KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Monday, February 16, 2009

cikgu-cikgu kita masih ada

Assalamulaikum
Sekadar ingin berkongsi..
Memandangkan kita semua xsm pendang student, aku ingin berkongsi sst di coretan ini. Sekarang aku dah pun mula bertugas di sekolah kita dulu. Aku bertugas sebagai kaunselor di sini mulai 01-01-09. Dah 12 tahun bertugas di negeri orang dan juga tempat orang , rasa ingin berbakti di tempat sendiri lak, so aku mintak le ke daerah pendang, tk sangka pulak kena bertugas di smp.
Sebenarnya aku dah tinggalkan smp sejak 1993 (habis stpm) lagi… sekarang dah tahun 2009 dah hampir 16 tahun aku tinggalkan smp. Cikgu-cikgu yg ngajar kita dulu masih ramai lagi… eg cikgu hishamudin (geo), cikgu zurah ( add math), cikgu nadzri (p.am), pn teh ( bio math),, mr quah,(English) ustazah faridah (pi sej 6), ustaz jaafar (pi), Cikgu ahmad Ramli, (bm), cikgu teoh, pn latifah (kim), cikgu radzi (seni), pn rosnah hamzah (pa,geo), cikgu wah mahyudin (bm), pn eshah (bi) ingat lagi tak ? nnti bila free aku bubuh gambar depa wajah sekarang…
Cikgu hishamudin dah jadi pen kanan kat smp. Aku ada jugak sembang-sembang dengan depa, imbau balik zaman 16 tahun dulu.. aku bukan budak glamour kat sekolah dulu, jadi depa susah nak ingat aku…tp ada jugak yg ingat. Maklumlah dah beribu-ribu anak murid depa… aku pun sama gak,,, susah nak ingat anak murid aku, lainlah kalau depa bagi tau…. Key word untuk bagi tau, head boy, zabidi ahmad , best student beh teik seng (spm) dan khairul anor stpm, itu, depa ingat.
Banyak gak perubahan yg berlaku kat smp… ingat tak, bilik guru dulu-dulu---sebelah bilik guru kalau hg pa masih ingat waktu tkn 1 dulu, sebelah tu 1k1 dan 1k2 pas tu 2k1 kan…. La ni semua tu dah tak dak dah,,,, blok bawah semua dah jadi bilik guru, blok atas dah jadi library…hg pa ingat tak ni?
Skrg dah ada tkn 6 sains. Rumah sukan masih macam dulu gak kinabalu, bintang, ledang, jerai dan titiwangsa, dulu aku rumah bintang, la ni aku guru Ledang lak..
Kantin dah tukaq nama jadi cafeteria,,, dah ada dewan marbawi, mlm2 aku main badminton kt situ. Surau dah besar. Blok tkn 6 dulu-dulu dah tukar jadi blok tkn 3.. tkn 6 dok kat blok belakang sekali…blok 5 sc still macam dulu..
Budak-budak lani, dah kaya-kaya, kalau dulu moto kita letak kat garaj depan asrama kan, lani moto kena letak kat gelanggang bola tampar dan tapak dewan marbawi, banyak sangat dah tak muat…
Ada berita sedih, kalau hgpa masih ingat cikgu hasnah hamidun (math tkn 3), baru ke rahmataalah baru-baru ni. Al fatihah
Rakan guru xsmpendang pun ramai kat sini, batch kita cuma Noraini mD Isa ja. Juinor dan senior kita ada la 7 ,8 orang lagi.
Sekian wasalammm..
p/s baru-baru ni Fuziah coras ada tel aku, dia pun akan jadi kaunselor gak selain sedia ada mizi dan aku …tahniah la…dapat KPLI..kena bersedia posting sabah swak la…
segan ooo bila kena bertugas dengan cikgu-cikgu kita, takleh nak log lak sangat.
Kalau ssiapa mai smp, contack aku, boleh blanja minum.

3 comments:

chedet said...

tahniah Syam... artikel yg ditunggu2.. best nya hang ..seronok kan dapat balik pingajaq SMP semula. tentu hg boleh imbau banyak memori2 kita lagi kat sana yg hang boleh kongsi.. tulis la lagiiiii.. sesambil tu promote la blog kita. ambik no phone member lama2 tu.. boh dlm blog nie.. Si Noraini Md Isa dulu pernah couple ngan Min Lubuk.. Ca try tanya dia, ingat dak lagii? heeeeeee.......

LAN said...

cikgu kesayangan aku..
CikGu Tipah... sebab kerana dia penah marah aku jadi aku buktikan kat dia yg otak aku nie tak lembab sangat belajaq kimia..he he he

dan dengan keteraan aku meneka jawapan maka keputusan 9 dalam setiap exam percubaan dan exam penggal telah aku jadikan 8 dalam exam sebenaq...

jadi terbuktilah akhirnya yg aku berjaya mengotakan janji aku yg akan aku pastikan akan TERTULIS JUGAK MATAPELAJARAN KIMIA dalam slip SPM aku.... ha ha ha...

8 tu pon kira nasib sebab aku jawab 15minit jaa... apa jadi kalau aku jawab 1jam setengah macam mizi dok buat selalu tuuu...thah thah dapat potong dia paa... :-)

Anonymous said...

haha cikgu tipah...aku ingat lagi dia...cikgu yang agak emosi orangnye..hehehe..dengan spec besaq dia ..hehe..

btw, tahniah utk sham..lepas ni kena la selalu update pasai cikgu2 kita dulu...
-na-

~ Radio KEDAH FM ~

Listen to Quran