KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, March 20, 2008

Ikan gerumi menu istimewa Mutiara Sari


ISTIMEWA. Jangan lepaskan peluang menikmati ikan gerumi goreng di restoran Nasi Padang.


MENURUT pemilik Mutiara Sari Nasi Padang, Datuk Ghazali Saiboo, hampir kesemua bahan mentah asas yang digunakan dalam setiap hidangan tersebut diimport dari Indonesia.

Ia bertujuan bagi mengekalkan keaslian rasa setiap hidangan yang dihasilkan selain faktor ketiadaan bahan berkenaan di negara ini.

Sebagai contoh katanya, masakan ikan gerumi goreng. Ia merupakan antara masakan istimewa di restoran berkenaan. Ia turut diimport dari negara jiran itu kerana ikan tersebut tidak diperoleh di negara ini.

Selain itu, kunyit hidup yang digunakan dalam pelbagai jenis masakan bersantan juga dibawa khas dari Indonesia kerana kunyit di negara ini. Ini kerana ia tidak sesuai untuk masakan tersebut terutama untuk menghasilkan warna kuning yang menjadi identiti masakan lemak Orang Padang.

Kini dengan adanya kemudahan yang membawa masuk kesemua bahan tersebut dari Indonesia, maka pelangggan di Malaysia berpeluang menikmati pelbagai jenis hidangan Nasi Padang sama seperti hidangan di negara asalnya.

Antara hidangan yang dianggap istimewa termasuklah daging rendang, ayam goreng bumbu, pucuk ubi gulai, ikan pari masin, gulai otak lembu dan gulai tunjang selain beberapa jenis minuman seperti jus avocado, jus sirsak (durian belanda), jus markisa dan ais pelangi.

Justeru, tidak hairan dengan hampir kesemua bahan masakan yang dibawa dari negara asalnya, kini restoran Mutiara Sari mampu menghidangkan hampir 120 jenis masakan lauk pauk dan sayur-sayuran setiap hari selain hampir 100 lagi jenis minuman yang kesemua resipinya dibawakan khas dari seberang.

Malah dengan jumlah hidangan yang sebanyak itu, ia kini telah dianggap sebagai salah sebuah restoran Nasi Padang yang paling lengkap dalam segi hidangannya di negara ini sehinggakan ada di antara pelanggannya yang datang dari jauh termasuk Kuala Lumpur semata-mara untuk menikmati hidangan Nasi Padang asli.

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran