KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Monday, March 16, 2009

Saja nak merapu sat disini

Kemarin.. 15 Mac aku balik pi hantaq anak bini aku bercuti di Kg panchoq, Charok Kudong. pagi aku pi pekan pendang, laa banyaknya perubahan.. bukan lama sangat pon aku tak jengok pendang nie.. last aku balik time raya ari tu la, yg kita buat reunion tu.

Tapi awat jadi belain cepat sangat. Jalan depan kedai Lim nak pi ke arah jerat cina tu dah x leh belok kanan. Jem Tu. Kedai deret Sukamari minimarket tu dah sendat aku nengok. yang blok deret mahkamah rendah syariah tu pon dah jadi tin sardin dah.. siap ngan wayang cina buat show kat tengah tempat parking tu, koi pelan berserabut jadinya.

Apa2 pon keadaan ni menandakan KEPESATAN PENDANG KITA. Dulu cuma ada Pendang Lake Resort. la nie dah ada Motel pulak. kat nirai depan mahkamah syariah tu, . ada ka org nak sewa nie? kalau x dak org nak sewa buat apa depa nak buka motel tu , ya dak? aku pi market pendang pukui 10.30pg org juai ayam dah tutup kedai dah. cuma tinggai satu ja gerai ayam proses tu yg masih tinggai tu pon ayam atas meja tinggai 2 ekoq orag hat dok kerumun tu 4&5 org lagi.. tak dan la kat aku nak beli ayam kat mak mertua.

Temenung pon temenung lah habuan lauk tengahari ni utk depa hari nie, sapa suruh mai lambat.hee... heee... nasi lemak daun pisang lauk sambai bilih dah hergha seringgit.. POyuuuo. Ni dah kira advance nie,.. tapi besaq la bungkuih dia dari hat dijual Rm1.20 di KL nuuu..

Petang kemarin aku mot 4 dari 5 anak2 aku + sorang anak sepupu aku pi cari anak kaghin. kesian kat anak 2 aku tak tau cam na rupa anak kaghin tu puas aku terang, mujuq hat no 2 tu tanya pasai ikan laga.. la lupa pulak aku bahasa depa nie.. Mengimbau kembali tempat aku dok menyaut anak kharin dekat rumah pam Kg Bechah, tepi kubuq . Aku cerita la kat anak aku, disini la temapt cyber cafe zaman aku, tempat PS1& PS2 aku dgn geng2 nangoi 2 dulu bertelanjang bulat mandi ban. Di sini la jugak pak aku mai turut aku dgn rotan di tangan. aku cabut lari dalam bendang sebelah tangan aku dok pegang seluaq hat tak dan disarungkan. heeee... seronoknya teringat kan zaman tu..

macam2 soklan pulak yg anak2 aku tanya. Awat tok wan marah? Abah tak marah pon bawak kira orang main kat sini? awat tok wan tak sporting? Awat abah bogel? pasai apa mandi ban? Fuihhh jenoh nak menjawab.

Walaupon xpdc petang kemarin x berjaya menyauk walau sekoq pon anak kaghin, ( Pasai habitat asai dah pupus dah la ) tapi aku tengok anak2 aku feeel puas.. abih belemoih dengan selut bendang kereta aku mot depa balik umah. Aku janji ari khamis 19hb nie nak mandi ban ngan depa.. tapi trip nie aku dah tak bogel dah kot...heee... ada sapa2 nak joint mai laa ikut aku pi Kg Panchor , Charok Kudong.

Malam tapi aku call Sham Tone mai ambik aku kat umah mak mertua. Aku nak kena balik KLnaik bas sorang kat KOTA. (pasai ari nie kerja la..) kesian gak kat Syam Tone nie meraba mlm mai cari Kg Pancor ni, mujuq jumpa. Lepas buat last kiss good bye ngan bini & anak & mertua, aku lepak ngan Syam di gerai depan Petronas Pendang. lama gak la mamat nie kena melayan aku dari kul 10.20 sampai pukul 11.45. abih berbakoi 2 cerita yang kami rabung bersembang.

Minta maap la nama2 yg kami sebut semalam, sorry la tak bayaq pon royalti kat hangpa.. ,,, Pizah, Anuat Black, Zizi usus,Na , bad, Bidi, Mail Kuba, lan Sawa, Yanti, azlina, Mizi, Cikgu Noraini Md isa ( yg dah jadi mak datin la nie) Timah ,Min, nadzri bukit raya, mukry, lan Kecik , Rubiah, Own, amran abbbas, zamri keko , su , CT , Jas , Sham pendek, noris, Din penghulu, Nurul, Nida , Zahari and MINA.

dok ghalit sembang tu terpandang pula aku kat satu mamat tokey gerai ayaq tu..la.. macam kenai mat nie. aku tanya Syam. Dia kata tu la Aizam goal keeper SMP under 15 masa zaman kita dulu. Dah dua ahun berenti keja kilang bukak business.

Tengah rancak bersembang ,.. tot- tot pak Syam tipon.. Rupa2 nya Sham mlm tu dok cover sesuatu dari aku, petang kemarin adik dia nikah. Hari nie Isnin 16 hb Mac kenduri kahwin kat umah dia.. Cina beng lu Syam. Tik Dung masin berkarat betoi ,.. Kedekut piang.. Haram tak dijemput pon kita2 semua pi kenduri umah dia.. aku punya la kebuluq nak makan kenduri kat kg .. seingat aku dah setahun aku tak rasa nasi kenduri kedah. balik umah mak mertua pon aku tanya, kot2 ada kenduri yg aku buleh bertandang.. Hangit muka Syam kena sembuq ngan aku Cian kat dia. dah la terpaksa tinggai majlis malam tadi semata2 mata nak layan aku.. (Patut la mengelisah semacam ja.. ) Tot-tot aku sound pulak.. Ala apa aku peduli, syam bukan kenai aku sari dua.. dia buat Toya jaa... mcm tak bersalah langsung.. heeee.. kata dia "kalau aku panggil pon bukan hangpa nak mai "
Ya la. tapi sekurangnya hang ingat gak nak panggil kengkawan. takut sangat ka aku makan kedarah banyak? Tak terabih sekawah la kalau aku makan. Lan Sawa aku tak jamin,... dia spesis lain.. anak lembu pon dia buleh telan.. heeee...

Kul 12 dia lempaq aku kat Kota. Terima kasih la Sham. Sori la mengacau & mengutuk hang sesangat dalam article mereben aku trip nie.. Jangan lupa Rabu malam khamis aku balik . Khamis pagi hang kena ambik aku lagi kat Tol pendang. petang tu kita pi mandi ban.. heeee.
Ada sesapa nak joint.?

5 comments:

LAN said...

cicak kobeng aihh hang haram tak call aku pie joint hangpa ngumpat sekali.. awat hang ingat jauh sangat ka guaq dengan pendang nie... aku lanie balik sana naik gerek jaa kalau hang nak tau...

Anonymous said...

wah wah syoknyaaa balik kg...dan lagi tu nak mandi bann..
hang kutuk apa det pasai kami..takpa la...nanti bila kita semua ada masa, kita buat reunion lagi no...

-na-

chedet said...

Na,
jom la joint aku mandi Ban esok .. heeeee.. syoq ooo lumuq selut. mat saleh saha buat beauty center semata nak lumuq selut kat badan depa. abih duit ja..
Tapi kita dari kecik dah rasa selut free.
Tapi anak2 aku tak rasa lagi, tu yg aku buat plan gini, nak bg depa rasa nie..

zulaikha said...

awat naik kt kota bro? maraliner sold out ka? baru ja balik pendang 15-18mac,aku pi usha ban kt area chegaq ayaq sikit, mada tutup tandop. ada la saki baki padi yg tak ambik lagi. frust bila pi pekan selasa, nak usha bundle budak2, satu gerai ja ada. bulan jan dulu ada banyak. pi beli tembakau setai rm4.60 + rokok daun 2 ikat (teringin nak isap ). yg jual steamboat kt medan selera dpn bsn lama (man kalau tak silap..aku lupa lagi la nama) pi mana la ni? tak nampak berniaga lg kt situ? Din yg bapak dia bukak kedai runcit sebelah BSN lama pun tak tau buat bisnes apa la ni.
bila ronda2 pekan pendang mata aku dok melilau gak cari muka2 yg mungkin bole cam (walaupun harapan tipis)..wan khariah anak polis tu kt mana la ni?

zulaikha said...

sorry..lupa..zulaikha tu nama anak aku. bapak dia (ibnu khaldoon) yg tulis, anak aku ABC pun berterabur lagi

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran