku isteri yang solehah..kurniakanlah aku keturunan yang soleh
tambahkanlah imanku..dan matikanlah aku dalam kalimahmu..........

....."

MAAL HIJRAH



Dah nak habih thn 1428 Hijrah.. muncul plak thn 1429 Hijrah..AKU RASA RAMAI YANG TAK PERASAN NIE.. maklumlah kita diajaq untuk fasih mengapai kalender MASIHI . Ada yang tak perasan kita dah masuk tahun 1429 nie,,



Mcm yang kita tau Hijrah tu makna dia berpindah .. Konteks pada zaman dedulu, perpindahan rasul kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda dari Kota Mekah ke Madinah .. ini jugak menunjukkan langkah baru sbg persiapan menghadapi cabaran yg akan dilalui secara terus-menerus..

Hijrah tu jugak sebahagian dan tuntutan dari Islam.. kita berhijrah sbb menuntut ilmu, cari kebenaran, berjihad, berdakwah, perniagaan, dan cari keje buat duit siang malam pagi petang.. ehehe.. bagusla cenggitu, Islam suh kumpul duit halal bebanyak tapi jgn la sampai abaikan tanggungjawab sbg seorang muslim...

Konteks skrang pulak as a muslim kita kena la open-minded sket.. hijrah mengajar kita agar melakukan perubahan diri utk kegemilangan hidup dkt dunia & akhirat nan abadi..
.. .. perangai buruk lain pun mcm dok ngumpat org, ngata ikut sodap mulut, cakap perkataan tak elok, panggey org dgn panggila dia tak suka.. kenala kita tukar STYLE.... ( yg nie aku kena minta maap bebanyak kat zamri KEKO ) drpd dok dapat dosa free bek kita buat pahala free.. dok diam dari ngata dkt org pun dpt pahala oo.. . eeheheh..InsyaAllah kita akan berjaya.. (mcm cikgu motivasi pulak ye )

Bersemperna tahun baru kali ni, aku sertakan skali doa akhir dan awal tahun di bawah.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (hari Rabu lusa nie )

klik gmbr untuk saiz sebenar

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram (hari rabu malam khamis lusa).

klik gambar untuk saiz sebenar
sama 2 la kita peringat- memperingati nooo...

ANTARA DUA DARJAT

MIWANA MOVIE MEMPERSEMBAHKAN ………………

ANTARA DUA DARJAT






SINOPSIS FILEM:-
TUN DET YANG DIKETAHUI UMUM PANGKAT DAN KEKAYAANNYA ADALAH SEORANG HARTAWAN DAN JUGAK PUSTAKAWAN YANG BANYAK MENGHABISKAN HARTA MERDAKNYA DILUAR NEGARA.
DENGAN BERBELANJAKAN RM25,000 BELIAU SANGGUP PEKENA AIS KACANG DI TURIN, ITALI SEDANGKAN HANYA RM2.50 KALAU MINUM DI WARUNG ANAK TIRI BIDAN DI KAMPUNG CHAROK KUDUNG. (RUJUK GAMBAQ)

MANAKALA SAHABAT KARIB YANG SATU SEKOLAH DULU DENGAN TUN DET, AHHH TAK PENTING NAMANYA MASIH MENETAP DI KHEMAH SAMBIL MELIPAT KAIN PELIKAT PUSAKANYA (2 HELAI – SATU TUUU TENGAH PAKAI) (RUJUK GAMBAQ). KETIKA BERGELAR DATO SERI, TUN DET MASIH BERTANYA KHABAR DAN MEMBERI ZAKAT PADI PADA SAHABATNYA SORANG NIE…NAMUN SEMENJAK 90 HARI BUKAN TAHUN, HUBUNGAN MEREKA TELAH SEMAKIN MENJAUH DISEBABKAN OLEH JURANG DARJAT…
SAKSIKAN SANDIWARA INI
LAKONAN BOROI SBG TUN DET
HITAM SBG KAWAN DIA


NIE ULASAN DARI AKU, NANTI LAN SAWA TAMBAH LAGI DET....

In A Life Of Tuan Guru Nik Abd Aziz2

Friday, January 4, 2008

SEMPENA WINTER




Saja la nak kongsi gambaq aku masa tengah dok


menega ais kacang kat belakang dapoq rumah aku


tahun 2005 dulu....








NAk umpan kat LAN SAWA suruh ngutuk aku heeeeee... gambaq program mlm tahun baru , nanti aku send lain kali

Time After Time


Masa berlari begitu pantas...sedar atau tidak sudah hampir 20 tahun aku meninggalkan pekan Pendang...bersama dengan kenagan-kenangannya..

Terkadang aku tersedar dari tidur ditengah malam...aku menjadi rindu kenangan-kenangan itu.air mataku mengalir perlahan..aku rindu..rindu pada zaman kecilku..mengejar ciak dipermatang sawah, bermain layang-layang , mencari ikan pelaga...ahhh...ingatanku kembali kezaman sekolah menengahku..SMP..

kenangan bersama keluarga dikampung

Pagi itu hujan amat lebat...seingatku sudah 2-3 hari hujan turun tanpa henti...sesampainya di pekan Pendang, air telahpun meninggi...aku terus menolak basikal BMX ku dan meneruskan perjalanan...sebelum aku masuk ke pintu pagar SMP...aku melihat zaiton sedang berbicara dengan seorang lelaki..mereka kelihatan mesra..ahhh..biarkanlah..jerit hati kecilku..

Petang itu seperti biasa, aku meminta rakanku menghantar suratku kepada Zaiton yang kelasnya berselang beberapa kelas dari kelas kami..beberapa minit kemudian, kawanku kembali..bersama suratku...hatiku berdetik..."Sorry sham...Zaiton tidak mahu ambil surat kau..dia kata putus..". "Begitu sahaja??" tanyaku..
"Sebenarnya dah lama aku nak bagitau kau perkara nie..tapi takut kau marah pulak.."
"Apa..cakapla.."
"Aku dah lama tahu Zaiton ada boyfriend lain..budak tu ada motor..payahla kau.."
"Motor punya pasal jer??"
Kawanku terdiam...
"Takpelah...suatu hari Tuhan akan balas...bagaimana hati aku berderai..sedih..diapun macamtu juga"
Setahun selepas itu...aku membaca dipapan kenyataan Zaiton gagal dalam peperiksaan SRPnya
hatiku tercuit rasa kekesalan atas doaku..

Aku melihat keluar jendela...salji masih turun diluar sana..aku melihat beberapa kanak-kanak bermain 'snowman'...riang sungguh hati mereka...
Zayati seperti biasa..dia yang pertama menegurku setiap kali aku masuk kekelas...aku duduk dibelakang mejanya...sebentar kemudian Zainuddin pula muncul...
"Sham tolong nih..." kata Zayati sambil mengeluarkan buku latihan bahasa Inggeris
"Ahh akupun" sampuk Zainuddin yang baru nak melabuhkan punggungnya disebelahku
aku membantu mereka dalam menyiapkan latihan itu...
"Sham" Azura menjerit dari sebelah
"Ahhh..apahal?"
"Nie..Fauziah nak minta tolong kau...dia malu"
"Fauziah punya pasal...jangan kata latihan..tulis hikayat hidup pun bolehhh"
aku tersenyum..
Selesai membantu Zainuddin dan Zayati aku ke meja Fauziah untuk membantunya
Wajahnya manis...umpana embun dingin dipagi hari..kerlingan matanya bisa membuatkan aku tergamam...aku membantunya walaupun kadang-kadang aku tidak pasti apa yang ditanyanya..aku bagaikan dalam alam mimpi..

Aku bangun lalu membuatkan black coffee panas...aku membiarkan kopi itu menjadi suam...asap yang naik meliuk-liuk bagaikan hatiku yang meruntun kenangan-kenangan itu...
aku tersenyum sendiri...Pendang...sambil mencapai handheld pc ku...
dan tersenyum lagi....

Thursday, January 3, 2008

Pendang...

Kerpen, 1995..Gadis manis German itu masih memandang kearahku...sesekali dia melirik senyuman, seperti biasa aku membalasnya..perlahan-lahan aku meneguk cuppocino panas itu...Didalam hatiku membisik..biarlah..yang datang umpama bidadari..namun hatiku tetap buat gadis melayu...telah banyak kota-kota dunia aku jelajahi..namun, tiada yang sehebat gadis melayu..senyuman mereka asli tambahan pula dilindungi tudung yang menampakkan kesopanan..ahhh...



SMP, Pendang 1989...Hujan renyai-renyai..aku masih disuatu sudut...menerawang jauh kearah sawah padi dibelakang bangunan itu..seorang demi seorang rakan kelas ku meninggalkan sekolah itu..entahkan kembali atau tidak...Sebentar kemudian Shahrizal menepuk bahuku..."Ayah Fauziah dah datang.." Aku hanya mampu tersenyum tawar...Zainuddin rakan karibku memegang erat bahuku..sambil berkata "bersabarlah..."

Ayah Fauziah duduk mengadap cikgu kelas kami..setelah beberapa lama..beliau menandatangani buku rekod itu..kemudia bersalam dengan cikgu..Fauziah lalu bangun mengikutinya pulang..sambil melambai-lambai kearah kawan-kawannya..Airmataku menitis perlahan-lahan...apakan daya, aku masih muda..masih banyak ilmu dan cabaran yang aku perlu lalui sebelum aku benar-benar dewasa...dan itulah kali terakhir aku melihat wajahnya...masih ku ingat gambarnya ketika memotong kek majlis perpisahan kelas kami...masih tersimpan baik didalam album peribadiku...sayangnya..tiada alamat tercoret disitu...

Aku menghabiskan french bread yang masih berbaki dipiring...sambil menghela nafas...kalau boleh aku kembalikan zaman itu..ah, alangkah indahnya...bersama rakan-rakan gembira..aku masih ingat betapa rakan-rakan sekelasku amat mencemburui kemahiranku menguasai bahasa inggeris...setiap kali ada peperiksaan..aku pasti mendahului jauh dari mereka..dan setiap kali itulah aku dihadiahkan dengan berbagai-bagai buku sebagai sokongan moral untuk terus berusaha..

Aku berjalan pulang menuju kerumah sewaku...anak jiranku..heidi seringkali melambai-lambai jika ternampak aku melalui hadapan rumahnya..bagi mereka aku seorang yang peramah..malah mereka berjanji akan melawat Malaysia suatu hari nanti aku melihat sendiri keindahan Malaysia dan penduduknya yang ramah-tamah.

Bayangan wajah-wajah manis itu kembali kekotak fikiranku...

Zaiton...kali terakhir aku mendengar ceritanya...dia gagal dalam peperiksaan SRP...pernah sekali ketika aku pulang bercuti berhari-raya..aku melihat dia berbasikal melalui pekan pendang...

Zayati...dia telah berpindah kembali ke Taiping, Perak..dan semenjak itu kami terputus hubungan..aku masih ingat ibunya berkata "kalau mak nak cari menantu..macam sham nie la..pandai ambil hati orang tua, peramah dan berbudi bahasa"....ahhh

Norsyahidah...entah..aku gagal mengigati wajahnya..kali terakhir aku mendengar ceritanya dari Sharizal..dia masih ingat padaku...aku hanya mampu tersenyum tawar..sekurang-kurangnya masih ada insan yang sudi meletakkan namaku dalam diari mereka..

Rakan karibku...dimanakah dia?? Zainuddin telah lama menghilang...aku tidak tahu kemana perginya..kali terakhir aku melihatnya di sek. men. teknik alor setar...selepas itu tiada lagi khabar darinya...aku gagal mengingati rumah keluarganya di Taman Mawar, Pendang...



Bagiku...Pendang penuh nostalgia...disini airmata sedih dan gembiraku mengalir..disini aku menyusun jejak-jejak menjadi seorang manusia..disini aku diajar cinta...disini mengajarku erti ketabahan...

Sebaik sahaja kakiku menjejak bumi Pendang...aku memberhentikan sebentar kereta itu..aku mengambil segumpal tanah dan debu lalu menciumnya...Terima Kasih Pendang...

Wednesday, January 2, 2008

Adengan yg masih ada di KEDAH???

Dalam surat khabaq hari nie,,Sedih jugak oi bila terbaca berita dibawah..
Ada lagi cerita macam nie kat negeri kita yang tak jadi Maju 2010 nie..
Apa komen hangpa semua?//


Tak sekolah demi keluarga
Oleh Zuliaty Zulkiffli


KUALA KEDAH: "Walaupun menyesal kerana berhenti sekolah setakat tingkatan satu, namun saya berpuas hati kerana dapat membantu ibu bapa dengan bekerja sebagai tukang cuci untuk menghantar adik-adik bersekolah supaya mereka berjaya pada masa depan.

"Jika diberi peluang untuk menyambung pelajaran, saya bersedia tetapi memerlukan wang yang banyak tujuan itu," kata Siti Nurain Mohd Nasir.

Siti Nurain, 17, yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa melupakan hasratnya itu kerana terpaksa bekerja sebagai tukang cuci di Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Star, sejak bapanya, Mohd Nasir Ibrahim, 41, ditimpa kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lalu.

Katanya, dia terpaksa menahan malu kerana setiap hari melihat pelajar lain di sekolah itu menimba ilmu manakala dia pula terpaksa bekerja untuk menyara keluarganya dengan upah hanya RM200 sebulan.

berita penuh kat
  • sini
  • Tuesday, January 1, 2008

    DULU KINI SELAMANYA...

    Alhamdulillah....nampaknya umuq kita semakin hari semakin pendek dan semakin hampir dengan hari 'KEMATIAN'... Oleh itu jadikan TAHUN 2008 ini sebagai tahun peningkatan IMAN kita...Insya'allah.

    Kepada sahabat2 seperjuangan dan seperkenalan dari DULU KINI SELAMANYA... kekal abadi dan terima kasih jugak kepada rakan2 yg sudi ingat mengingati akan kedatangan tahun 2008 ini... terima kasih sekali lagi...

    2007 sudah meninggalkan kita..jadi fikirkanlah dimana kita..????

    ~ Radio KEDAH FM ~

    Listen to Quran