KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Friday, November 16, 2007

MAJLIS PERJUMPAAN AIDILFITRI PERTAMA KELAB KITA


Suatu majlis perjumpaan pertama untuk geng-geng pionier kita berkumpul telah selamat dan berjaya dilangsungkan dengan penuh mesranya... PEHH>>
Rugi lah sesapa yang tak joint hari tu..
Tahniah kepada ZAHARI dan isterinya MINA yang mencetuskan idea ini. Perjumpaan ini berlangsung pada 4 Syawal 1428 jam 12tghari hingga 2.30 petang Di Dewan Auditorium Pendang Lake Resort. Seramai 8 keluarga berjaya dikumpulkan.
1. Keluarga Jazliza dengan suaminya Wak Man dan 4 anak depa.
2.Keluarga Amran Abbas bersama 1 isteri (ore kelate) anak 1.
3. Keluarga Zahari & MINA anak 2.
4.Keluarga PIN MEHAT dengan NORHAYATI (orang kupang) anak 2 orang
5. Keluarga DIN Penghulu & isteri dia orang Kuala Rimau tak bawak anak.
6.Keluarga Din Bai & isteri dan 1 anak mai dari Penanti
7.Keluarga Liza mai dari Kulim anak 2.
8.Keluarga aku.. tak payah ulas la.. dah cukup menghabihkan berganntang2 nasi dah... heee.
9. Muzarmin dan keluarga yang dalam perjalanan nak mai ke majlis nie terpaksa patah balik ke Seberang Jaya. Bondanya Gering dan dimasukan ke Hospital Seberang Jaya. Minggu lepas diberita bondanya telah dijemput ke RAHMATULLAH. Mai la kita pakat hadiahkan ALFATIHAH khusus buat ALLAHYARHAMAH bonda Muzarmin mohammad.
moga Rohnya ditempatkan dikalangan orang2 solehah.


Inilah bukti yang sempat/ dapat di bentangkan kat blogspot nie.. Waau dalam serba kekurangan masa, tenaga, duit riggit dan turut kurang kredit telipon kami dapat merealisasikan impian ini setelah lebih 15tahun terpisah. Terima kasih kat ZAHARI & MINA yang terpaksa berhempas pulas dok ambik gambaq kami semua sampai gambaq depa 2 tak lekat dalam sini. Minta maaf la kat sapa2 yang mai tapi tak terlekat gambaq dia .. Jenis2 wali nie selalunya kalau ajak bergambaq , cuci tak lekat,,,, heee.... tak gitu penghulu DIN !!!!! gambaq sebelah nie keluarga Jazliza dan Suaminya WAKMAN. Depa dapat anugerah tetamu kehormat( yang last sekali sampai ... heee...)


yang tengah minum tu lah PENGHULU DIN Yang tengah melantak nie PIN mEHAT


malu pulak FIZAH HAMID ni nak berpossing . mana aci meja dia ada ayaq tin???. Mina pulak dok melakon aksi drama anak soleh (depan kamera ja nie.. kat rumah cengeh nak mampoih.. heeee...) Gambaq sebelah nya PUTRA sulung ZAHARI & MINA sedang menyatakan hasrat untuk menggapai bintang menjadi penari latar kepada Dato Amran Abbas yang tengah berucap,...





Tergelak sakan orang ramai dengan lawak serius Dato Amran Abbas. Din Bai pun terpaksa menyembunyikan lesung pipitnya yang dah tak berapa dalam tu...
INSYAALLAH kita plan tahun depan kita buat SAKAN LAGI... kepada sahabat 2 lain yang tak bersama kami lagi.. jangn malu-malu.. hubungi kami segera..

1 comment:

Zahari Bin Abdullah said...

Ralat:- Bukan LIZA tapi FIZAH

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran