KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Monday, July 6, 2009

Ketulan ‘emas’ Pendang bila dilebur jadi arang


ORANG RAMAI terus mencari ketulan batu ‘emas’ di kawasan kuari Kampung Jelutong, Pendang biar pun agensi berkaitan mengesahkan ia hanyalah batu sulfat.


ALOR SETAR – Ini pastinya bukan berita menggembirakan kepada pencari emas di Kampung Jelutong, Pendang tetapi hakikatnya, galian yang didakwa bernilai itu apabila dileburkan boleh menjadi abu arang.

Itulah penemuan tukang emas, Yazid Ishak, 35, yang membuat siasatan sendiri menggunakan batu ‘emas’ yang ditemui di kampung berkenaan semalam.


ZAINOL (kanan) menunjukkan sampel batu yang diambil dari kuari Kampung Jelutong, Pendang bukannya emas pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.


“Kalau emas, ia tetap ada kilauan warna keemasan tetapi ketulan yang dijumpai di kampung itu bertukar menjadi hitam selepas dileburkan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagi membuktikan ketulan itu bukan emas, wartawan Kosmo! turut melihat Yazid mencalitkan asid sulfurik dan hidroklorik ke atas emas campur jenis 750 dan kemudian kepada satu ketulan batu itu.

“Asid tersebut tidak memberi kesan ke atas jaluran emas tulen tetapi warna emas pada ketulan batu yang ditemui itu hilang apabila diletakkan asid tersebut,” katanya.

1 comment:

hisham said...

ingatkan betul-betul emas ada di situ, rupa-rupaya batu arang pulak..... kalau tidak Ranita le paling kaya di kalanagan kita.

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran