KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Friday, January 22, 2010

Israel membayar $10Juta ke atas kerosakan yang berlaku kepada UN di Gaza.

Jumaat , 22/01/2010 – Kita dapat melihat kembali bagaimana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditempatkan sebagai penentang kuat ke atas apa yang dilakukan Israel terhadap bangunan / sekolah di Gaza dan masih lagi tiada sebarang tindakan seperti apa yang Israel lakukan terhadap penduduk Gaza. Laporan Goldstone hanyalah penipuan sejak peringkat awal dasarnya di pejabat Ban Ki-moon, ia hanya disifatkan sebagai mengumpul debu dan tidak akan mencapai sebarang kesimpulan kerana kumpulan melobi Pro Israel adalah mereka yang menguasai politik Amerika Syarikat, Inggeris dan Eropah. Saya masih ingat sebaik selepas aksi serangan melampau oleh Israel Setiausaha Agung mengutuk serangan di atas tanah miliknya, tetapi langsung tidak memberikan komen mengenai aspek-aspek “Cast & Lead” yang lebih serius ke atas harta benda dan penduduk Gaza.

Sehingga ke hari ini, kita melihat masih tiada sebarang tindakan terhadap Israel dan laporan separuh lengkap Goldstone mengenai senjata pembunuhan yang digunakan oleh IDF. Kita melihat bantuan segera diberikan untuk kerajaan pusat di Tebing Barat tapi sangat sedikit mengalir ke Gaza. Kita melihat tindakan berterusan yang diambil oleh IDF ke atas semenanjung sebagai tanda “Cast Lead” sebenarnya telah berakhir. Semenanjung Gaza akan terus menjadi zon perang dan sekarang mereka mula berbicara untuk memasuki Gaza kembali.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran