KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, January 29, 2009

BOIKOT




Tak kan nak boikot pun kita tak mampu??????????? mampoih ka kita kalau tak jadi rakan dagang amerika..

"Menurut His Excellency Christopher La Fleur mantan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia,, Malaysia merupakan rakan niaga ke-10 terbesar Amerika Syarikat sejak tahun 1999 . Pada tahun 2004, AS telah mengeksport barang-barang niaga bernilai $11 billion dollar Amerika (USD) ke negara ini (Malaysia) manakala Malaysia telah mengeksport barang-barang niaga negara bernilai dua kali ganda nilai tersebut iaitu $28 billion USD ke Amerika Syarikat.

Ini menunjukkan signifikan hubungan ekonomi Malaysia dan AS dan bukti yang jelas berkenaan dengan sikap keterbukaan AS terhadap eksport Malaysia? ujar beliau dan turut berharap agar hubungan kerjasama ini akan semakin berkembang dan lebih kepelbagaiannya melalui urusniaga baru, pelaburan dan kerjasama lain yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak
."

Wednesday, January 28, 2009

BERSAMA KITA DOAKAN :Nadya Hannah Fazrul Edlin

Dear All friends,

Ini adalah penyakit yang dialami oleh bayi kesayangan saya, Nadya Hannah Fazrul Edlin. Tujuan saya menghantar email ini adalah untuk menyebarkan kepada sahabat handai dan kenalan2 mengenai penyakit ini kerana rata2 kaum ibu atau bapa di negara kita tidak terdedah dan kurang pengetahuan mengenai penyakit ini. Semoga dengan tersebarnya email ini insyaALLAH di kalangan kita akan lebih berhati2 , bersedia dan penyakit ini dapat dielakkan. Semoga bayi2 yang bakal dilahirkan akan sihat dan normal.Akhir kata doakan bayi saya agar sentiasa sihat selalu. InsyaALLAH....Sebarkan kepada rakan2 agar information ini dapat dikongsi bersama.

Spina Bifida

Apakah yang dimaksudkan dengan Spina Bifida ?
Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terpisah), adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan. Ianya berlaku di bahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku dibahagian atas. Kadang-kadang sebahagian dari otak juga turut terdedah.

Jenis-jenis Spina Bifida.

* Spina Bifida Occulta
Saraf tunjang adalah normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertaup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal.
* Meningocoele
Sebahagian dari meninges lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna.\
* Meningomyelocoele
Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah.

Keterukkan keadaan spina bifida adalah berbeza. Dalam keadaan yang ringan (milder form), bayi tidak menunjukkan apa-apa tanda. Sekiranya kecacatan teruk yang mana melibatkan saraf tunjang , kemungkinan bayi tidak selamat. Selalunya bayi ini akan mengalami kelumpuhan, hydrocephalus (kepala besar di sebabkan pengumpulan cecair dalam otak) dan lain-lain kecacatan sejak lahir/kongenital. Kebanyakkan kes mengalami keterukkan sederhana yang mana juga memerlukan berbagai rawatan dan rehabilitasi.

Berapa kerapkah kejadian ini terjadi ?
Berlaku lebih kurang 1 dalam 1000 kelahiran hidup.

Sebab-sebab terjadi.

* Sebab sebenar masih tidak diketahui
* Ia adalah disebabkan oleh kombinasi antara faktor genetik dan persekitaran.
* Salah satu faktor yang menyumbang pada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.

Tanda-tanda

* Kemungkinan kelihatan benjolan di bahagian belakang. Ia adalah penonjolan saraf tunjang atau meninges melalui ruang pembukaan di tulang belakang.
* Saiz kepala yang besar atau ukuran lilitan kepala membesar akan terjadi pada sebahagian kes meningomyelocele.
* Bagi kes spina bifida occulta, perubahan warna kulit, lekok ,ketulan tisu lemak yang lembut atau jumbai rerambut akan dapat dilihat di bahagian belakang.

Gejala
Sebahagian dari gejala dikesan peringkat awal dan yang lainya di kemudian hari.

* Sakit dibahagian bawah belakang
* Sistem usus dan pundi kencing yang tidak berfungsi.
* Bahagian anggota kaki adalah lemah atau lumpuh.
* Hilang deria rasa dibahagian yang terlibat.
* Pembelajaran yang lemah.

Kadang-kadang tidak ada gejala yang ditunjukkan. Kecacatan itu hanya dikesan semasa pengimejan (x-ray) dilakukan untuk masalah kesihatan yang lain.
Masalah ini boleh dikesan semasa mengandung melalui ultrasonography,MRI dan pengukuran alpha foeto protein (AFP)

Komplikasi.

1. Komplikasi spina bifida selalunya disebabkan oleh kerosakan pada saraf tunjang atau hujung saraf yang terkeluar dari saraf tunjang.
Ini akan mengakibatkan:-
* Sakit belakang
* Tidak boleh mengawal buang air kecil dan retensi urin.
* Tidak boleh mengawal buang air besar dan sembelit
* Lemah atau kelumpuhan pada bahagian kaki.
* Hilang deria rasa di bahagian yang terlibat - yang mana menyebabkan kecederaan, kudis tekanan atau kelecuran di kulit.

2. Spina bifida selalunya berkaitan dengan hydrocephalus dalam 70 % kes. Otak dan saraf tunjang di alirkan dan di bekalkan dengan nutrisi oleh cecair serebrospinal. Dalam spina bifida , pengaliran cecair serebrospinal tersekat menyebabkan pengumpulan cecair ini di dalam otak.

Keadaan ini berbahaya kerana cecair yang terkumpul akan meningkatkan tekanan dan akan menyebabkan kerosakan pada otak.

3. Jangkitan
* Meningitis - Jangkitan pada selaput yang menyaluti tisu saraf.
* Jangkitan di salur air kencing melibatkan pundi kencing dan atas buah pinggang - Retensi air kencing akan menyebabkan pengalirannya berbalik ke buah pinggang semula.

4. Masalah tulang seperti scoliosis (bongkok), telepis (club foot ) atau terkehel tulang pinggul.

Rawatan.
Rawatan untuk spina bifida ialah pembedahan dan rawatan sokongan yang berterusan. Tiada rawatan khusus untuk spina bifida.

* Sekiranya seorang bayi dilahirkan dengan kecacatan yang terbuka , pembedahan dilakukan secepat mungkin.

o Saraf tunjang dan meninges yang terkeluar akan dimasukkan ke tempatnya dengan berhati-hati.
o Tujuan melakukan pembedahan ialah untuk mengurangkan risiko jangkitan dan mengekalkan fungsi saraf tunjang.
o Pembedahan semula mungkin diperlukan apabila kanak-kanak membesar. Ini adalah disebabkan saraf tunjang dan tulang belakang membesar pada kadar yang berbeza dan boleh menyebabkan dan boleh menyebabkan tisu saraf terperangkap.
* Sekiranya mengalami hidrosefalus, shunt mungkin diperlukan untuk mengalirkan cecair yang berlebihan dari otak ke abdomen. Shunt perlu di pantau untuk jangkitan dan penyekatan aliran cecair serebrosinal serta memberi rawatan yang berpatutan.
* Penilaian yang kerap perlu dilakukan ke atas kanak-kanak oleh pasukan kesihatan seperti Pakar Perubatan, fisioterapi dan terapi carakerja.
* Jangkitan perlu dirawat dengan sempurna.

Pencegahan.

1. Pemberian tambahan folik asid.
Dos folik asid yang disyorkan adalah 0.4 mg sehari dan perlu diambil sebulan sebelum mengandung dan seterusnya pada 3 bulan pertama mengandung untuk memberi kesan yang baik. Disebabkan kebanyakan kehamilan tidak dirancang, semua wanita dalam usia reproduktif dinasihatkan untuk mengambil penambahan folik asid.

Sekiranya seseorang itu dalam kumpulan berisiko ( anak terdahulu, atau saudara rapat mengalami spina bifida atau yang mengambil ubat sawan), ia perlu mengambil dos yang tinggi lebih kurang 4 mg sehari.
2. Kaunseling genetik

Risiko (tanpa tambahan folik asid)

* Selepas mempunyai seorang anak yang menghidapi spina bifida, kehamilan seterusnya boleh mendapat masalah yang sama adalah 3 ke 4 %.
* Selepas mengalami 2 orang anak spina bifida,10 % kehamilan seterusnya boleh mendapat masalah yang sama.
* Risiko akan bertambah tinggi sekiranya keluarga juga mempunyai sejarah spina bifida.

Sila dapatkan rundingcara dari doktor untuk kehamilan yang akan datang.

Pemulihan.
Pemeriksaan yang berkala oleh pasukan kesihatan yang professional diperlukan ( Pakar Peditrik, Pakar Surgeri Orthopedik, Pakar saraf, fisioterapi, terapi carakerja dan kaunselor) di dalam proses pemulihan. Ini adalah untuk mengendalikan dan merawat sebarang masalah diperingkat awal. Dengan ini kanak-kanak terlibat dapat hidupselesa seperti anak-anak yang lain.

Pemulihan melibatkan:-

* Pergerakan.
Perkhidmatan fisioterapi dan terapi carakerja perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memaksimakan fungsi dan pergerakan menggunakan ke taraf maksima fungsi dan pergerakkan. Kanak-kanak ini memerlukan bantuan fisikal seperti alat penyokong (braces) dan kerusi roda, mengikut tahap kelemahan dikaki.
* Penjagaan kulit dan deria rasa
Penjagaan yang sempurna untuk mengelakkan kudis tekanan atau ulser di bahagian yang kehilangan deria rasa.
* Penjagaan pundi kencing.
Latihan mengawal pundi kencing dan melakukan pengketeran kendiri secara berkala. Pembedahan pundi kencing mungkin diperlukan.
* Penjagaan bowel
Latihan kawalan buang air besar, penggunaan enema dan pemakanan yang sihat.
* Pendidikan.
Kanak-kanak ini selalunya mempunyai kecerdasan yang normal, mereka mungkin mengalami masalah. Kanak-kanak yang menghidapi hidrosefalus mempunyai masalah pembelajaran yang lebih ketara.
* Sokongan ibubapa adalah faktor penting dalam proses pemulihan kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak ini perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan untuk memperolehi penjagaan kesihatan yang sempurna, kebajikan dan pendidikan khas . Pegawai perubatan boleh membantu pendaftaran kanak-kanak terlibat dengan mengisi borang-borang yang tertentu Kanak-kanak yang didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat berhak mendapat bantuan perubatan dan kemudahan-kemudahan kesihatan yang lain dari kerajaan.
Thank you and best regards
--
Busyra Md Nadzir

Beriani Ayam Hyderabad

Beriani Ayam Hyderabad

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (potong 16)

1 kg beras basmati

100 gm bawang besar cincang

2 sudu besar bawang putih kisar

2 sudu besar halia kisar

1 sudu besar serbuk cili

1/2 sudu besar serbuk kunyit

70 gm daun pudina

70 gm daun ketumbar

2 sudu besar serbuk ketumbar

1/2 sudu besar rempah garam masala

1 cawan santan

1 biji lemon

1 cawan minyak sapi

1/2 cawan yogurt

100 gm gajus

3 helai daun bay

5 kuntum bunga cengkih

3 batang kulit kayu manis

6 tangkai cili hijau (kisar)

4 biji buah pelaga

1 sudu besar serbuk jintan

200 gm bawang merah (hiris)

Daun ketumbar

100 ml minyak sapi

CARA MENYEDIAKAN:

1) Satukan serbuk kunyit, serbuk cili, garam, halia kisar, bawang putih kisar,

yogurt dan perahan setengah biji lemon dengan ayam.

2) Perap selama sejam setengah. Panaskan minyak sapi, tumiskan bunga

cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun bay.

3) Masukkan pula serbuk ketumbar dan bawang besar cincang. Biarkan

bawang layu.

4) Setelah itu masukkan rempah garam masala, daun pudina dan ayam perap.

5) Gaul sebati hingga ayam kecut. Biarkan ayam menjadi tiga per empat masak.

Matikan api dan ketepikan.

6) Sementara itu tanak nasi. Beras hendaklah dicuci dan dituskan setengah sebelum

digunakan. Sewaktu memasak nasi, tambahkan sedikit garam.

7) Nasi hendaklah dimasak separuh masak sahaja.

8) Dalam periuk lain, cedukkan nasi setengah masak, dan di atasnya diletakkan

tumisan ayam dan di atasnya dilapiskan lagi nasi separuh masak, kemudian

lapisan ayam dan akhirnya nasi.

9) Kemudian, panaskan 100 ml minyak sapi, tumis bawang merah hingga

kuning. Ketepikan.

10) Goreng pula kacang gajus, ketepikan.

11) Saffron dicampur dengan dua sudu besar susu segar. Renjiskan di atas lapisan

nasi paling atas tadi.

12) Taburkan juga kacang gajus dan bawang goreng di atas lapisan nasi paling

atas tadi. Lebihan 100 ml minyak sapi tadi dituangkan sekali di atasnya.

13) Taburkan hirisan daun ketumbar. Tanaklah nasi beriani tadi atas dapur dengan

api yang kecil.

Sarapan tentukan jantina bayi?


JIKA inginkan anak lelaki, jangan abaikan sarapan pagi.



SATU kajian menemukan bahawa wanita yang mengambil sarapan melahirkan lebih ramai anak lelaki. Ia turut menunjukkan wanita yang mengambil lebih banyak kalori turut dapat melahirkan anak lelaki. Penemuan baru ini, bagaimanapun, tidak dapat membuktikan bahawa makanan yang diambil atau ditinggalkan pada peringkat awal kehamilan mempengaruhi jantina bayi.

Penyelidik Fiona Mathews menyatakan keadaan ini mungkin dapat menjelaskan nisbah penurunan tidak ketara bayi lelaki di negara-negara berasaskan industri seperti Amerika Syarikat.

"Memang keadaan sekarang menunjukkan kewujudan epidemik obesiti, tetapi kelihatan juga peningkatan amalan berdiet dan pengambilan makanan yang tidak sihat dalam kalangan wanita. Dan lebih ramai yang meninggalkan sarapan pagi. Data kami mencadangkan perkara-perkara ini mungkin memainkan peranan dalam penurunan tidak ketara kelahiran bayi lelaki," katanya.

Data yang dikumpul juga menggambarkan lebih ramai wanita yang mengambil kalori semasa hamil melahirkan anak lelaki.

Saintis kaki lima

Sudah lapan tahun Abdul Halim memberi ceramah mengenai sains dan matematik di jalanan.




SEKALI imbas jika terserempak dengannya di ibu kota, kita pasti menyangka dia tidak lebih daripada seorang penjual ubat jalanan.

Lebih ekstrem, ramai mendakwa dia mungkin gila apabila melihat tulisan yang digayut di dadanya ‘Saya Ketua Saintis Dunia’.

Tapi bagi Abdul Halim Bustaman, biar apa pun gelaran diberi orang ramai, dia tetap dengan caranya yang mengemukakan idea sains dan matematik ciptaannya di jalanan.

Dengan berketayap dan berjubah, lelaki berusia 54 tahun itu sebenarnya hampir lapan tahun memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kajian dalam bidang sains dan matematik yang didakwanya sering dipandang serong oleh masyarakat di negara ini.




“Saya bukan gila. Tujuan saya lakukan semua ini hanya untuk mendatangkan minat kepada orang ramai mengenai ilmu matematik dan sains.

“Saya sudah lali dengan pandangan masyarakat yang memandang rendah pada ilmu yang saya peroleh ini,” kata bapa kepada lapan orang anak berasal dari Ipoh, Perak ini.

Menurut Abdul Halim, dia sebelum ini pernah berkhidmat sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran matematik selama 10 tahun dan kemudiannya berhenti menjadi guru dan mula membuat kajian terhadap sistem pengajaran matematik. Sistem logik yang pernah dipopularkan oleh Edward de Bono dari Universiti Oxford.

“Teknik dan kepakaran saya dalam bidang matematik diakui golongan cerdik pandai tempatan mahupun luar negara. Malah, beri peluang pada saya membentangkan kertas kerja di institusi pengajian tinggi dan bertukar-tukar fikiran dengan mereka,” katanya.

Ujar penceramah ini lagi, kerjaya sebagai penceramah jalanan telah dilakukan sejak lapan tahun lalu dan selama tempoh itu, Abdul Halim juga mendakwa sudah mengelilingi semua daerah dalam negara untuk menyampaikan hasil kajiannya itu.

“Saya akan berceramah di kaki lima antara 40 minit ke satu jam, kemudian balik rumah anak-anak atau balik Ipoh terus. Sepanjang tempoh itu juga, lebih 10,000 buah buku hasil kajiannya telah dijual,” katanya.

Apabila ditanya apakah impian yang ingin dicapai sebagai penceramah jalanan pada tahun baru ini, beliau dengan pantas membalas:

“Tahun depan saya beri ceramah di kota London. Pada masa ini saya cuma menunggu untuk mendapat kebenaran berceramah di sana sahaja lagi,” katanya.

Selain berazam ingin melahirkan lebih ramai pemikir Islam, Abdul Halim juga berhasrat bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bercerita sendiri pengalaman dirinya menjadi penceramah jalanan dan kajian dilakukan.

Pada satu pertemuan di Kuala Lumpur, Abdul Halim sempat menunjukkan beberapa helai sijil penyertaan dan penglibatan dalam beberapa siri lawatan dan gambar ketika berjumpa dengan tokoh akademik yang disimpan dalam kotak di atas troli yang digunanya membawa papan putih ketika memberi ceramah.

Friday, January 23, 2009

SERBAN O SERBAN



KOTA BHARU, 19 Jan - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban. (SINGH BOLEH LAKS YERRR????)

Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara

Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.

Hang pa tak kagum ka dengan keberanian Adik Nasir yang memilih utk masuk penjara 2 hari berbanding membayar saman RM90.00. Tapi berapa orang ja yg sedih dengan polis yang saman dia . Takan tak da budi bicara? Awat kalau budak lelaki Sigh ada depa berani saman? orang kampung rasanya tak sebab takut ajdi isu. Tapi kalau orang melayu, buat tak hairan.

AKU sedih tengok orang melayu di persenda begitu. Hal agama tolong jangan permain-mainkan. Takut kita berdosa.

Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!



MENGAPA OH MENGAPA?
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan
kepercayaannya....
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan
pengganas?

Mengapa seseorangrahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana
memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

________________________________
Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti
dibebaskan!"
________________________________
Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut
kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, diatidak boleh
menjejakkan kakinya ke universiti?
_______________________________
Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan
punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak
berguna?
________________________________
Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak
dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan
jenayah, nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia
amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan
diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?

________________________________
Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya
tidak pernah dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah
kerana agama Islamnya!
________________________________

Mengapa kita terlalu percaya kepadaakhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!

Thursday, January 22, 2009

HIKMAH SUJUD

MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s. w. t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s. w. t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s. w. t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

* membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

* membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

* melegakan sakit hernia. (burut)

* mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

* melegakan paru-paru daripada ketegangan.

* mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

* kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

* meringankan bahagian pelvis.

* memberi dorongan supaya mudah tidur.

* menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

* pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

* bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

* mengurangkan kegemukan.

* pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .

* organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

*
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Segalanya akan dapat melalui keikhlasan dan mengharapkan keredhaan dari Allah. " Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan mati hanya pada Allah Tuhan Semesta Alam."

Wednesday, January 21, 2009

Barack Obama seorang Muslim?


Terjemahan bebas suarasa.com dari laman web about.com
Dalam satu emel yang diterima oleh Ron, P. ada dakwaan yang menyatakan bahawa Obama adalah seorang Muslim yang menyembunyikan identiti agama beliau yang sebenar dalam usaha untuk memenangi jawatan Presiden USA. Emel tersebut menyatakan bahawa Obama lahir di Honolulu, Hawaii. Anak kepada Barack Hussien, seorang Islam berkulit hitam dari Nyangoma-Kogel, Kenya. Manakala dan ibunya Ann Dunham, seorang Athies dari Wichita, Kansas.

Ibubapa Obama berkenalan di Universiti Hawaii dan mendirikan rumahtangga sejurus selepas itu. Ketika Obama berusia dua tahun, kedua ibubapanya berpisah. Bapanya pulang ke Kenya.

Ibunya berkahwin dengan lelaki indonesia Lolo Soetoro yang beragama Islam. Ketika berusia 6 tahun, keluarganya berpindah ke Indonesia. Obama disekolahkan di sebuah sekolah agama di Jakarta. Beliau juga menghabiskan masa dua tahun bersekolah di sekolah Katholik.

Obama menyimpan rahsia pegangan agamanya dengan cermat. Jika dipersoalkan tentang fakta bahawa dia pernah beragama Islam, dia dengan cepat menyatakan bahawa “Dia dulu pernah menjadi seorang Islam, tetapi dia juga menghadiri sekolah kristian Khatolik”.


Penasihat politik Obama cuba untuk menunjukkan bahawa pengetahuan agama Islam Obama datang yang dari bapanya, hanya memberi kesan yang sementara. Secara zahirnya, bapa Obama balik ke Kenya sebaik sahaja bercerai dengan ibunya tanpa mempunyai peluang untuk mempengaruhi cara hidup anaknya.

Lolo Soetoro, adalah bapa tiri Obama dilabelkan sebagai seorang Muslim yang radikal, menghantar Obama ke sekolah agama beraliran Wahabi di Jakarta. Fahaman Wahabi menurut kandungan emel tersebut merupakan fahaman pengganas yang melancarkan jihad menentang dunia barat.

Demi untuk mempertahankan survival politik, mengistiharkan diri sebagai seorang Kristian boleh menarik sokongan umum di US. Oleh itu Obama turut menyertai United Church of Christ dalam usaha mengurangkan tanggapan bahawa beliau adalah penganut agama Islam.

Website about.com yang membincangkan tentang emel mengaitkan Obama dengan fahaman agama Islam, menafikan dakwaan Obama adalah seorang Muslim. Walaupun website tersebut mengakui bahawa bapa Obama, Barack Hussien adalah seorang Islam, tetapi beliau telah meninggalkan ajaran Islam dan menjadi seorang Atheis semasa berkahwin dengan ibu Obama.

About.com juga menafikan dakwaan Obama bersumpah dengan menggunakan Quran semasa mengangkat sumpah sebagai senator. Sebaliknya menyatakan bahawa Obama menggunakan bibile miliknya sendiri semasa mengangkat sumpah yang dikendalikan oleh naib presiden Dick Cheney.

Malam tadi Obama secara rasmi telah mengangkat sumpah sebagai presiden US, jika benar seperti dakwaan tersebut Obama bukan sahaja bangsa berkulit hitam pertama menjadi presiden US tetapi turut membawa gambaran negatif terhadap kesyumulan ajaran agama Islam. Sokongan tidak berbelah bahagi regim Zionis kepada Obama menunjukkan puak Yahudi tersebut mempunyai agenda tersendiri untuk memburuk-burukkan agama Islam."

Monday, January 19, 2009

tajul- muluk (utk wanita SHJ)

Tajul Muluk Dan Rahsia Manusia
.
a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas
.
WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.
.
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat. (yelahh!huhu!)
2) Mengambil berat. (harusss!)
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan. (betul2!haha!)
4) Menenangkan pasangan. (sket2 leh kot..)
5) Sangat romantis. (auwww!)
6) Mudah menangis. (pecah rahsia haku!kih3!)
.
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.

Sunday, January 18, 2009

Baik Buruk

RUANGAN Baik Buruk pada minggu ini akan mendedahkan kepada anda cara untuk menguruskan badan tanpa berlapar, bagaimana susu dapat melawan selsema dan bagaimana burung merpati boleh menjadi ancaman kepada kesihatan.

KURUS TANPA BERLAPAR

BERLAPAR bukan kaedah yang betul untuk mengurangkan berat badan seterusnya menjaga kesihatan keseluruhan. Pasti akhirnya seseorang yang tidak berdisiplin akan makan lebih daripada yang sepatutnya. Apakah cara untuk mengawal nafsu makan?

Menyertakan telur dalam sarapan pagi sebenarnya memberikan bekalan protein dan lemak harian yang baik. Seseorang akan berasa kenyang lebih lama hanya dengan mengambil sarapan seperti telur dadar dan beberapa batang sosej.


"MENYERTAKAN telur dalam hidangan sarapan pagi memanjangkan rasa kenyang."

Makan enam kali sehari! Mungkin mengejutkan, tetapi amalan tiga hidangan utama dalam saiz hidangan berpatutan dan diselangi tiga kali snek yang baik boleh membantu perut agar tidak dalam keadaan lapar yang keterlaluan. Lapar yang melampau membuatkan seseorang makan lebih banyak daripada yang sepatutnya. makan snek seperti kekacang campuran bukan sahaja bagus untuk mengisi perut, malah membantu membina otot.

Pakar diet turut mengingatkan bahawa pasta, roti putih dan kentang boleh membuatkan anda gemuk. Kalau teringin juga menjamah pasta dan roti, pastikan ia daripada jenis bijirin penuh.

Selain itu, ganti pengambilan kentang kepada keledek, cuma jangan makan terlalu banyak. Minuman teh hijau juga boleh disertakan.

Anda juga perlu ke gimnasium untuk latihan senaman angkat berat. Otot yang dibina bukan sahaja meningkatkan prestasi, malah melonjakkan metabolisme yang menjana pembakaran kalori biarpun selepas bersenam.

SUSU MELAWAN SELESEMA

MENGAMBIL selenium yang mencukupi (banyak terkandung dalam tiram, udang kara, ketam dan kima) dapat meningkatkan penghasilan sel protein imunisasi yang dipanggil sitokin. Sitokin dapat membantu menyingkirkan virus selesema dalam tubuh.

Selain itu, dalam banyak jenis lemak, Omega-3 yang ditemui dalam ikan seperti salmon Pasifik mampu menghasilkan paras darah sel T yang tinggi dan berupaya menentang selesema. Omega-3 kini mudah didapatkan dalam bentuk pil atau tablet di farmasi.


"AMALAN meminum teh hitam menguatkan sel imunisasi bagi melawan selesema."

Mengenai jenis minuman pula, tentangan terhadap virus selesema juga boleh dipertingkatkan jika seseorang mengamalkan pengambilan teh hitam. Ia dibuktikan dapat menggandakan kekebalan sel imunisasi.

Pada masa yang sama, dalam kajian terhadap haiwan, asid linoleik (CLA) yang terkandung dalam produk tenusu mampu bertindak sedemikian. Kesan kajian tersebut untuk manusia mempunyai persamaan yang memberangsangkan.

Secara keseluruhannya, agen menentang virus selesema ini boleh didapati daripada sumber protein (ayam, ikan atau daging), vitamin A dan B6 (buah-buahan berwarna oren atau merah serta sayuran daun hijau) dan vitamin E (kacang tanah, minyak zaitun, badam, kacang hazel).

Pengambilan zat besi, zink dan vitamin B12 turut disyorkan.

ANCAMAN BURUNG MERPATI

NAJIS burung merpati bukan sekadar menimbulkan masalah pencemaran pemandangan. Ia juga satu ancaman terhadap kesihatan manusia. Paling utama ialah histoplasmosis iaitu jangkitan pada paru-paru yang menunjukkan simptom serupa dengan demam selesema.


"NAJIS burung merpati boleh menyebabkan meningitis dan penyakit kulat histoplasmosis."

Ini terjadi apabila merpati membawa spora kulat histoplasma kapsulatum dan menyebarkannya di tempat ramai manusia bernafas.

Tidak cukup dengan bulu-bulunya yang menjadi agen sebaran penyakit, najis burung merpati juga membawa berita buruk.

Ia mengandungi pelbagai jenis kuman yang berisiko tinggi menyebabkan meningitis dan penyakit kulat histoplasmosis serta kriptokokosis.

Najis burung itu lebih mengancam kesihatan apabila terdapat di kawasan sumber air atau saluran udara kerana ia meningkatkan kemungkinan kuman menjangkiti sistem tubuh manusia.

Walaupun daging burung merpati dijadikan hidangan delikasi di beberapa negara, manusia tidak harus lupa bahawa merpati adalah sebahagian daripada kebimbangan selesema burung, virus West Nile, ensefalitis (radang otak) dan juga toksoplasmosis (penyakit bawaan mamalia dan burung akibat protozoa).

Lebih merisaukan ialah najis burung itu boleh menjadi punca kepada kes kematian akibat penyakit berbahaya lain seperti salmonella dan E. coli.

Lawak Kuala Ganu..

oleh Notoumno


Kata Derih .. "Sumpah yangggg !!! Abang gi Tgnu nak berjuang, TG Haji Hadi sughoh gantung poster. Tak caya tanya Ustaz Moin, Pakcik Parjo ... betul yangggg ".

" Ye la tu !!! Abang jangan bohong, satu Malaya tau abang gi sana duduk sebelah Putri UMNO ... .... Siap senyum senyum lagi. Gambar dah masuk internet tau !!! " jawab Milah.

" Sumpah yangggg ..... " pujuk suami

Tot tot tot tot !!! Milah letakkan talipon.

Thursday, January 15, 2009

YAHUDI & ARAB menyanyi lagu DAMAI

SHALOM ALEINU

Tuesday, January 13, 2009

PAS desak Malaysia usir Duta Amerika

Irwam Muhammad Zain
Mon | Jan 12, 09 | 11:44:01 am MYT
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan Malaysia segera mengusir keluar Duta Amerika dari negara ini kerana negara tersebut bersekongkol dengan Israel menyerang Gaza. Iklan

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah sedemikian sebagai tanda komitmen mereka dalam isu keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.

"Jika kerajaan Malaysia serius membantah tindakan Israel dan apa yang dipersetujui Amerika, tindakan mengusir Duta Amerika perlu segera dilakukan.

"Jika enggan berbuat demikian bermakna mereka (kerajaan Malaysia) merestui apa yang diputuskan oleh Amerika iaitu membenarkan Israel terus menyerang Gaza," tegas beliau.

Jelas Mahfuz, tindakan sedemikian perlu dilakukan selain dari tindakan memboikot barangan dari Amerika.

Selain dari mengusir Duta Amerika, PAS juga kata Mahfuz mendesak agar kerajaan Malaysia memanggil Duta Mesir dan mendesak Mesir agar membuka sempadan di Rafah agar bantuan dapat disalurkan kepada Palestin.

"Jika Mesir enggan berbuat demikian, Malaysia boleh mendesak negara-negara OIC supaya memboikot Mesir," jelas Mahfuz.

Mahfuz tidak dapat hadir ke Mesyuarat Khas Dewan Rakyat membincangkan isu di Palestin hari ini menjalni pembedahan kecil Sabtu lalu dan masih berada di wad Hospital Besar Alor Star. - mks

Sunday, January 11, 2009

Gunalah senjata kita dengan BERDOA...











Bantuan boleh di buat ke alamat berikut:-
Aman Palestin Berhad (www.amanpalestin.org)

Dana dan sumbangan :
BIMB 12029010047880 , MayBank 562263010787
Dana Pengurusan :
Muamalat 12070005133717

Mercy Malaysia (www.mercy.org.my)
Palestine Relief Fund : CIMB Account No : 1424-000-6561053

*http://savepalestinetoday.blogspot.com

Thursday, January 8, 2009

LAKNAT!!!! ISRAEL



LAKNAT!!!! LAKNAT!!!!!
Dalam pada Sedara 2 kita koi pelan ghamai Syahid di Palestin, Koi pelan laknat lagi la semua pemimpin negara OIC (yang Malaysia masih jadi Pengerusinya) nie dok tengok saja ja... Past tu dok usul pulak benda 2 bengong... buat persidangan A, B, C, D lepas tu ulang balik benda yang sama 874X... yang pastinya tiap kali persidangan , yang kenyang sapa?
Past tu semua negara OIC buat sambutan tahun baru 2009 ,.. bergencot, menjerit, terkangkang - kinja.. sorak tengok bunga api meletup.... FUyooo banyak betoi pahala tuuuu, ,, boleh menjadi pendinding api neraka oiii bila terkinja- kinja bilang jam tahun baru sambil berpulun sakan sorak . APA ke hadharinya semua negara OIC nie. (Ini bukan artikel politik.. so... tak dak kena mengena noo dengan negara pencipta mazhab Hadhari nie...)

Lama dah usul OIC buat pakatan KETENTERAAN macam NATO tu untuk Bergandingan Menghancurkan ISRael laknatullah tu,, tapi nak buat GUANO majoriti kepala pemerintah negara OIC nie jilat p_**koq Amerika dan Sekutu kuat dia ISRAEL.
Ibarat kata memba aku , kalau semua Pak2 Arab yg dok keliling israel tu pi pakat kencing di sana nescaya Mampouih lemas Israel tu dalam Banjir Ayaq kencing... Tapiii nak buat GENOOOO depa semua pakat ada MASSSSSSYYYUKKK....

Walaupun kemusnahan yang akan dihadapi lebih dahsyat, namun peperangan darat akan membuka ruang yang luas untuk tentera Hamas memberi kecelakaan yang tidak terhingga kepada yahudi laknatullah.

Syaratnya, setiap umat Islam seantero dunia mesti sentiasa bersama dengan Mujahidin Hamas mempertahankan tanah wakaf umat Islam tersebut.

Setiap saat dan ketika, umat Islam mesti menitipkan doa untuk kemenangan Hamas di Palestin.

Setiap saat dan ketika, umat Islam mesti merayu dan merintih kepada Allah supaya mujahidin Palestin diberi pertolongan dan kemenangan oleh Allah.

Setiap saat dan ketika, umat Islam mesti merasakan sentiasa berada di barisan hadapan bersama mujahidin Hamas mempertahankan kiblat pertama umat Islam tersebut.

"Kepada yang mampu, berpuasalah pada siang hari. Kerana doa orang yang berpuasa tiada hijab dengan Allah. Berpuasalah untuk sama-sama merasakan kesengsaraan saudara kita di Palestin.

Kepada yang mampu, bangunlah bermunajat dihening dinihari. Kerana doa yang diiringi airmata diwaktu embun menimbus bumi tiada hijab dengan Allah.

Kita berada dalam peperangan!

Tinggalah semua perkara yang maksiat dan dosa.

Fokuskan seluruh kehidupan kita kepada peperangan yang sedang kita hadapi.

Ulama' muktabar telah membuat fatwa, "mempertahankan bumi Palestin iaitu tanah wakaf umat Islam adalah fardu 'ain atas setiap umat Islam".

Ayuh sahabatku!"

(Di petik dari : puteragunungtebu.blogspot.com)


Bantuan boleh di buat ke alamat berikut:-
Aman Palestin Berhad (www.amanpalestin.org)

Dana dan sumbangan :
BIMB 12029010047880 , MayBank 562263010787
Dana Pengurusan :
Muamalat 12070005133717


Mercy Malaysia (www.mercy.org.my)
Palestine Relief Fund : CIMB Account No : 1424-000-6561053

Wednesday, January 7, 2009

KALAULAH TEMPAT BERITA BERTUKAQ DARI REMBAU KE SUNGAI PETANI....?

HANGPA BACA DULU BERITA DIBAWAH, lepaih tu cuba pikiaq kalau tempat berita nie bertukaq pi kemana2 tempat di negeri KEDAH ka , Kelantan ka Perak ka,, mudah cerita negeri pakatan Rakyat la..... apa akan jadi sempena musim pilihan raya kecil KT nie?.....Lu PK la sendiri.. heeeee....


Persekolahan empat beradik di Rembau terbantut

"Sinar Harian 7 Jan 09 REMBAU – Sesi persekolahan yang bermula Isnin lalu terpaksa dilupakan sementara oleh empat beradik, kerana kemiskinan hidup keluarga mereka. Siti Nur Asmah, seharusnya mendaftarkan diri sebagai murid Tahun Satu Sek Keb Kayu Ara namun disebabkan ketidakmampuan bapanya menyediakan keperluan sekolah, hasrat anak kecil yang bersemangat ke sekolah ini terpaksa ditangguhkan.

Tiga adik beradik lain yang berusia antara 9 hingga 15 tahun juga terpaksa melupakan hasrat ke sekolah buat sementara waktu sehingga bapa mereka mempunyai wang membeli kelengkapan persekolahan dan menjelaskan yuran sekolah.

Shahrin Kasim, 45, hanya bekerja sebagai pembantu jualan di pasar dengan pendapatan bulanan RM800 sebulan, menyara 10 anak dan isterinya, Julia Buruk yang sarat mengandung 7 bulan.

Menurutnya, pendapatan bulanan setelah ditolak sewa rumah yang didiaminya kini di Taman Rembau Utama dan menjelaskan hutang-piutang yang lain, bakinya hanya tinggal sedikit untuk membeli keperluan makanan. “Setakat ini, sudah banyak kali kami sekeluarga terputus bekalan makanan dan hanya mengalas perut dengan lempeng atau cucur yang disediakan isteri, namun saya bersyukur anak-anak dapat menikmati makanan,” ujarnya.

Katanya, lima daripada 10 anak-anaknya yang berumur antara 3 hingga 20 tahun tidak menamatkan sekolah menengah. “Hendak makan pun susah, apatah lagi untuk membeli dan menyediakan keperluan yang sempurna buat anak-anak saya ini biarpun di dalam hati kecil, mahu melihat anak-anak berjaya sepertimana anak-anak orang lain,” katanya lagi.

Shahrin berkata, jika tidak kerana kesempitan wang, sudah tentu empat daripada lima anaknya iaitu Mohd Syukri 15, Siti Zubaidah 13, Mohd Shahrizan 9, dan Siti Nur Asmah 7, dapat bersekolah seperti biasa. Seorang lagi anaknya, Mohd Samsudin, 16, bertekad untuk terus bersekolah biarpun serba kekurangan.

“Saya juga runsing ke mana mahu mengadu masalah yang dihadapi dan setakat ini saya tidak pernah memohon bantuan daripada mana-mana pihak. “Saya kasihan kepada anak-anak, kesusahan hidup yang dialami menyebabkan mereka malu dan disisihkan rakan-rakan di sekolah, tetapi apakan daya,” katanya.

Menurut Shahrin lagi, persekolahan anak-anaknya akan diteruskan jua dan dia akan berusaha mencari sumber lain untuk membeli keperluan persekolahan, buku dan membayar yuran.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2316239.asp "

Tuesday, January 6, 2009

HOROSKOP....!!!

good info to share....

Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai
yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan...

Best Regards & Thank You

Pakat-pakat pandai budget laa noo..

Merancang kewangan keluarga

Pada tahun 2009 tugas wanita untuk merancang bajet keluarga mungkin lebih mencabar.


"ORANG ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada."

IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.

Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan.

Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, Fazuliana lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia masih membeli tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk tiga orang anaknya yang bersekolah. Sungguhpun isu kegawatan ekonomi sudah mula diuar-uarkan, Fazuliana masih belum merancang mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan sekolah anak-anak.

Sebaliknya, dia sentiasa menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga perilaku supaya kelengkapan sekolah boleh digunakan sepanjang tahun. Menerusi kaedah ini, dia boleh berjimat tanpa perlu membeli baju sekolah yang baru.

"Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, saya perlu berbelanja sebanyak RM250.

"Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong. Jika masalah ini berterusan saya akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi," luahnya yang menjalankan perniagaan melalui Internet.


"SETIAP individu wajar mengamalkan sikap suka menabung."

Pengalaman selama 14 tahun bekerja di bank membuatkan Fazuliana memahami cara terbaik untuk menguruskan kewangan peribadi.

Tahun ini penuh dengan berita kurang enak mengenai ekonomi dunia. Malaysia dikatakan tidak terkecuali merasai tempias itu.

Menyedari perkembangan tersebut, kerajaan menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat. Pengguna perlu hanya membeli barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu.

"Benar, jika diperhatikan di Internet dan media, kebanyakan berita yang disajikan menyatakan negara kita bakal menempuh situasi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Tapi, orang ramai jangan mudah panik dan bimbang kerana semuanya bergantung pada gaya hidup anda sendiri.

"Sekiranya amalan jimat cermat sudah diamalkan sejak dulu lagi dan menabung, maka isu kegawatan ekonomi bukanlah suatu masalah yang besar. Malah, tatkala krisis berlaku pun kita tidak akan terasa keperitan itu," jelas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sdn. Bhd., Laila Johari yang menyatakan setiap individu wajar mengamalkan sikap menabung.

Justeru, Laila menyifatkan tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai untuk orang ramai belajar menabung.



Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.

Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.

Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.


"PENGGUNA perlu membeli hanya barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu. - Gambar hiasan"


Elakkan memiliki kad kredit lebih daripada satu kerana penggunaan kad kredit bakal membuatkan si pengguna terpaksa membayar hutang yang tinggi.

"Saya juga tidak bersetuju sikap pengguna yang gemar membayar hutang kad kredit sebanyak lima peratus pada setiap bulan. Hutang yang selebihnya tertunggak dan beralih pada bulan seterusnya. Semakin banyak hutang kad kredit, semakin tinggilah kadar faedahnya.

"Bagi golongan ibu bapa yang memakai kad kredit, disarankan supaya mereka menggunakan kad itu untuk hal-hal kecemasan atau kesihatan yang melibatkan ahli keluarga saja. Elakkan membeli barang menggunakan kad kredit kerana kesannya amat buruk," ujarnya kepada Kosmo!.


FAZULIANA (tengah) sentiasa menasihati anak-anak supaya bijak menjaga kelengkapan sekolah.

Laila mengakui sistem pengurusan kewangan keluarga terletak pada kebijaksanaan isteri dalam merancang perbelanjaan setiap bulan.

Thursday, January 1, 2009

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,
iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara
pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang
amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun
bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana
terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana
siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,
iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu
tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat
pertama:- Bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua:- Bersyukur kerana
dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat ketiga:- Bersyukur dan
bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat:- Bersyukur kerana
korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun
telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah
masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat
rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan
iaitu: Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua:- Kelam
dengan air laut. Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam. Rakaat keempat:-
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi
Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan
tersebut, iaitu: Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain
daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan
juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan
perbuatan sumbang. Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan
itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.
Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari
negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak
yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda
bersyukur. Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga:- Dukacita
terhadap Firaun. Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.


"--KU SAMPAI KAN WALAU
SEBARIS AYAT--"

Memandu dengan sihat


ELAKKAN memandu dalam keadaan stres.

MENGHABISKAN hari bekerja boleh menjadi suatu yang cukup mencabar. Itu tidak termasuk stres yang terkumpul akibat melalui jalan raya yang sesak setiap hari, memikirkan soal harga petrol, berhadapan dengan pemandu yang biadab serta terlanggar lubang-lubang jalan yang tidak diturap dengan baik.

Maka, adalah lebih baik untuk belajar menangani tekanan di jalan raya ini kerana ia boleh menyumbang kepada kesihatan keseluruhan pemandu sama ada di pejabat mahupun di rumah. Stres sememangnya mempunyai banyak penyelesaian.

Mulakan dengan menarik nafas dalam dan tenang setiap kali berhadapan dengan perkara yang rumit. Lebih banyak oksigen sampai ke otak, lebih baik untuk membantu pemikiran atau tindakan yang waras. Ia berkesan untuk sebarang jenis stres, terutama ketika di dalam kereta kerana memandu boleh memperlahankan kadar pernafasan.

Langkah seterusnya, cari susur keluar jalan raya yang sedang dilalui, kemudian berhenti di bahu jalan yang selamat untuk keluar dari kereta. Seterusnya, minum air dan regangkan otot tubuh. Biarkan keadaan lalu lintas kembali reda.

Walau dalam keadaan yang kelam-kabut sekali pun, nyawa anda lebih berharga daripada ketetapan waktu. Lebih penting, sampai ke destinasi perlu dalam keadaan sihat dan tersenyum!

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran