KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Friday, November 30, 2007

SEMAKIN MERIAH

ALHAMDULILLAH,
BLOG kita dah makin meriah lanie.. kemarin aku berjaya contact 2 orang lagi memba lama..

1.Arisham
Nie saja inform yang sempat aku cari pasai Arisham kat internet (mudah nak cari sikit orang glamour nie.. lagi pun nama dia pelik sikit.. tak ramai nam macam dia kat Malaysia)

Dasat jugak memba kita nie.. Lani jadi artis dah weh.. banyak kali dah masuk keluaq Tv & radio. Dulu dia kelas 1S1, 2S1& 3S1. Dia dah tak kenai @ ingat aku dah.. Aku still ingat dia .. Dulu dia nie otak kartun sikit.. tak sangka la nie dah jadi ORANG HEBAT pulak..

Kerjaya terbaru sebagai CFA Ambassador (aku pun tak paham sangat natang apa tu... tapi dia habaq kat aku dia nie wakil/ duta kelab kucing di Malaysia) hangpa tengok sendiri la kat website nie;- (cari nama dia kat http://www.felinemalaysia.com/ @ http://www.felinemalaysia.com/Exco.htm )

yang nie krerjaya terdahulu dia yang aku jumpa gak kat internet

Nama : Nor Arisham Bin Hj. Bakar
Email Anda : whizzkid_98@hotmail.com
Pekerjaan Sekarang : Pengurus Cawangan/System Analyst
Alamat Tempat Bekerja : KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD Cawangan Putrajaya No. A/01U08, Jalan P8D, Presint 8, 62250 Putrajaya


.: COMMITTEE MEMBER :.
NOR ARISHAM BAKAR
arisham@felinemalaysia.com

Nor Arisham Bin Haji BakarMIS Executive/System AnalystURL : www.whizzkid.cjb.net / www.arisham.cjb.netEMail : whizzkid_98@hotmail.com / arisham@pd.jaring.myAuthor Of : Pengaturcaraan Pascal, Sistem Rangkaian dan Pengurusan Koperasi,Computer Might And Magic, Turbo Pascal 7.0 Programming, Turbo Pascal (Grafik),Turbo Pascal (Grafik Lanjutan), Windows CE dan Komputer MudahAlih.

Info lain kena tunggu dia habaq sendiri la...


2. ROSLINA BINTI IBRAHIM.... Nie memba lama aku masa form SIx dulu..
Punya la meriah chat dengan dia semalam.. sampai nak terkencin aku dok tahan gelak..
Dia nie asai orang Kg Majapahit. La ni dah jadi orang besaq kat Malakoff.. tempat kerja dia kat Plaza Sentral. dekat KL Sentral KL.. hang pa boleh contact dia di roslina.ibrahim@malakoff.com.my atau kat blue_pearl3076@yahoo.com . hang pa boleh YM dia pakai ID kat email yahoo tu. PESANAN untuk memba2 yang nak contact dia, pasti kan anda memakai PAMPERS terlebih dahulu.. Save sikit ... takut terkencin dalam seluaq ..Heeee...heee. tak caya contact la dia...
Sekian untuk kali ini

Kenangan di 5ScB


Kenangan di 5Sc B masih segar diingatan aku. Ni kalau sapa2 ingat nilah antara budak2 glamer kat kelas aku..kui!kui! Kalau sapa2 yang dah lupa aku perkenalkan balik geng2 aku ni ya..
Dari kiri belakang: Rubiah, Aku le, Nita, Rodhiah..(ingat impulse..), Badariah
Dari kiri depan: Wan, Azniza (marka lama budak kelas aku jugak..hee), Noraini, Norita..
Sapa2 yang ada gambaq lagi bagi la kat aku boleh aku boh kat sini. Tima kasih kepada 'budak baik' ( woi! hang sapa?..) kerana bagi gambar ni..
Jumpa lagi nanti...



Kekawan semua ingat tak benda kat atas nie.........bagi aku selama 5 tahun dia dok kat dada aku...ada kawan-kawan kita yang bawa dia lebih lama....kalau beli baru tu...kena balik seterika bagi dia lekat kat unifom kita... aku rasa time kita pun dah tak dak yang besi...yang pakai kesang lekat kat baju...lama-lama tempat tu ada karat...apa taknya , basuh baju pun tak buang dia.....


Yang lelaki pasti bahagian atas poket baju letaknya....yang pompuan kat tudung dah tentu...nak-nak yang jadi pengawas....sure nampak dari jauh...sebab tudung ngan baju warna biru , mana taknya sebab background LENCANA HIKMAT kita tu warna putih.


Sebenaqnya apa yang aku nak bangkitkan bukan nostalgia tapi kebanggaan penah pakai LENCANA tu....masa kita dulu SMP mana ada bas sendiri....kini dah ada bas sendiri....bukan masalah bas aku nak cerita...tapi bila aku jalan mana-mana tetiba aku nampak bas SMP megah dengan LENCANA tu, "woi-woi sekolah aku la"...terdetik sorak lam hati aku.


Harap-harap kita semua bila lalu depan SMP tu.....berceritalah pada anak-anak kita ....itu sekolah ayah....ini sekolah ummi.....cantiktak sekolah abah......besaqtak sekolah mak....tak tau la pula yang masa nie dah boleh ucap....cuuu...tu sekolah wan dulu...sekolah tok dulu...rasa-rasa aku tak dak la kekawan yang kawin awai sampai dah bercucu.......Pokok pangkainya cuma rasa bangga kita bersekolah di SEKOLAH MENENGAH PENDANG dan membawa LENCANAnya dulu tak kan padam sampai kita padam......wassalam


HERO-HERO AKU NGAN HERO-HERO PIN MEHAT

Thursday, November 29, 2007

Gambar family aku..

Ni gambar family aku..untuk tatapan kawan2 yang jauh dimata..


Ni anak teruna aku
yang sulung 6 tahun..nama dia Muhamad Ariff Idzhariy

yang kedua tu..2 tahun 1/2
nama dia Muhamad Aliff Ilhan

Kalu sapa ada anak dara come2..boleh lah kita besan..kui!kui!




Ni husband aku..amacam hensem tak? Ada rupa macam Brad Pitt tertelan ubat gegat..kui!kui!










Ni aku dengan adik bongsu aku..hee...






Ok..sesapa yang nak letak gambar family boleh emel kat kami..nanti kami letak..

Ok..sekian..tima kasih..

Penawar Kepenatan

Amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajaroleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimahsebagai penawarnya.Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggilinggandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah diadan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untukmendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.


Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya sertamenantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apayang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kalidan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamuberdua daripada seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak danmenantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak iadiajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahajayang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supayamengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkanmata.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup sehariankita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengansenyuman.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimudosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

JOKES..Hampa rasa hampa dah bopa tahun kawin?

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

Wednesday, November 28, 2007

BERKONGSI CERITERA PENDANG

Aku baru ja jumpa benda nie kat http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendang

Pendang merupakan salah satu daerah jajahan Negeri Kedah Darul Aman. Ia meliputi kawasan sawah yang luas dan mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Penduduk di daerah ini terdiri daripada Melayu, Siam, Cina dan India. Nama Pendang berasal daripada perkataan "pendiat" yang bermaksud parit atau lubang yang dibina khas untuk menangkap gajah.

Tempat-tempat menarik
Kawasan sejarah dan rekreasi menarik yang terdapat di daerah ini adalah seperti:
Kubur Panjang
Kawasan peranginan Sungai Rambai dan lain-lain lagi.
Kubur Panjang merupakan salah satu tinggalan sejarah yang masih terdapat di daerah ini. Ia terletak di sebuah kampung yang terletak lebih kurang 15 minit dari pekan Pendang. Kampung ini diberi nama bersempena dengan tinggalan sejarah tersebut iaitu Kampung Kubur Panjang. Ukuran panjang kubur ini akan bertambah dari sehari ke sehari dan kawasan kubur berkenaan telah dijadikan kawasan Tanah Perkuburan Islam agar kubur berkenaan dapat dipelihara dan dijaga untuk dijadikan satu kawasan tinggalan sejarah di Daerah Pendang Khususnya dan Negeri Kedah Darul Aman amnya.
Kampung Bukit Jambul
Kampung Bukit Jambul terletak lebih kurang 8 KM dari pekan Pendang. Bukit Jambul di beri nama sejak sekian lama dahulu apabila berlakunya perang di Jambu Pattani Thailand yang dahulunya merupakan Kerajaan Kedah Tua, penduduk di Jambu yang rata - ratanya berketurunan Raja Jambu telah lari dari perang antara Kedah dan Siam. Apabila sampai di Bukit Jambul mereka telah tinggal di situ dan menamakan Bukit Jambu kerana di situ mempuyai bukit. Lama - kelamaan Bukit Jambu telah di gelar dengan gelaran Bukit Jambul. Kebanyak penduduk Bukit Jambul sekarang berketurunan Raja Jambu. Terdapat sebuah kubur lama yang boleh dijadikan sejarah kerana menurut penduduk kampung kubur itu merupakan kubur orang pertama sampai di Bukit Jambul.

Perigi mandi gajah *
Perigi mandi gajah terletak di tengah pekan Pendang Jalan ke Sg.Tiang bersebelahan dengan Balai Polis Pendang.Perigi yang separti ini yang masih ujud dan di jaga dengan baik,terletak di tengah taman dan berhampiran dengan pusat makanan.Tempat ini menjadi tempat gajah mandi di sekitar Pendang.Telaga ini tidak pernah kering walaupun berlaku kemarau panjang dan menjadi tempat mandi orang ramai semasa kermarau di mana lain lain perigi kering dan pada masa dahulu tiada bekalan air bersih dari kerajaan.

Asal-usul nama
Daerah Pendang dahulunya adalah tempat gajah-gajah tinggal. Perkataan "Pendang" adalah istilah yang dipanggil oleh penduduk tempatan terdahulu yang bermaksud lubang atau telaga yang dibuat oleh penduduk pada masa itu untuk menangkap atau menjerat gajah. Lubang atau telaga yang digunakan untuk menjerat gajah ini masih ada lagi di sebelah Balai Polis Pendang yang kini menjadi telaga. Kubur seorang penduduk tempatan yang dipijak gajah juga masih ada lagi di Kampung Sukamari yang terletak di belakang pekan baru Pendang.

INGATAN UNTUK DIRI


Menangisi kesalahan dan dosa.
Percayalah… dosa akan membuatkan hati seseorang itu tidak tenang. Semakin banyak seseorang tu buat dosa, semakin tidak tenanglah dirinya. Sebab tu timbulnya keluh kesah dan sebangainya. Cara untuk menghilangkan dosa ialah dengan bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan itu lagi. Sesungguhnya beruntung kalau hati seseorang itu sering menangisi dosa-dosa yang telah dilakukan.

Demikian sederhana kunci kebahagiaan yang di berikan oleh Rasulullah saw dengan penuh makna tersirat tetapi besar erti untuk kita mencapainya. Terpulanglah pada kita untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan. Semoga kebahagiaan di dunia dan di akhirat milik kita bersama...

insyaAllah. Sama-sama kita berdoa...

Tuesday, November 27, 2007

Selamat Bersua Kembali

Assalamualaikum..semua kawan2 yang membaca dalam blog ni..

Tima kasih chedet no pasai bagi aku buang masa aku kat sini..bleh gak aku merapu2 kat sini.. Dah lama sangat tak merapu ngan hampa semua.

Aku la ni dah jadi orang Kulim. Dah menetap kat sini selama 6 tahun dah.. kalau sesapa yang lalu kot Kulim ni boleh lah singgah umah aku.

Seronok aku masa dapat jemputan reunion kita hari tu. Memang dah lama dah dok jejak kawan2..kawan2 ja tak jejak aku..sedih.. Yang tak pernah lupa kat aku cuma Puan Azmina kita je..kan mina kan..kita geng kan..

Tak dak ka sapa2 lagi kawan2 kita yang teringin nak join kat sini. Mai la ramai2..syok ooo... Chedet aku cadangkan kita buat lagi sekali reunion bagi jumpa ghamai skit..baru la best..

Aku teringin gak nak boh gambaq familiy aku..tp tak dak yang penuh 4 orang..asyik tertinggal ja. Nanti aku ambik gambar baru..aku letak lain.

Rasanya setakat ni dulu kot no..ada masa aku tulis lagi..

Cau..cin..cau...kui!kui!...

FIZAH & JASLIZA MODERATOR BARU..

HARI ini kenmain syoq aku...

Fizah Hamid hantaq email kat aku .. Fuiiiweit!!... dia ada cerita sikit pasai dia punya kerja.. DasAAAT wehhh geng kita sorang nie.. Badan ja KOCIKKK gaji BESAQQQQ oiii.
Dia gherja kat company yang dok buat frame waktu solat elektronik tu... ala yang kat depan dinding seluruh masjid semalaysia tuuu..

GANAZZZZ jugak mak cik kita sorang niee..
La nie dah kahwin anak 2 orang dah.. 2/2 lelaki.. ( Nie yang mencabar kewibawaaaaaan aku nie) Tak pa Fizah kalau hang nak ilmu anak pompuan ,,, mai jumpa aku nooo.... HEEE,,,hee..
Gambaq dia tak sertakan.. aku edit ja gambaq masa perjumpaan hari tu..,, tak clear sangat..
(Fuyyoo banyak nya cincin kat jari makcik Fizah nieee... Gelang kat 2/2 belah tangan lagi.... Jeles bini aku nengok nya..)
Mulai hari ini aku dah ADDkan nama dia & JASLIZA sebagai moderator ... ..

PAPAP KELEPAP KEBUMMM - BUUUMM... Fuiiiweit..Tepukk- tepuk ... Moderator Pompuan pertama dalam blog nie... Lepaih nie depa boleh teruih send sendiri gambaq ka artikel ka dalam blog kita... Nak Contact depa??? Klik ja kat nama depa di side Roll sebelah nie..
atau pun copy & paste butiran dibawah nie kat contact book hangpa

Nur Hafizah binti Hamid
Asst Manager Sales & Marketing
Propertime Sdn Bhd
No.25-27 Jalan Saujana 1
Taman Industri Saujana
09600 Lunas, Kedah
Tel: 04-4848834
Fax: 04-4848835
Mobile: 012-4020066

http://www.ptimegroup.com.my/
Untuk contact Jas ,nanti dia tulis sendiri dalam blog nie...
Steady la JAS & FIZAH .... we LOVE you ...Fuiwiieettt

Monday, November 26, 2007

Friday, November 23, 2007

JIBRIL AS,KERBAU,KELAWAR DAN CACING


Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar.


Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing".


Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia.


Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Makna Politik...hehehe..






Salam.......


Aku saja nk tumpang memeriahkan lg blog nih...... lg pun saja nk tunjuk aku wujud gk lagi, nati kang hangin lak CheDet tuh kate aku tk sumbang apo lak......hahaha. nih ada satu cite yg maybe best utk kite suma....jgn dok jd camtu udah la.....hahaha..



Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu. Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami". Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya.



Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "politik". Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : "Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan".






Thursday, November 22, 2007

kenyataan hidup disebalik permainan ini


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.


Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"


Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".


Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam.


Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yanghaq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.


"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanyaGuru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."


"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,danl ain-lain.Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambilQur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .


"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islamdihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahandari pinggir, sehingga anda tidak sedar."


Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgntapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."


"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akanmenghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehinggameskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam danmengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."


"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya PerangSalib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."


"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akansedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan,mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

Wednesday, November 21, 2007

HANTU KENTUT !!


SESAJA DOK PEROSEK KOMPUTER PEJABAT TAK SAT AKU TERJUMPA EMAIL LAMA DARI MEMBER KL (Hang pa jangan marah la kat dia pasai guna slang KL dlm email nie). LALU AKU PUN MENGGATAI2KAN TANGAN UNTUK POST KAT SINI>>>
BOLEH KOT NO???

"Daku nak cerita satu cerita
hantu nih..baca ye...cerita dia macam nih...
cerita ni berlaku kat gua musang kelantan..ada
sorang taxi driver ni suka sangat cari duit
lebih..dia selalu bawak teksi malam , lepas tu
kalau orang naik, dia kenakan mahal2..orang
terpaksalah sebab takut nak tinggal sorang2...
satu malam tu, dia tengah tunggu mangsa kat
stesyen bas kat bandar tu..dia tu tunggu bas
express dari mana2 yang sampai tengah malam
buta..sebab lama tunggu tapi takde pun bas
sampai, dia pun nak chow la....tengah dia start
engine teksi tu, ada satu bas dari kl menuju ke
kota bharu singgah kat situ. tapi ada sorang aje
penumpang yang turun. pompuan seksi pulak
tu...dia pun tersengih la....nampak mangsa la
tu....dia pun cepat2 keluar dari teksi dan pegi
kat pompuan tu..cantik jugak pompuan tu..rupa
dia, sikit2 macam you la.... ( just kidding..)
tapi pompuan tu bawak beg tangan aje..dia pun
offer la nak hantar pompuan tu..sebab malam dah
larut, embun pun dah turun dan lagi pulak senyap
sunyi kat bus station tu, pompuan tu pun setuju
ajelah....(baik2 sikit..dah nak suspen ni...)
lepas tu, pompuan tu pun duduk la kat seat
belakang..kampung dia lebih kurang 15 minit dari
bandar tu...tapi memang ceruk gila la..
teksi driver ni ingat nak berbual2 ngan pompuan
tu sepanjang perjalanan, tapi pompuan tu senyap
aje..pemalu agaknya..masa dalam teksi tu, harum
dengan bau minyak wangi pompuan tu
aje..sepanjang- panjang perjalanan tu diorang tak
cakap apa..
bila dah keluar sikit dari bandar tu, kiri kanan
tinggal hutan aje..malam pulak tu gelap
gila...mamat tu drive slow aje...
TIBA-TIBA... (jeng..jeng. .jeng.... ), pemandu
teksi tu tercium bau busuk sangat....dia cool
aje mula-mulanya, tapi makin lama makin busuk
pulak..dia dah mula gelabah! dia cuba tengok kat
cermin kereta, tapi pompuan tu tunduk aje..makin
lama makin busuk! dia pun drive laju sikit sebab
dia dah tak sedap hati dah le sepanjang jalan tu
gelap gelita....
tak lama lepas tu..diorang lalu kubur orang
Islam...lepas aje kubur tu, pompuan tu suruh
lelaki tu berenti..dari jauh, pemandu teksi tu
nampak le ada cahaya lampu kejauhan macam dari
sebuah rumah..lelaki tu dah berpeluh habis!
pompuan tu pun tanya berapa bayaran, pemandu
teksi tu jawab le, 3 ringgit aje..biasanya,
kalau jauh macam tu dia charge sampai 20
ringgit..tapi standaard lah kan..dah takut
tu....
lepas bayar, pompuan tu cepat- cepat
keluar..lelaki pun lega la..bau busuk pun dah
hilang..tengah dia nak start engine balik
tu..tiba- tiba ada orang ketuk tingkap kereta
dia! dia terus berdebar2 gila...dia taknak
pandang sapa yang ketuk, tapi secara automatik
aje tangan dia lowerkan tingkap tu..dia
jelinglah, lalu ternampaklah dengan ekor mata
dia,pompuan tadi kat ingkap tu..pompuan tu masih
tunduk..tetiba aje pompuan tu pun cakap:
"Encik, maaflah pasal bau busuk dalam teksi
tadi..saya terkentut sebab sakit perut sangat.
siang tadi baru makan telur pulak tu..." lepas
aje dia cakap tu, dia pun berlari ke arah
rumahnya dan kedengaran lah oleh pemandu teksi
tu sayup2 bunyi kentut pompuan tu yang tengah
sakit perut gila..yang dia asyik tunduk dalam
teksi tu sebab dia malu dia terkentut. sekian,
terima kasih.."

Tuesday, November 20, 2007

CORETAN DARI ZAHARI DAN MINA


A’KUM


Tenung punya tenung , gambaq kat blog kita semua….rupanya tak dak muka hensem aku
Mana nak ada , sebab aku jurukamera.

Sebelum aku mula bicara nie….sekalung tahniah dan penghargaan (Lebih pada pangkat TUN) kepada DET , pasai banyak inisiatif (usaha, masa dan wang ringgit) yang dia sumbangkan, korbankan demi mengeratkan talian sesama kita. (Aku sendiri lak sebak ngan ayat aku sendiri)

Mengimbas perjumpaan lalu pada Raya baru nie…….cukup menyedarkan aku betapa ramainya kekawan aku dan kemesraan itu tetap kekal sama seperti aku merayau dalam SMP dulu. (La …lagi la sedih ayat nie)

Dengan pimpinan Det, kami sama-sama sempat mengadakan bacaan tahlil untuk rakan kita yang telah dahulu dijemput Illahi antaranya Arwah Ridhuan Man, Saudari Liza (Kobah) dan lupa nak dinyatakan dulu, arwah Saudari Hartini Hassan (Kuala Rimau).

Pastinya janji untuk pertemuan akan datang menjadi hendaknya. Masih ramai di luar sana membawa dan memiliki memori yang sama dengan kita semasa di SMP dulu.


Sekian…buat kali ini.

ZAHARI BIN ABDULLAH & AZMINA BINTI SALLEH
BESERTA DUA PUTERA
MUHAMMAD ZARIFF ZHARFAN
MUHAMMAD ZARIFF ZIKRI

Monday, November 19, 2007

HADIS HARI INI

"Hakim itu ada tiga, dua orang di neraka dan seorang lagi di surga. Seorang yang tahu kebenaran dan ia memutuskan dengannya, maka ia di surga; seorang yang tahu kebenaran, namun ia tidak memutuskan dengannya, maka ia di neraka; dan seorang yang tidak tahu kebenaran dan ia memutuskan untuk masyarakat dengan ketidaktahuan, maka ia di neraka." Riwayat Imam Empat. Hadits shahih menurut Hakim.

(Yang mengatur dan diatur menjadi hakim dalam MALAYSIA la nie dok kat kategori mana?)




iNGATAN UNTUK AKU!!!!---Tanda mencintai Allah ialah mencintai rasulnya dan tanda mencintai rasul ialah melaksanakan sunnahnya. Sesiapa yang berdakwah tanpa ilmu maka ia akan lebih banyak merosak daripada memperbaiki.

Friday, November 16, 2007

MAJLIS PERJUMPAAN AIDILFITRI PERTAMA KELAB KITA


Suatu majlis perjumpaan pertama untuk geng-geng pionier kita berkumpul telah selamat dan berjaya dilangsungkan dengan penuh mesranya... PEHH>>
Rugi lah sesapa yang tak joint hari tu..
Tahniah kepada ZAHARI dan isterinya MINA yang mencetuskan idea ini. Perjumpaan ini berlangsung pada 4 Syawal 1428 jam 12tghari hingga 2.30 petang Di Dewan Auditorium Pendang Lake Resort. Seramai 8 keluarga berjaya dikumpulkan.
1. Keluarga Jazliza dengan suaminya Wak Man dan 4 anak depa.
2.Keluarga Amran Abbas bersama 1 isteri (ore kelate) anak 1.
3. Keluarga Zahari & MINA anak 2.
4.Keluarga PIN MEHAT dengan NORHAYATI (orang kupang) anak 2 orang
5. Keluarga DIN Penghulu & isteri dia orang Kuala Rimau tak bawak anak.
6.Keluarga Din Bai & isteri dan 1 anak mai dari Penanti
7.Keluarga Liza mai dari Kulim anak 2.
8.Keluarga aku.. tak payah ulas la.. dah cukup menghabihkan berganntang2 nasi dah... heee.
9. Muzarmin dan keluarga yang dalam perjalanan nak mai ke majlis nie terpaksa patah balik ke Seberang Jaya. Bondanya Gering dan dimasukan ke Hospital Seberang Jaya. Minggu lepas diberita bondanya telah dijemput ke RAHMATULLAH. Mai la kita pakat hadiahkan ALFATIHAH khusus buat ALLAHYARHAMAH bonda Muzarmin mohammad.
moga Rohnya ditempatkan dikalangan orang2 solehah.


Inilah bukti yang sempat/ dapat di bentangkan kat blogspot nie.. Waau dalam serba kekurangan masa, tenaga, duit riggit dan turut kurang kredit telipon kami dapat merealisasikan impian ini setelah lebih 15tahun terpisah. Terima kasih kat ZAHARI & MINA yang terpaksa berhempas pulas dok ambik gambaq kami semua sampai gambaq depa 2 tak lekat dalam sini. Minta maaf la kat sapa2 yang mai tapi tak terlekat gambaq dia .. Jenis2 wali nie selalunya kalau ajak bergambaq , cuci tak lekat,,,, heee.... tak gitu penghulu DIN !!!!! gambaq sebelah nie keluarga Jazliza dan Suaminya WAKMAN. Depa dapat anugerah tetamu kehormat( yang last sekali sampai ... heee...)


yang tengah minum tu lah PENGHULU DIN Yang tengah melantak nie PIN mEHAT


malu pulak FIZAH HAMID ni nak berpossing . mana aci meja dia ada ayaq tin???. Mina pulak dok melakon aksi drama anak soleh (depan kamera ja nie.. kat rumah cengeh nak mampoih.. heeee...) Gambaq sebelah nya PUTRA sulung ZAHARI & MINA sedang menyatakan hasrat untuk menggapai bintang menjadi penari latar kepada Dato Amran Abbas yang tengah berucap,...





Tergelak sakan orang ramai dengan lawak serius Dato Amran Abbas. Din Bai pun terpaksa menyembunyikan lesung pipitnya yang dah tak berapa dalam tu...
INSYAALLAH kita plan tahun depan kita buat SAKAN LAGI... kepada sahabat 2 lain yang tak bersama kami lagi.. jangn malu-malu.. hubungi kami segera..

Thursday, November 15, 2007

Sebagai Muqaddimah


Salam TAARUF DARI

Saya MAHADZIR BIN ABDUL RANI

no kad pengenalan 741010-02-5411

La ni menetap di : 03/164 Jalan 4, Kampung Setia Jaya,53100 setapak Kuala Lumpur.

dah kahwin 1 isteri anak baru 5 . semua pompuan.

isteri: Marhaini binti Jalin@Jalil

No K/p: 742403-02-6076

Isteri Orang Kg Pancur Charuk Kudong Pendang.

Anak Sulung Mirza Qistina 10 tahun

kedua Mawaddah Rifqah 8 tahun

ketiga Murfiqah Huda 7 tahun

keempat Maisarah Awatif 4 tahun

kelima Marsya Balqis 2 tahun

Dulu Tingkatan 1 1987 kat kelas 1k1, 2k1, & 3k1

Tingkatan 4sainsB dan 2 minggu lepas tu pi tukaq ke Sek Men khir johari sungai Petani.

Tingakatan 6 mai balik ke SMP. ( Rayuan jerrrr). 6atas dan ngaji sebulan ja.... asyik perabih duit mak bapa saja.. terus cabut pi gherja TUDM... dan berkhidmat sebagai juruteknik airframe selama 13 tahun.

La nie dah bersara awai.. heee,.. Masa untuk memBoroiiikan perut.. heee

La nie kerja kat Syarikat ADMAL SDN BHD di terminal 3 Subang. terima kasih kat Boss yang sudi pinjamkan komputer dan internet opis untuk mengADAkan blogspot nie..

hanya sekadar itu dulu..


SELAMAT DATANG


ANDA MERUPAKAN ANTARA TETAMU TERAWAL MENZIARAHI BLOGSPOT INI.


BLOGSPOT INI DIKHUSUSKAN UNTUK BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDANG SRP89, SPM91 AND STPM 93.


MANA- MANA BEKAS PENUNTUT SMP YANG BUKAN DARI GOLONGAN YANG DIKHUSUSKAN JUGA DIALU-ALUKAN MENYERTAI BLOGSPOT INI.


BUAT PERMULAAN, KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENGANGGOTAI AHLI DISINI SILALAH MENGHUBUNGI cHEdeT DI lobaipas@yahoo.com .


MOGA JALINAN PERSAHABATAN SESAMA KITA KEKAL DALAM REDHA ALLAH .


SELAMAT MENYERTAI DAN HEBAHKAN KPADA SELURUH SAHABAT YANG LAIN.

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran