KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Friday, July 31, 2009

Aku, Ida dan 12 Kuntum Mawar Merah

Kakiku masih berlari pantas…seperti mana pantasnya masa berlalu…setiap derap kakiku melangkah begitu jugalah kenangan-kenangan lalu datang menjengukku.


Ketika aku sampai ditepi highway itu..aku memberhentikan langkahku..aku melihat ke sebuah rumah yang letaknya tidak jauh dari permatang sawah di Bukit Cepat. Perlahan airmataku mengalir..namun diselang-seli dengan senyum..sekurang-kurangnya aku pernah sampai dirumah itu.

Pagi itu seperti biasa..aku menuju kekedai bunga yang berada tidak jauh dari pejabatku. Sesampainya aku disitu, wanita cina yang aku panggil ‘Auntie’ akan memberi senyuman mesra padaku.
“Aaaah…macam biasa?” tanyanya
Aku hanya tersenyum. Lalu membayar harga 12 kuntum mawar merah itu.
“Adik…boleh tanya?”
“boleh. Ada apa?”
“Ini bunga ah..makwe punya ka?” katanya sambil tersenyum
Aku pun turut tersenyum. “Bukan.” Jawabku pendek.
“Kalau bukan. Apsal kasi bunga..tiap-tiap bulan 12 kuntum?” Katanya.
“Dulu saya suka dia. Tapi dia tak suka sama saya. Saya bagi bunga supaya dia ingat
saya masih sayang dia..12 bulan dalam setahun..”
“Awak memang betul-betul sayang dia…bukan makwe pun lagi mau kasi bunga tiap-tiap bulan”
Aku hanya tersenyum.

5 minit. Itulah masa yang seringkali aku minta daripada Zaki setiap pagi. Zaki hanya membiarkan. Aku hanya ingin memandang wajah Ida…5 minit cukuplah..sekurang-kurangnya ia memberiku semangat untuk meneruskan perjalananku dikota penuh dugaan ini. Namun hari itu..Ida dengan tenang mengucapkan ayat “Ida sayang kau sham. Tapi Ida tak cinta kau” .
Ayat itu terus menghantui dikotak fikiranku hari itu. Sesekali aku merenung keluar dari jendela kelasku..melihat bangunan-bangunan lama diseberang jalan Lebuh Ampang…air mataku menitis. Sesekali aku tersenyum melihat kuntuman bunga kertas yang telah kering dikotak disketku. Itulah antara pemberian Ida padaku..walaupun ianya mungkin hanya sekadar gurauan…tapi aku menerimanya dengan penuh kegembiraan. Tiba-tiba aku melihat Ida melintas jalan bersama Zaki. Mereka kelihatan amat mesra. Aku hanya mampu mendoakan agar mereka bahagia…sekurang-kurangnya setiap kali aku melihat dia tersenyum hatiku menjadi tenang…setenang kabus dingin dipagi hari…

Hari itu, Ida memanggilku. Aku terus berjumpa dengannya sambil cuba menahan pilu didada.
“Ida tidak pasti samada kita akan berjumpa lagi. Ini Ida berikan beberapa gambar Ida pada Sham”. Ida menghulurkan beberapa gambarnya memakai baju hijau berdekatan dengan Sungai Gombak, Pasar Seni. Aku menerimanya sambil menghulurkan senyuman.

“Ida..sham mungkin tiada disisi Ida jika ditakdirkan suatu hari nanti Ida diijabkabulkan dengan orang lain…hanya Sham mampu berdoa untuk Ida dan biarlah Sham menyanyikan lagu untuk Ida…sebagai hadiah perkahwinan Ida…”

“Selamat wahai pengantin baru..semoga bahagia keanak cucu..selamat tinggal oh sayangku semoga gembira selalu..betapa sedih..betapa pilu..melihat kau berdua disitu..bersama duduk diatas tahta dihari persandinganmu..”..tiap-tiap baris lagu itu bagaikan pisau menghiris perasaanku..namun kugagahi jua menyanyikannya hingga tamat..sambil cuba melukiskan sebuah senyuman hambar.
Gambar itu masih berada dalam albumku, aku tidak perlu menatap gambar itu lagi kerana gambar itu sudah kurakamkan dalam kotak fikiranku…

Masa berlalu…ketika jejariku sedang pantas menaip baris-baris aturcara dikamar kecilku pada malam itu…tiba-tiba hatiku tersentak kulihat tarikh dijam tanganku…Hari ini 7hb. Febuari…hari lahir Ida tiba-tiba bibirku berbicara…aku hanya mampu tersenyum..lalu mengangkat tangan memohon pada Penciptaku…

“Ya Allah…hari ini, kau telah ciptakan insan istimewa…Insan itu pernah membuat aku gembira dan bahagia…dari itu Ya Allah…kupohonkan kebahagiaannya dan berkatilah kehidupannya..dan jadikanlah dia hambamu yang solehah…Amin”

Cinta..tidak semestinya berakhir digerbang perkahwinan…namun cinta sejati menuntut kita mengingatinya hingga keakhir hayat….Hari ini aku tersenyum girang…Ida menghantar smsnya padaku…Terima Kasih Ya Allah…sekurang-kurangnya Engkau telah menunaikan satu permintaanku..sebelum aku pergi meninggalkan alam yang fana ini…

Thursday, July 30, 2009

A(H1N1): Mangsa ke-4 meninggal dunia


PUTRAJAYA: Seorang wanita rakyat Malaysia berumur 20 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) pagi semalam, menjadikannya mangsa keempat yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata wanita itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) selepas meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi semalam.

"Wanita berkenaan mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai, bagaimanapun beliau hanya pergi mendapatkan rawatan selepas sakit selama 11 hari di Hospital Melaka pada 26 Julai.

"Pemeriksaan dan ujian awal mendapati beliau mengidap jangkitan kuman dalam darah yang dijangkiti daripada paru-paru, beliau kemudiannya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Wednesday, July 29, 2009

Lagi Gambaq memori


Semalam, dalam dok selongkaq album lama2 aku terghelin gambaq nie.. diambik tahun 1992. Dah 17 tahun dah..
Gambaq geng2 aweks cover girl kelas aku (PraU2A , @6A1,) yang pi berkelah kat umah kengkawan.
Ca hang pa perembang elok2 gambaq nie, kalau rasa kecik sgt, try klik kat gambaq tu bagi jadi besaq sikit.
Past tu tlg namakan sesapa hat hangpa kenai lagi..

Tuesday, July 28, 2009

Hikmah Sujud


Salam...

Saya nak kongsikan isi kandungan emel yang saya terima.. tentang hikmah SUJUD.

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.


- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Monday, July 27, 2009

Telaga Kabu HomeStay




Teruja aku dengan memba kita yang sorang nie, Pengusaha HomeStay tersohor rupanya.
Ca hang pa Klik DISINI
Kalau- kalau ada yang berhajat nak pi Bercuti Di PerLis tu, contact la kawan kita yg dah jadi tokey nie..
"Tokey ooo tokey !!! Aku hat tukang promote nie boleh berapa % tokey???"

Wednesday, July 22, 2009

Model minum arak, sebat. tapi anak......... x kena??



Oleh: pejal

Minum arak: Model terima enam sebatan

20/07/2009 5:59pm KUANTAN 20 Julai - Seorang model menerima hukuman enam sebatan selain denda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah meminum arak pada 11 Julai tahun lalu.

Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas menolak rayuan model pelancongan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang berasal dari Sungai Siput, Perak.



Hakim Abdul Rahman juga memerintahkan Kartika Sari Dewi menjalani hukuman penjara selama tiga tahun jika gagal membayar denda. - Utusan

tak cukup ka gambar yg tersebar sebagai bukti tok dakwa puak2 tunggang air setan ni???

atau nak kena tunggu dorang sendiri mengaku baru boleh nak jatuh hukuman???? "

Monday, July 20, 2009

Mai Kita Senaraikan AWEK-AWEK Cun Kelas 5SB nie...

http://img522.imageshack.us/img522/7834/nostalgiacz8.jpg
- Aku rasa dulu aku dah kelauqkan gambaq nie.. tapi aku dah lupa dah link dia...
tapi hari nie bila aku pie melilau dalam blog 'BERKULAT' si azizi tu jadi aku jumpa
link gambaq nie.. lalu aku post semula laa..nak tengok IQ sahabat lama nie
dah kenai lagi ka dak kawan2 hangpa nie...

SEJUK MATA MELIHAT WAJAH PEMIMPIN KITA....

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor melakukan tawaf di hadapan Kaabah, Mekah, lewat malam tadi. Turut kelihatan anak beliau Nor Ashman Razak (belakang). Beliau sebelum itu mengadap Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud yang juga Penjaga Dua Rumah Suci bagi membincangkan hal dua hala dalam rangka lawatan empat hari ke Arab Saudi. --fotoBERNAMA

"Kami rakyat berdoa semoga sampai ditanah air nanti, wanita pertama Malaysia ni meneruskan pemakaian tudung macam ni ,jangan ditanggal...baru ler nampak anggun serta menawan dan nampak ciri ciri seorang wanita yang solehah..."

Thursday, July 16, 2009

Walaupun hidup seribu tahun

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

Perkara Halal yg paling Dibenci Nabi

Ustaz Akhil Hayy Akhirnya Sah Bercerai Hari Ini

IPOH [12.45 pm] - Artis yang merupakan seorang penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, akhirnya sah bercerai talak satu dengan isterinya iaitu Maizawati Zainal, 33, di depan Hakim Syarie, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah tengahari ini, selepas 43 hari melalui proses rundingan secara sulh (selesai secara baik), sejak 2 Jun 2009 yang lalu.

[Akhirnya Ustaz Akhil Hayy dibelenggu dengan kemelut kontroversi yang pastinya akan terus memusnahkan karier dan kerjaya beliau itu. Inilah akibatnya bila beliau yang sudah berhijrah dari dunia "glamour" sebagai artis, tiba-tiba sanggup kembali semula ke dunia itu bila menyertai Astro Awani. Program TVnya iaitu "Cafe Akhil Hayy" telah menaikkan kembali populariti dirinya. Namun, akhirnya semua itu ditarik balik. Rumahtangga berantakkan hingga membawa perceraian, malah rancangan TV beliau itu pun kini digantung siarannya. UstazAkhil kini sudah bertukar imej semenjak menjadi popular kembali. Usahlah terpengaruh dengan dugaan dunia, hingga membawa anda terpaksa berada dalam dunia yang penuh dengan tipu daya dan fitnah duniawi itu. Sekadar renungan buat Aku!! !].

Keajaiban kismis

Ramai yang melihat harga kismis agak mahal, sedangkan snek ringan lain yang mungkin sama harga dengan kismis tidak menyediakan khasiat kepada anak-anak.




Apabila ditanya apakah snek makanan ringan untuk kanak-kanak, jawapan yang biasa diterima adalah makanan seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk.

Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan yang negatif terkandung dalam makanan ringan tersebut terutama penggunaan monosodium glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi, masih ramai ibu bapa tetap mengamalkan diet makanan ini.

Apa kata mulai hari ini, anda cuba ubah persepsi terhadap snek makanan iaitu menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih berkhasiat.

Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.

"Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.

"Berlainan dengan kismis. Dengan kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.

"Ia juga makanan ringan yang lebih baik daripada gula-gula. Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi kanak-kanak dan tenaga yang diperoleh juga tidak sekata," jelas Ruth pada satu sesi penerangan tentang kebaikan kismis kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah.

Tambah Ruth, untuk menjadikan kismis sebagai snek ringan kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan.

Bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang sudah biasa atau gemar menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan satu masalah lagi kepada ibu bapa.

"Bila mereka tengok TV, jangan bagi mereka kuaci atau keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis ketika ke sekolah," katanya.

Namun, jika ada yang tidak gemar menikmati kismis dalam bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan lain dengan cara mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam hidangan waktu pagi, petang dan malam.

"Mereka mungkin tidak akan memilih kismis, tetapi ibu bapa perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada anak-anak dengan mempelbagaikan masakan.

"Anda boleh campur kismis ke dalam bubur, sup, atau sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak," kata Ruth yang mengakui ia juga boleh diamalkan dalam diet orang dewasa.


ROTI kismis, antara kepelbagaian resipi daripada kismis.


Ruth yang menerima reaksi daripada ibu bapa yang memberi kismis kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang diperoleh amat positif.

"Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.

"Malah, ada juga anak-anak yang gembira dengan amalan makanan anggur kering itu," jelas Ruth yang turut mengamalkan memakan kismis sejak kecil lagi.

Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.

Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya dalam diet mereka.

Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.

Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural.


PENCUCI mulut daripada kismis.


Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.

Sementara itu, pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

"Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.


KISMIS boleh dipelbagaikan penggunaannya untuk memberi tarikan kepada si pemakan.


Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.

Katanya, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.

"Saya menafikan memakan kismis akan membuatkan anda gemuk. Ia adalah mitos. Ini kerana, manis yang ada pada kismis adalah manis buah-buahan yang asli.

"Ia juga mudah untuk dibawa dan boleh dipelbagaikan dalam masakan seisi keluarga," ujar Tan Yen Sing.

Wednesday, July 15, 2009

tiada tajuk..........





Assalamualikum semua,

Hari ini saja aku nk tulih cerita sikit, sambil2 dok tunggu keputusan manik urai, almaklumlah lama gak aku tk tulis cerita kt sini. Baru-baru 130709 ini aku kena pi jitra, jumpa pm, le katakan, ramai gak org kt sana, naisb baik aku dapat parking keta tempat senang chow awai, kalu tk, kena tunnggu semua selesai br leh balik, bila Pm sampai aku pun sempatlah amik gambar datok najib ni, tengok le gambar jauh-jauh aja…..berita pm nk mai jitra, boleh baca le kedah lani, member kita admin kt situ,,,, dia lagi arfff le,,,,, sapa dia ….. rahsia le, Cuma aku & dia aja yg tau……

Pagi tadi pulak, aku dapat mesej, dari adik own, dia tanya habaq aku, so aku pun jawable habag baik,,,,, ajak dia mai smp, nk belanja minum, 5 min selepas tu, terkejut aku,, dia tel kata dah ada kt blok tkn 6 1993, dekat gelanggang tennis… mak oi cepatnya,, so aku bagi dia 10 min tunggu aku kt situ…. Aku ingat dik own ni mesti ala-ala adibah nor gitu,

Bila aku sampai, tengok dia, dia dalam keta classicnya kancil hijau, kas #*&^, tk ingat no. sory..dengan kaca mata hitam, ala-ala eera faziira gitu…. Aku cakap kt dia, hg dik own, 95 % tak berubah…..masih macam dulu gak, teruih dia terkejut dia, sampai jatuh h/p dia atas tar…pas tu .aku bawak dia pi bilik aku ( bilik kaunseling la) sembang le banyak2, rupa2nya dik own ni ,le ni dok kt sg jagung,( kg lan kecik) buat umah kt situ, katanya kg ustad (suami dia ustad oi). lepas habis stpm, sambung ngaji kt poli, tk dan habis, dapt maktab, posting kt kg baru, pas tu ikut ustad pi sabah, 6 th, pas tu balik smj keja kt taiping, leni dok kt sk ayer putih ( sekolah aku dulu). Pas sembnag kt bilik kaunseling, aku bawa pi kantin, aku amik 4 bijik cucoq, dia makan satu ja, nak sembang dg cikgu2 kita, depa tk mai pun kt kantin tu, ada kelas kot….itulah cita pendek aku kali ni, Dik Own kata, insyaallah dia akan join reunion kita tu…..aku tk leh letak gambar dia, surprise, nk tengok real, tunggu reunion….aku bagi gambar kajol dulu,,,, surprise//.//nak tau, dik own kembar adibah nor @ erra fazira kena mai re union le raya ke 3…..

Ok, aku chow dulu….sekian, keputusn rasmi manik urai…..jam 9.00pm PAS Menang 65 undi.

Monday, July 13, 2009

Khas Untuk Mak cik pizah , Suriani & rakan2 sewaktu dgn hangpa :Amalan Memudahkan Bersalin

Surah An-Nahl: ayat 78-80


[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/beranak/ melahirkan anak, insya-Allah.

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Wallahu a'lam.

Ngeri dan Geli..!!!!!



 

Ulat di otak..?
Ini akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama org ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoric-nya sejak tahun itu.

Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.

Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya didapati pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn suhu yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).

Usinkata; tq kepada zekry kerana mengirimkan kisah ini....eiii..geliiinya..!!!!

Sumber: http://apadianie.blogspot.com Baca Seterusnya...

Friday, July 10, 2009

Bumi Allah Taala Luas....

Oleh : http://tokpepijat.blogspot.com

Tidak diketahui mengapa syarikat-syarikat besar yang operasinya haram di sisi Islam berminat dengan tubuh badan berugama Islam yang pernah mengetuai pasukan keselamatan negara untuk menjadi sebahagian keluarga mereka.

Syarikat arak Carlsberg umpamanya memilih bekas panglima ATM Tan Sri Ghazali Mat Seth untuk anggotai Ahli Lembaga Pengarah. Ghazali pernah menjadi Panglima Tertinggi ATM dan berkhidmat dalam tentera selama 35 tahun.

Manakala Syarikat Judi terbesar Malaysia, Genting juga mengambil mantan IGP Tan Sri Hanif Omar untuk jawatan ahli Pengarah syarikat. Adakah dengan mengambil "bekas pembesar-pembesar keselamatan" mampu melindungi syarikat mereka dari di ancam oleh mereka yang berjiwa Islam ?

Kita juga hairan dengan sikap "askar dan polis pencen" yang tidak tahu halal haram. Adakah mereka sekadar empunya namanya sahaja Islam tetapi roh dan jiwa mereka jauh dari amalan agama itu sendiri ? Sikap mereka memalukan diri mereka dan umat Islam.

Adakah duit pencen tidak mencukupi ? Peliknya lagi mengapa badan-badan penguatkuasa dan dakwah seperti Jabatan Agama, Mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan bahkan Majlis Raja-Raja tidak berani menegur dan berdakwah kepada manusia yang malang ini.
Adakah mereka dua kali lima sahaja dengan mereka berdua dalam soal judi dan arak?

Tadabbur…


Telefon bimbit. Ada yang suka kecanggihan videonya, ada yang suka akan kehebatan pixel kameranya, ada yang suka bentuknya yang comel. Tetapi sayangnya setelah dibeli dengan harga yang begitu mahal dan memilikinya, ianya tidak mampu dimanfaatkan dengan sebaiknya…

Hatif Niqal...

Hatif Niqal...

Seolah-olah pembelian telefon bimbit tadi tidak membawa apa-apa faedah kepada tuannya.

AlQuran. Satu kitab panduan. Memandu ke jalan yang lurus. Kita tahu ianya kitab panduan. Kita tahu kitab tersebut tidak akan ketinggalan zaman kerana ianya wahyu. Kita tahu kitab tersebut adalah kalam ALlah. Tetapi kita sangat malas nak membacanya. Kita sangat malas membeleknya apatah lagi memahami isi kandungannya. Nampaknya kita masih lagi suka cakap tak serupa bikin. Dan kita telah sia-siakan kitab pedoman hidup tersebut.

nuskah alQuran...

nuskah alQuran...

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk memanfaatkan dan menggunakan kitab yang telah engkau turunkan sebagai panduan dan pedoman hidup.Ya ALlah, bantulah kami memahami kalamMu. …”

1993 & 1986 Dalam Ingatan

Tahun 1993, waktu tu masing-masing masih muda belia, cam lam gambaq tuuuuu. Aku ni ingat-ingat lupa jugak nama depa dlm gambaq ni, tapi kenai tetap kenai. Hmmmmm.....

Masa dulu-dulu kan, kalau akhir tahun ja.. mesti ada majlis makan-makan. La ni punya trend tatau la pulak cam mana. Lepas peksa ja mana kelas yang ringan tulang mesti buat kenduri. Yang pasti , cikgu kelas ngan cikgu besaq mesti jemput. Dalam gambaq ni tak semua yang ada, maklum la masing-masing ada tugas tersendiri. Budak-budak lelaki tak ramai ada dalam gambaq, depa ada tepi-tepi tu ja, sebok dok beli ais ketui la, pi tolong basuh gelas la dan ada jugak yang malu-malu kucing, tak mo amek gambaq. Nasib baik, waktu tu guna transport si Mokhry kot(mungkin je aku pon lupa .... hehehehe) pi amik makanan. Maklum la dia orang ada-ada skit, boleh la tolong. Aminnnn....Tengok tu, si Rubiah la,, nampak tangan ja. Aku punya la tarik, tak berjaya jugak. Itu la pasai, dah tak dak gambaq hangpa. Tapi tak pa, janji semua kenyang makan.

Waktu tu Det tak dak dah kot. Ya la.. orang nak keja cepat, tinggai la kami meneruskan perjuangan STPM yang belum tentu luluihnya. Bila dah abih peksa suma dah ikut haluan masing-masing, termasuk la aku. Aku rasa, sampai la ni aku belum jumpa depa ni, cuma dalam phone ngan blog yang baru ujud ni. Alhamdulillah.

Gambaq ni, masa sekolah rendah dulu, kalau tak salah masa ni darjah 6 kot. tapi gambaq ni masih ada dalam koleksi aku, so aku saja nak syer. Masa ni, pakai tudung pon, masing-masing senget-senget blaka.. hehehehe.. Tapi tetap ceria, Yang belakang, dekat cikgu tu Rohana, Kak ipaq si Cik Lan kita tu. Yang lain tu, pompuan suma masih segar dalam ingatan.

K.... Aku Ka Choww(linghtning McQueen) dulu...

Thursday, July 9, 2009

Demi masa...6S


Pagi itu aku berkayuh dari rumah...gembira rasanya..akhirnya ayah membelikanku basikal BMX...BMX kuning itu meluncur laju. Aku sampai ditempat meletak basikal..Khairul Azman turut baru sampai sambil meletakkan basikal BMXnya.

"Hai..basikal baru ker?" dia bertanya
"Aaahh..baru semalam beli kat Pendang...eh., balik nanti ingatkan aku kata aku bawa basikal..nanti aku lupa pulak.."
Khairul Azman hanya tersenyum. "Eh. nanti sambung tau cerita 'Kungfu Man'" katanya sambil tersenyum.

Kami masuk kekelas 6S yang terletak ditingkat bawah..hujung..berdekatan dengan taman kecil SKP..
Sambil melangkah masuk, aku menjeling manja kepada Zairulnizam yang sedang duduk mencari-cari sesuatu dalam beg sekolahnya.Dia duduk berdekatan dengan pintu belakang kelas 6S. Suraini dan Jazliza sedang mengekek ketawa..entah apa yang diceritakan... Aku duduk sambil mencuit Zaidi..

"Weh Zaidi...pinjam buku English hang..aku nak tiru..aku belum buat lagi nih"
Zaidi duduk bersebelahan denganku..dibelakangku Ibnu Khaldoon...
Tanpa berlegah..Zaidi menghulurkan buku latihannya agar ditiru olehku..

"Sham...jangan lupa sambung 'Kungfu Man'! " Saifulnizam, rakan sekelasku yang agak macho..menjerit dari barisan sebelah.

Sebentar kemudian, Ibnu mencuit belakangku.."Hang punya ikan karin (pelaga) aku dah bawak..aku letak kat dalam kolam".
"Takpa...nanti rehat kita pegi tengok..baper ekoq?"
"Dua" jawab Ibnu pendek..

Selesai sahaja Ustaz Abdul Razak mengajar Agama Islam...loceng tembaga itu berbunyi menunjukkan masa rehat.

Aku, Zaidi dan Ibnu Khaldoon menuju kekolam yang letaknnya dekat dengan surau SKP.
Aku melihat kedalam kolam..nampak anak-anak berudu berenang-renang dengan bebasnya.
"Ibnu..hang bawak ikan karin ka...anak berudu kat aku?" Aku menoleh kearah Ibnu yang terkenal dengan cerita "Hantu Telinga Puting"nya.
"Anak berudu nak buat hapa?..bongok...ikan karin la...nie aku letak dalam plastik kat tepi nie...balik nanti hang amik...jangan terjun dalam kolam nie pulak" Ibnu mengeleng-gelengkan kepalanya. Zaidi hanya ketawa mengekek.

Dari jauh kami nampak, Suhizaz...Bahtiar (cucu Guru Besar) dan Muhd Ruhaidi (anak cikgu Khatijah) sedang bermain bola.
"Patutlah otak depa lebih pandai...depa main bola...kita main ikan karin" Aku memandang muka Ibnu.
"Sebabtu la..si Zairulnizam tak layan hang...otak budak-budak" ketawa Ibnu.
Nasib baiklah dia anak Ustaz Zakuan...kalau tak..mau aku libas dengan tendangan Gabanku.

Selesai sembahyang Zohor...kami menuju kekantin..aku menyeluk poket mengeluarkan duit 50 sen..aku membeli laksa dan air sirap. Selesai makan kami masuk kekelas..

Saifulnizam..Khairul Azman...Sham kecik semua menantiku dengan muka yang berseri-seri..
Aku mengambil kerusi lalu duduk dihadapan mereka. Saufi, Wafi sedang sibuk bermain game & watch Western Bar.

"Kungfu Man!" aku mula bercerita...sambil terus menjeling-jeling mencari kedudukan Zairulnizam...Khairul terus bertanya "Berapa banyak cabai tu?". "Diamlah...dia yang cerita bukan hang" Saifulnizam terus mengetuk bahu Khairul. Sambil mendengar ceritaku, sempat juga Khairul melakar gambar kereta.

..... "En. Sham...En. Sham" Nazirah menghentikan lamunanku...
"Aii..termenung nampak...Naz nak minta sign nih..."
Aku hanya tersenyum...

Alangkah indahnya kenangan-kenangan itu...kini tiap kali aku melewati SKP...aku akan tersenyum...disinilah segalanya bermula....

10 tip tambah duit


MEMBUAT kuih-muih dapat menambah pendapatan.


Kenaikan harga barang keperluan harian dan juga keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan kini memaksa orang ramai berjimat cermat ketika berbelanja.

Ramai berusaha mencari kerja sampingan bagi menampung perbelanjaan yang makin meningkat.

Bagaimanapun, Sahara Noon, Pengurus Pemasaran Avon Malaysia ingin berkongsi sepuluh idea berikut:

1-Menjadi wakil Avon: Dengan modal RM15 sahaja, Avon memberi peluang kepada anda untuk memulakan bisnes dan jadi bos sendiri. Anda boleh kerja dari rumah pada waktu yang fleksibel.

2-Menjadikan hobi anda sebagai kerja sampingan: Ubah suai tanaman bunga atau sayuran anda kepada jenis tanaman yang boleh dijual.

3-Memaksimum bakat menjahit atau membuat kuih: Mulakan bisnes and bertanya kepada saudara-mara dan kawan-kawan jika mereka ingin menempah baju atau membeli kuih dan kek anda.

4-Bakat muzik: Kalau anda pandai bermain peralatan muzik, anda boleh mengajar dengan kadar RM30 sejam.

5-Jika anda minat mengarang: Anda boleh jadi penulis sambilan atau penulis novel.

6-Jualan garaj: Jual barang- barang lama yang tidak digunakan lagi.

7-Tuisyen: Anda boleh memberi kelas tuisyen kepada pelajar sekolah berdekatan rumah anda.

8-Sewa bilik di rumah: Jika anda ada bilik yang tidak digunakan, apa salahnya disewakan?

9-Mendandan: Menawarkan perkhidmatan mendandan pengantin atau mereka gubahan hantaran perkahwinan.

10-Mengasuh: Menjaga anak-anak jiran atau sahabat-sahabat rapat.

Tuesday, July 7, 2009

jANGAN KATA APA2

tENGOK JA TAu

















Kronologi Rumah Sembelih Khinzir diMergong


Panjang cerita rumah sembelih babi di Kg Berjaya, sejak 1993, sejak gempar kisah Japanese Encephalities di seluruh Negara. Kini muncul lagi kisah berkaitan babi dan riuh lagi gara-gara A H1N1. Apapun berkaitan penyakit-penyakit darihal babi ni, perkara pokok ialah peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PBT (MBAS). Memang tugas kerajaan menuatkuasakan undang-undang untuk mengatur hidup dan kehidupan supaya tidak bercelaru.

Inilah Kroniologinya.......

KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG

21.7.93 - Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.

26.7.93 - Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan seorang pekerja RM450.00 sebulan.

16.12.93 - Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan pemprosesan ternakan.

11.4.94 - Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta Usahawan Sdn. Bhd.

30.4.94 - Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan rumah penyembelihan.

19.6.94 - Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir di Majlis.

11.7.94 - Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.

11.10.94 - Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah tempat sembelih.

5.1.95 - Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah Bantai Khinzir.

13.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.

19.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak terdapat rumah bantai khinzir.

26.1.95 - Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.

18.6.95 - Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.

5.6.96 - Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97 - Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.

29.6.97 - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir berhampiran kilang tayar Alor Setar.”

29.9.97 - Surat daripada Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah pun diluluskan untuk projek perumahan.

11.3.98 - Majlis menerima surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh Kerajaan Negeri Kedah.

3.10.98 - Surat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 - Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

20.3.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.

31.3.99 - Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.

2.1.99 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 - Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan bau yang busuk.

27.4.99 - Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.

9.5.99 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah sembelih khinzir.

9.5.99 - Surat kepada Pengarah Kesihatan Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi mencegah dari wabak J.E.

22.5.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah bahawa Majlis akan berhenti daripada kutipan hasil sembelih khinzir seperti arahan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Masyarakat Bil 3/99 dan berikutan jangkitan J.E dan rungutan daripada penduduk tempatan, Majlis membuat keputusan untuk menutup rumah sembelih terbabit.

22.5.99 - Surat kepada En. Tan Tian Wan Jabatan Haiwan Negeri Kedah memberhentikan elaun pemeriksaan.

1.8.99 - Surat daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 23.6.99 bahawa Majlis bersetuju mengambil ketetapan operasi pusat penyembelihan boleh diteruskan sehingga satu tempat baru dikenalpasti. Tindakan susulan perlu dibuat bagi mendapatkan tapak gantian dengan segera.

14.10.99 - Menerima bil air rumah sembelih RM1,102.80

11.1.2000 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah memaklumkan bahawa Majlis telah meletakkan semua kos bayaran pekerja, bil dan api di bawah tanggungan Persatuan mulai 1.1.2000

7.8.2001 - Surat daripada JKKK Kg Telok Yan supaya ubah rumah sembelih.

11.8.2001 - Surat Majlis kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memohon kebenaran untuk meruntuhkan rumah sembelih khinzir.

26.8.2001 - Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah memaklumkan bahawa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang membenarkannya. Memohon untuk dilantik ebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang membuat keputusan dalam pembinaan rumah-rumah sembelih.

20.8.2001 - Surat daripada Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan surat dari Pengerusi JKKK (rujuk 35)

19.9.2001 - Majlis memberi maklumbalas kepada Pengerusi JKKK Kg Telok Yan bahawa Majlis telah membuat permohonan meruntuhkan rumah sembelih khinzir dan telah memberhentikan kutipan dan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh Persatuan.

20.8.2001 - Menerima surat darpada Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar pohon mengubah kandang sembelih khinzir.

31.5.2006 - Mesyuarat UPEN bersetuju supaya pusat penyembelihan khinzir di Kg Berjaya ditutup.

Sehingga peringkat ini, MBAS memaklumkan tiada sebarang permit baru dikeluarkan untuk operasi rumah sembelih tersebut.

15-05-09 - dalam mesyuarat Majlis Bandaraya Alor setar (MBAS) telah dibangkitkan isu tempat penyembelihan babi yang telah dikaitkan dengan masalah penyakit A H1N1. Oleh yang demikian majlis sebulat suara telah bersetuju sesuatu tindakan harus diambil bagi menangani masalah ini. Keputusan mesyuarat telah melantik ahli majlis Pn Teh (DAP) dan En Hamid (PAS) untuk mengepalai majlis untuk berunding dengan para pengusaha pusat tersebut.

20.05.09 - Ahli-ahli majlis telah dihubungi oleh pengusaha pusat tersebut bahawa mereka telah menerima notis perobohan yang telah dikeluarkan pada 19-05-09 dan proses penguatkuasaan akan diadakan pada 01-06-09.

Satu jawatankuasa kecil telah diwujudkan selepas itu bagi membolehkan operasi tersebut dilaksanakan (diketuai PSu Pn Aminah). Walaupun Pn Teh sebagai Ahli Majlis membantah rancangan tersebut dan merayu supaya dilanjutkan tempoh meroboh, tetapi telah ditolak.

31.5.09 - YB Lee Guan Aik telah menghubungi Sdr Muhammad Sanusi memohon campurtangan YAB Menteri Besar supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan.

31.5.09 - Pertemuan diadakan antara wakil Persatuan Peniaga dan Penyembelih Khinzir bersama YB Lee Guan Aik dengan YAB Dato’ Seri Menteri Besar di rumah MB Jalan Sultanah. Persatuan memohon penangguhan selama sebulan sementara memproses permohonan tapak baru. YB Lee Guan Aik memaklumkan bahawa persatuan mempunyai enam tapak cadangan baru. YAB Dato’ Seri meminta supaya proses permohonan segera dilakukan.

YAB Dato’ Seri MB menguhubungi YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memaklumkan kepada Dato’ Bandar supaya ditangguhkan operasi meroboh.

MCA dan Gerakan mengadakan demontrasi di lokasi rumah sembelih pada masa yang sama.

1.6.09 - Penguatkuasa MBAS menggerakkan jentera dan petugas ke lokasi untuk meneruskan Operasi. YAB Dato’ Seri segera mengeluarkan surat yang ditandatangani sendiri memohon penangguhan operasi selama sebulan kepada Dato’ Bandar. (Serahan tangan). Satu salinan surat tersebut diberikan kepada YB Lee Guan Aik. Operasi ditannguhkan oleh MBAS selama sebulan atas permintaan tersebut.


2.6.09 hingga 25.6.09 - YAB Dato’ Seri MB melalui Setiausaha Politik mengikuti perkembangan permohonan tapak baru hampir setiap hari. YB Lee Guan Aik melalui Pegawai Khas beliau memaklumkan proses sedang dijalankan.

Beberapa penduduk di kawasan Jabi, Pokok Sena mengadakan demontrasi dan menaikkan kain rentang membantah cadangan penempatan semula rumah sembelih di kawasan tersebut.

Timbul isu Kerajaan Negeri lebih mengutamakan babi daripada penduduk Kampung Bidan yang terlibat dalam penguatkuasaan perobohan rumah-rumah yang terlibat dalam pengambilan balik tanah.

Pegawai Khas memaklumkan mereka telah mendapat tapak di Kg Cina, Pendang. Tanah milik persendirian yang dikelilingi sawah padi milik kaum siam. Setiusaha Politik MB Mengarahkan permohonan lengkap perlu segera dibuat kerana masa kian suntuk.

YAB Menteri Besar membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Pendang untuk bertanyakan permohonan daripada Persatuan tersebut. Pegawai Daerah Pendang memaklumkan bahawa permohonan belum diterima.

Jabatan Verterinar memberhentikan pengeluaran permit menghantar dan memproses babi di lokasi terbabit.

26.6.09 - Pegawai Khas YB Lee Guan Aik menyerahkan surat permohonan tapak baru di kampong Cina, Pendang ke Pejabat Mnteri Besar. Setiausaha Politik MB mengarahkan permohonan diserahkan ke Pejabat daerah Pendang.

Surat tersebut telah didiserahkan kepada Pejabat Daerah Pendang.

28.6.09 - YB Lee Guan Aik berjumpa Menteri Besar di Pejabat memohon penangguhan kali kedua sehingga permohonan yang dihantar di Pejabat daerah Pendang diluluskan.

MB memanggil Exco Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan (Dato’ Phahrolrazi) dan Pegawai Daerah Pendang agar permohonan segera diproses.

Pegawai Daerah memaklumkan bawaha semua jabatan teknikal seperti Jab Alam Sekitar, Jabatan Verterinar, Jab Pertanian dan Jab Kesihatan telah dihubungi untuk membuat lawatan tapak pada 29.6.09.

29.6.09 - Lawatan tapak dilakukan melibatkan semua Jabatan Teknikal pada jam 3 petang.

30.6.09 - YB Tommy Su (Pengerusi DAP Kedah/ Perlis) mengadakan pertemuan dengan YB Tan Wei Tsu dan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi memohon penjelasan dan penangguhan kali kedua.

1.7.09 - Operasi penguatkuasaan notis perobohan dijalankan pada jam 3 petang dengan sedikit bantahan dari sebahagian masyarakat cina dan pimpinan DAP dan beberapa ADUN PKR.

Perobohan dan penangguhan mempunyai implikasi tersendiri. Dari sudut MBAS yang menguatkuasakan Undang-Undang Kecil PBT, semua prosedur telah diikuti sebagaimana menangani premis-premis haram yang wujud di dalam kawasan pentadbiran MBAS.

Kerajaan negeri telah mengumumkan dasar tidak campur tangan dalam bidang kuasa Pegawai Kerajaan termasuk kuasa dato’ Bandar Alor Setar dan Majlis Kerajaan tempatan MBAS.

Dalam MBAS, terdapat ahli Majlis yang dilantik dari kalangan parti politik termasuk DAP. Keputusan ini juga melibatkan keputusan mesyuarat Majlis MBAS.

Campurtangan Menteri Besar kali pertama sehingga operasi pada 1.6.09 ditangguhkan selama sebulan adalah atas permintaan pihak persatuan penyembelih, bukan masa itu ditetapkan ioleh YAB MB.

Terdapat kelewatan yang meragukan di pihak persatuan dan YB Lee Guan Aik yang mengambil tanggungjawab memproses permohonan tapak baru di enam lokasi yang dicadangkan dalam pertemuan dengan YAB MB pada 29 .5.09.

Penangguhan kali kedua akan mengundang implikasi bahawa terdapat campurtangan kerajaan untuk mengekalkan premis haram yang ternyata menyalahi undang-undang.

Pihak lain juga akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan keatas premis yang menyalahi peraturan dan undang-undang. Pihak UMNO akan mengadakan demontrasi jika premis ini dibiarkan walaupun hal ini adalah lanjutan daripada kerja buat mereka.

Pihak MB telah berusaha untuk menyegerakan proses permohonan dan kelulusan tapak baru di lokasi yang dicadangkan tetapi pihak persatuan didapati lambat bertindak, padahal dalam pertemuan sebelumnya, mereka memaklumkan bahawa tapak baru sudah ada.

Kerajaan bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan peraturan, bukan mempertahankan pelanggaran undang-undang. DAP juga memperjuangakan perkara yang sama.

Isu ini bukan isu perkauman seperti yang didakwa, tetapi persoalan undang-undang dan maruah sebuah Kerajaan Negeri.

Monday, July 6, 2009

Ketulan ‘emas’ Pendang bila dilebur jadi arang


ORANG RAMAI terus mencari ketulan batu ‘emas’ di kawasan kuari Kampung Jelutong, Pendang biar pun agensi berkaitan mengesahkan ia hanyalah batu sulfat.


ALOR SETAR – Ini pastinya bukan berita menggembirakan kepada pencari emas di Kampung Jelutong, Pendang tetapi hakikatnya, galian yang didakwa bernilai itu apabila dileburkan boleh menjadi abu arang.

Itulah penemuan tukang emas, Yazid Ishak, 35, yang membuat siasatan sendiri menggunakan batu ‘emas’ yang ditemui di kampung berkenaan semalam.


ZAINOL (kanan) menunjukkan sampel batu yang diambil dari kuari Kampung Jelutong, Pendang bukannya emas pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.


“Kalau emas, ia tetap ada kilauan warna keemasan tetapi ketulan yang dijumpai di kampung itu bertukar menjadi hitam selepas dileburkan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagi membuktikan ketulan itu bukan emas, wartawan Kosmo! turut melihat Yazid mencalitkan asid sulfurik dan hidroklorik ke atas emas campur jenis 750 dan kemudian kepada satu ketulan batu itu.

“Asid tersebut tidak memberi kesan ke atas jaluran emas tulen tetapi warna emas pada ketulan batu yang ditemui itu hilang apabila diletakkan asid tersebut,” katanya.

Saturday, July 4, 2009

hahaha..kali nie..aku nak ajak korang semua baca Cerpen aku (ada byk dalam koleksi)...

Cerpen

MEMBURU RUSA

Oleh : Nor Arisham Bakar

Sekitar...80an.


Aku tersenyum girang apabila ayah mengarahkanku menukar pakaian. ‘Cepat !..Kalau tidak, ayah tinggal.’. Suara ayah sederhana. Ayah tidak suka membuang masa terutama sekali jika kami hendak memburu rusa atau kijang. Aku terus mencapai pakaian celoreng tentera pemberian abang iparku, Ahmad. Ayah tersenyum, dia faham minatku. Dari kecil aku bercita-cita ingin menjadi tentera, malah ayah telah mendidikku dari kecil agar menjadi seorang yang berdisiplin. Rambutku sentiasa dipastikan pendek, baju mesti dimasukkan kedalam seluar dan aku dipastikan agar sentiasa ‘fit’ dengan latihan Silat Seni Gayong Malaysia yang diturunkan oleh datuk semenjak aku kecil lagi.


Dihalaman rumah aku lihat 4 orang kawan ayah sedang menanti. Aku kenal 3 daripadanya, Sjn. (B) Isa, Abu Bakar dan Pak Cik aku sendiri, Ahmad (lebih dikenali dengan panggilan Mat Tarzan). Seorang lagi mungkin pemandu jip. Pak Cik Mat menghulur tangan berjabat salam denganku. Aku tersenyum. ‘Dah sedia ?’ tanya Pak Cik Mat kepada ayah dan semua yang lain. ‘Sudah’. Jawab Isa. Pak Cik Mat menadah tangan dan diikuti dengan yang lainnya. Beliau membaca doa selamat dan murah rezeki. Selaku ketua, Pak Cik Mat memeriksa kesemua senapang patah yang kami bawa. Ayah membawa L.C. Smith, Isa, Abu Bakar dan Jalil (pemandu jip) membawa Winchester dan Pak Cik Mat membawa Baretta. ‘Untuk memburu rusa, senjata mestilah dalam keadaan baik. Kalau tak rugi besar kita.’ Kata Pak Cik Mat sambil tersenyum. ‘Ada apa-apa nak tambah, abang ?’ Pak Cik Mat mengajukan soalan kepada ayah. Aku kagum dengan sifat Pak Cik Mat, walaupun beliau lebih arif dalam memburu namun beliau masih juga menghormati ayah selaku abang iparnya dan juga teman seperguruan ilmu-ilmu hutan dari datuk. Ayah merenung mentari pagi yang bersinar kemudian dia menghentak hulu senapangnya ketanah sambil membaca ‘Salamun Qaulan Min Rabil Rahim’ ((Dan ucapan) selamat, perkataan daripada Tuhan Yang Pengasih - Yaasin Ayat 58). Ayah merenung ke tanah tempat hentakkan hulu senapangnya. Kemudian dia mengukur kedalaman hentakkan tersebut dengan jari telunjuknya. “Insyaallah...ada rezeki, dua ekor rusa hari ni.” Kata Ayah bersahaja sambil tersenyum. Pak Cik Mat juga tersenyum.


Kesemua barang makanan dan alatan-alatan lain kami masukkan kedalam Jip Jalil. Sepanjang perjalanan kesuatu bukit sekitar Perak, aku hanya mendiamkan diri memerhatikan pemandangan dikiri-kanan jalan. Ayah dan Pak Cik Mat asyik berbual dengan cerita-cerita harian mereka. Aku memerhatikan tubuh mereka yang agak sasa dan hidung ayah yang agak mancung, bagaikan ada suatu suara yang menceritakan kisah datuk yang datang dari tanah arab untuk membuka tanah perkampungan kami padaku. Kami singgah disebuah balai Polis dan mendaftarkan diri. Aku faham, ini penting untuk memudahkan Polis mencari kami sekiranya kami menghadapi masaalah. “Kami bagi 48 jam. Sekiranya saudara-saudara gagal mendaftarkan diri semula, Polis akan melancarkan gerakkan mencari” Kata seorang Sarjan kepada kami. Kami berjabat tangan dengan Sarjan itu dan terus menuju kesebuah kawasan hutan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam. Jip kami kunci dan sembunyikan dibalik semak-semak.

Kesemua bekalan kami bawa dan aku diarahkan untuk menjaga bekalan air. Selepas solat Dzohor berjemaah, kami meneruskan perjalanan. Sebelum masuk kehutan aku melihat ayah membaca “Ila fihim Yahlatal Shita I’ wasoid” (Kesenangan mereka (mengadakan) perjalanan dimusim dingin dan dimusim panas (untuk mencari penghidupan). - Quraisy Ayat 2). Kemudian dia mematahkan ranting kayu dari sebelah kiri dan melemparkannya kesebelah kanan. Setelah beberapa jam berjalan kami sampai ke sebuah ran (sebuah rumah kayu di buat diatas pokok). Mentari petang mulai condong di ufuk barat. Kami berehat sebentar di situ. Setelah meletakkan semua bekalan kami disitu, kami mula bergerak menuju kedalam hutan. Sepanjang perjalanan aku melihat ayah dan Pak Cik Mat bergerak lebih pantas dari kami dan mereka kelihatan tidak letih atau penat. Tiba-tiba ayah mengangkat tangan tanda berhenti. Pak Cik Mat menghampirinya. Ayah menunjuk beberapa tapak rusa dihadapan kami kepada Pak Cik Mat. Pak Cik Mat terus menghampiri tapak itu dan menciumnya, lakunya seolah-olah macam anjing pemburu. ‘Baru. dalam setengah jam.’. Pak Cik Mat memberitahu ayah. Ayah mengganguk tanda setuju. Isa, Abu Bakar dan Jalil tersenyum. ‘Makan rusa kita hari ni’. Kata Isa kepada Jalil sambil tersenyum. ‘Pesan orang tua-tua, jangan sesekali mengepung rusa. Nanti ada yang tertembak kawan’. Ayah memberitahu kami. Suaranya agak keras. Kami semua hanya menunduk akur. Selepas menjejaki kesan tapak kaki rusa itu kami bertemu dengan denai yang masih baru. Beberapa minit kemudian ayah memberi isyarat agar kami berhenti. Ayah menggamit Pak Cik Mat menghampirinya.


Pak Cik Mat terus merangkak perlahan menghampiri ayah. Ayah menunjukkan kesuatu arah dimana seekor rusa betina sedang mengunyah daun-daun segar disitu. Pak Cik Mat memberi isyarat agar kami berpecah kepada dua kumpulan, aku, Pak Cik Mat dan ayah mengambil jalan kesebelah kanan manakala Isa, Abu Bakar dan Jalil menuju kesebelah kiri bertujuan menghalau rusa itu menuju kearah Pak Cik Mat dan ayah. Ayah kemudian memberi isyarat agar Isa, Jalil dan Abu Bakar berhenti. Ayah terus mengangkat senapang L.C Smith nya seraya membaca 'Bismillahiramanirahim...' dan terus melepaskan tembakan tepat kearah rusa itu. Bamm! Bamm! Rusa betina itu terus menggepar, Pak Cik Mat tidak membuang masa mencabut goloknya dan terus menyembelih rusa itu. Beberapa minit kemudian Isa, Abu Bakar dan Jalil datang kearah kami. 'Kena ?' Tanya Jalil. 'Alhamdulilah....rezeki kita.' Jawab Pak Cik Mat yang masih tunduk membersihkan goloknya dengan rumput-rumput disitu. Ayah menggantikan peluru senapangnya dari jenis Baretta dan terus menyertai mereka. Aku mengekor dari belakang. Rusa betina itu sederhana besarnya. Air muka ayah kelihatan tidak berpuas hati. 'Kalau ada rusa betina, mesti rusa jantan hampir-hampir dekat sini.' Ayah memberitahu. Pak Cik Mat menggangguk tanda setuju. Tiba-tiba kami terdengar bunyi daun-daun dirempuh. Ayah terus mengangkat senapangnya dan diikuti dengan Pak Cik Mat. Kami agak terkejut apabila melihat seekor rusa jantan yang agak besar keluar dari celah-celah daun-daun itu.


Pak Cik Mat menghalakan senapang Baretta nya kearah rusa jantan tersebut lalu membaca 'Bismillahirahmanirahim...' dan terus melepaskan tembakan kearah rusa jantan itu. Ayah terus mencabut goloknya dan melangkah pantas menuju kearah rusa jantan itu, belumpun sempat ayah menghampiri rusa itu dia berundur beberapa langkah. Aku menggangkat kening kehairanan aku pasti yang lain juga demikian. Ayah terus berundur. Rusa jantan yang sudah rebah tadi tiba-tiba bangun semula sambil menggeleng-gelengkan badannya seolah-olah ia tidak cedera. Pak Cik Mat dengan pantas bergerak kehadapan kesebelah ayah. 'Dugaan ?' Tanya Pak Cik Mat sambil tersenyum. 'Iblis laknatullah..!'. Suara ayah agak keras dan penuh benci. 'Ada-ada saja nak ganggu cucu-cicit Adam...'. Sambung Ayah. 'Biasa la...' Jawab Pak Cik Mat seolah-olah dia biasa menghadapi keadaan demikian. Aku terus membaca surah Al-Qursi untuk melindungi diri. Isa, Abu Bakar dan Jalil kelihatan diam dan terpaku, air muka mereka kelihatan agak gusar. Ayah terus berdiri sambil memeluk tubuh. Aku terus bangun menghampiri ayah dan Pak Cik Mat. Aku tidak memperdulikan Jalil yang memanggilku agar tidak kehadapan. Aku terdengar ayah membaca surah Al-Qursi berulang-ulang kali.


Kemudian ayah mencapai tanah dihadapannya lalu menghembusnya sebanyak 7 kali dan melemparkannya kearah rusa itu. Rusa itu bertempik agak kuat. Ia berpaling mengadap kami. Matanya kelihatan merah. Ia mendengus-dengus. ‘Bukan lawan abang’. Aku terdengar Pak Cik Mat membisik ketelinga ayah. ‘Mari kita cuba bersama’. Pak Cik Mat mengajak ayah. Ayah mengganguk. Suasana sekeliling menjadi sunyi hanya kedengaran suara rusa jantan itu mendengus. ‘Kita cuba bismillah sembilan pula.’.

Sambung Pak Cik Mat lagi (Maaf !. Saya tidak ingat bacaan bismillah tersebut). Kemudian Pak Cik Mat mengambil senapang Baretta nya lalu melepaskan satu das tembakan kearah rusa jantan tersebut. rusa itu rebah. Ayah terus melompat pantas dan menyembelih rusa itu. Alhamdulillah kali ini rusa itu tidak bangun-bangun lagi, ia menggelepar dan kemudian tidak bergerak-gerak lagi. Ayah berdiri tegak dan tersenyum puas. Pak Cik Mat mendapatkan ayah sambil tersenyum.


Kedua-dua rusa tersebut kami ikat pada satu kayu lalu membawanya. Setelah hampir beberapa jam berjalan, kami sampai ke jip. Hari sudah melepasi senja. Kami memasukkan kedua-dua ekor rusa itu kedalam jip lalu duduk sebentar melepaskan penat sambil makan nasi yang sudah menjadi sejuk. Jalil dan Abu Bakar terus bersembang sambil ketawa kecil mungkin untuk menghilangkan rasa takut kejadian tadi. Sebentar kemudian kami terus mengemas barang-barang keperluan dan terus bergerak meninggalkan kawasan itu. Perjalanan terasa agak lama dan kami semua agak letih kerana memikul ekor rusa itu. Kami meneruskan perjalanan pulang setelah selesai solat Isyak disuatu masjid sekitar Perak dan selesai membuat laporan polis. ‘Apa benda tadi tu ayah. Macammana ayah buat ?’. Aku memberanikan diri bertanya. Ayah tesenyum sambil memusingkan kepala mengadap Pak Cik Mat. Pak Cik Mat juga tersenyum. Soalanku tidak dijawab sehinggalah kini. Aku juga tidak meneruskan niatku untuk bertanya adakah daging rusa jantan itu akan membawa mudarat jika dimakan. Tapi yang pastinya daging rusa itu menjadi hidangan makan malam kami sekeluarga. Dagingnya yang manis menyebabkan kami sekeluarga menambah nasi sehingga emak terpaksa menanak nasi lagi.


~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran