KLIK UNTUK BACA AL-QURAN

Wednesday, January 2, 2008

Adengan yg masih ada di KEDAH???

Dalam surat khabaq hari nie,,Sedih jugak oi bila terbaca berita dibawah..
Ada lagi cerita macam nie kat negeri kita yang tak jadi Maju 2010 nie..
Apa komen hangpa semua?//


Tak sekolah demi keluarga
Oleh Zuliaty Zulkiffli


KUALA KEDAH: "Walaupun menyesal kerana berhenti sekolah setakat tingkatan satu, namun saya berpuas hati kerana dapat membantu ibu bapa dengan bekerja sebagai tukang cuci untuk menghantar adik-adik bersekolah supaya mereka berjaya pada masa depan.

"Jika diberi peluang untuk menyambung pelajaran, saya bersedia tetapi memerlukan wang yang banyak tujuan itu," kata Siti Nurain Mohd Nasir.

Siti Nurain, 17, yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa melupakan hasratnya itu kerana terpaksa bekerja sebagai tukang cuci di Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Star, sejak bapanya, Mohd Nasir Ibrahim, 41, ditimpa kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lalu.

Katanya, dia terpaksa menahan malu kerana setiap hari melihat pelajar lain di sekolah itu menimba ilmu manakala dia pula terpaksa bekerja untuk menyara keluarganya dengan upah hanya RM200 sebulan.

berita penuh kat
  • sini
  • No comments:

    ~ Radio KEDAH FM ~

    Listen to Quran