KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Wednesday, May 7, 2008

MAI KOMEN PASAI SALAM>..

aku petik dari satu forum di www.tranungkite.net. apa kata kengkawan.. Komen sikit

"Assalamualaikum,

Saja nak cerita kat kawan kawan. Apa rasa kawan kawan sekiranya kawan kawan disapa dengan ucapan Assalamualaikum abang/pakcik/encik dengan yang memberi salam itu berpakaian baik sikit dari telanjang. Dan itulah yang terjadi pada saya hari ini. Waktu saya jalan jalan di pasaraya, saya ditegur oleh minah tak bertudung, rambut perang, pakai skirt, baju sarung nangka, dengan mengucapkan salam, kemudian menghulurkan flyer (jual ubat lah ni). Saya serba salah, tetapi terkeluar dari mulut saya begini, "Tak layak ucapan mulia itu keluar dari mulut yang dipunyai oleh pemaksiat, malulah dengan Allah, meminjam ucapanNya dalam keadaan melakukan maksiat".

Elok saya berlalu, laulu pula seorang Arab dengan jubahnya, lagi seklai wanita itu beri salam, Isteri saya dengar Pak Arab itu berkata "MasyaAllah, Astagfirllah ...... (tah apa apa lagi yang diucapkan)" Ini memang perkara yang benar benar terjadi. .."

Apa komen rakan rakan....

3 comments:

Anonymous said...

Komen saya:
Salam WAJIB dijawab.
walau dari siapa pon dia, walau bagaimana sekalipon keadaan pakaiannya, asalkan dia Muslim lah. Ni pandangan saya lah. kalau salah, mohon ditegur kerana saya bukan terlalu arif tentang ini.

Sekurang2nya dia mengucapkan perkataan yang baik. Dan siapa kita nak mengatakan dia TAK LAYAK utk mengucapkan perkataan salam itu? Siapa kita? Kita hanyalah HAMBA ALLAH SWT sama mcm dia. jangan menghakimi manusia lain dengan melihat dari segi pakaiannya sahaja. Dan kita sebagai Muslim sepatutnya menjadi kewajipan kita menegurnya secara baik tentang apa yang dipakainya spt ini:" saudari, saudari memang cantik berpakaian begini, tapi akan lebih cantik sekiranya berpakaian yang lebih bersopan dan menutup aurat", semoga saudari mendapat hidayah dari NYA."

tetapi kita selalunya berat mulut utk mengucapkan perkataan baik, seperti ini, lebih suka memandang serong pada orang berpakaian sebegitu seolah2 kotor dan hina sangat orang mcm tu atau mengata orang itu dibelakang seperti "ishh..apa ke teruk sangat pakai mcm tu mcm bini tarzan, mcm tak cukup baju" atau mengumpat orang itu di dalam hati kita. Tanya pada diri kita, bagus sangat kah kita? Baik sangatkah kita?kalau begitulah sikap kita, sungguh EGO dan sombongnya kita ini sedangkan kita sama macam dia, hamba Allah yang kerdil yang kita sendiri tidak tahu amalan kita ini diterima atau tidak oleh Allah SWT, tetapi kita pula dengan bestnya nak menilai orang lain.

Sepatutnya kita perlu berdamping dan cuba berdakwah secara berdiplomasi dengan orang sebegini. Mana tahu, dengan ucapan nasihat dari kita, terbuka hatinya utk berubah ke arah kebaikan.
Jangan ingat diri kita sudah bagus, sudah cukup ilmu agama sampaikan orang lain pon kita pandang mcm tak ada apa2.Beristighfarlah byk2 kepadaNYA.
(aku mengingatkan diri aku sebenarnya).

Kebaikan seseorang tidak boleh dinilai disegi pakaiannya, tetapi hatinya, keimanannya kepada Allah. dan hanya Allah SWT sahaja yang layak menilai hambaNYA.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk itu dari kita hamba2NYA. Semoga kita mendapat hidayah dariNYA. Amin ya rabbal alamin.

Aku hambaNYA yang kerdil,
-Na-

Anonymous said...

Betul tu..saya setuju dgn pendapat kak na. Sebagai manusia biasa kita semua tidak lepas dari melakukan kesilapan.Sama2lah kita memperbaiki diri kita dan tegur menegur sesama kita dengan seikhlasnya. Semoga kita sentiasa diberi perlindungan dari ALLAH taala.Hukum memberi salam adalah sunat muakkad bagi perseorangan dan sunat kifayah bagi perkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardhu kifayah bagi perkumpulan.

Hikmah memberi salam :

- mendapat keredhaan Allah

- mendapat doa dari para malaikat

- akan mendukacitakan iblis

- dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji)

- dapat mengukuhkan persaudaraan Islam

Sabda Rasulullah SAW: "Demi Dzat yang diriku dalam genggamanNya, mereka tidak masuk syurga sehingga mereka beriman, dan mereka tidak beriman sehingga mereka saling menyinta. Maukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu mengerjakannya kamu saling menyinta? Sebarkan salam di kalangan kamu."

Sekian, untuk kali ni....

assalamialaikum

Busyra Md Nadzir

Anonymous said...

salam dalam sms cam na lak. eg. asl, salam,askum,akum,
macam-macam lagi.

kita lak jawab, wsalam,wasalm,dsb.
confuse....

hbh....

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran