KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Sunday, February 8, 2009

Kita Anak Pendang

Hari nie..masa aku tengah duduk baca laporan bulanan...tiba-tiba ada member lama called..Ibnu Khaldoon Ahmad Zakuan (mesti dia terkejut aku boleh ingat nama full dia...hahahha..aku mmg dikenali dengan memory 8G). Dah lama tak jumpa dia..kalau langgar kereta pun mau bertekak dulu gamaknya..lepas tu baru tau member dunia akhirat hehehe..

Tapi yang peliknya..aku taktau la...rasanya 5-6 hari sebelum tu..aku memang mimpi jumpa dia..ini kali kedua, kali pertama aku mimpi jumpa Suhizaz Sudin (then aku tidak sengaja jumpa laman web pasal dia..lecturer UUM). Mungkin ini semua berkat doa aku...syukur..aku selalu berdoa jumpa kawan-kawan lama..aku rindu kat depa semua..bagi aku kawan umpama setitis darah yang mengalir dalam tubuh kita...tanpa mereka..cerita hidup kita takkan lengkap...

Ada banyak lagi member yang belum aku jumpa...maybe diaorang bukan internet user...antara nama yang dapat aku listkan ..

Zaidi - dia member baik aku masa darjah 6S..dia memang suka lukis machine..
Saifulnizam - ayah dia siak masjid pendang..
Bahtiar Razri - kali terakhir aku jumpa dia masa aku kerja as Supervisor stesen Petronas temporary
Mat Ruhaidi - dah kahwin duduk kat Switzerland...member F1 engineer Petronas
Sharizal - member tingkatan 1-3..last sekali aku tau dia kerja kat Kolej Islam Melaka
Zainuddin - member baik aku anak polis, dulu dia duduk kat Taman Mawar..aku nak pergi rumah dia pun aku tak ingat dah row mana...
dan banyak lagi..

Tapi apa yang penting...aku nak ucap tahniah pada Det & member semua..dengan blog nie..kita semua dapat bertemu kembali..tak kisahlah siapa pun kita...samaada kita kini seorang menteri, businessman, pengurus, pegawai...sehinggalah tukang basuh pinggan...yang penting kita semua anak pendang!. Di sini, kita pernah sama-sama berlari, terjatuh..belajar mengenal a..b..c sehinggalah H2O...

Ingatlah..Allah tidak melihat kita melalui duit atau kereta besar..Allah melihat hati kita..yang telah berjaya..bantulah yang masih sedang mencari erti kehidupan..bantulah dengan apa cara yang terdaya...yang tidak berjaya, usahlah malu..kita semua sama..mungkin nasib sesetengah kita adalah lebih baik...mungkin anda masuk syurga dahulu daripada sesetengah kita..

Setiap kali aku melihat SMP atau SKP...mataku selalu berkaca...aku rindu...aku rindu pada zaman kanak-kanakku...dimana kita semua bersatu..tanpa ada sempadan kaya atau miskin...dimana politik tidak beerti bagi kita...dimana kita sentiasa bantu-membantu menyelesaikan soalan Ilmu Hisab atau Bahasa Inggeris...

Tanyalah diri...apa yang anda mampu lakukan untuk rakan-rakan anda...dan ingatlah..kita semua...anak pendang!.


p/s aku yang masih....diperjalanan ...hidup ini...

3 comments:

chedet said...

La.. laaaammmmaaaanya hang menghilangg.. AWAT NYA?
aku rindu la hg punya artikel.
jangan la merajuk lama2..
buat la posting kerap2 sikit kat sini.
Ibnu Khaldun Chegaq tu aku kenai masa tahun 84 & 85. Boh la no phon dia kat blog nie..
TQ

arisham said...

hahahah...aku bukan merajuk la Det..maklumla..aku nie selalu kesana-kesini...sibukkk.. no. h/p Ibnu 012 2421318

Huih..hang peminat artikel jiwang aku ker..hahahha...okok...nnt aku tulis lagi...salam kat semua..

ibnu khaldoon said...

muahahaha...jom pakat balut rokok daun, mcm best ja tgk chedet layan sebalut..

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran