KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Thursday, April 16, 2009

NAZAR

Soalan : salam, bolehkan bernazar untuk tujuan menghalang daripada melakukan dosa berterusan, contoh : aku bernazar puasa sehari jika aku terus beli nombor ekor lagi. t.kasih.
Jawapan :
Wajib saudara menjauhi maksiat walaupun tanpa mengikatnya dengan nazar. Dekatkan diri dengan Allah, tunaikan ibadah fardhu dengan sempurna, banyakkan amalan sunat dan pada masa yang sama semaikan dalam hati perasaan takut kepada Allah, Insya Allah akan mudah saudara menjauhi maksiat.
Nazar tidak akan mengubah apa-apa jika tanpa semangat diri yang kuat untuk berubah. Nazar saudara itu dinamakan dalam Fiqh sebagai nazar lijaj iaitu nazar kerana marah. Ia hampir menyerupai sumpah, iaitu seolah-olah saudara bersumpah akan berpuasa satu hari jika saudara beli nombor ekor lagi. Kerana itu, menurut ulamak jika syarat dalam nazar lijaj itu dilanggari, si yang bernazar hendaklah memilih antara mengotakan nazarnya atau membayar kaffarah sumpah. Oleh itu, dalam kes saudara jika saudara melanggar syarat dalam nazar saudara itu (yakni membeli nombor ekor), saudara hendaklah memilih antara berpuasa sehari atau membayar kaffarah (denda) sumpah.
Wallahu a'lam.

No comments:

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran